Pengedar Shaklee Petra Jaya:Pembekal Supplemen Untuk Warga Sarawak

Assalamualaikum...

Hari ni Zura nak ajak anda semua bertaaruf dengan pemilik blog sirapantioksidan.com... Siapa lagi kalau bukan saya selaku penulis :) Saya, Azura Zainal adalah pengedar sah Shaklee yang berasal dari Kuching, Sarawak. Untuk lebih detail lagi, saya tinggal di Jalan Tun Salahuddin, Petra Jaya. Rumah saya terletak beberapa meter je dari satu-satunya tol yang ada kat Kuching ni.


Saya pengedar SHAKLEE sah anda :)

Seperti yang anda semua sedia maklum, tiada cawangan Shaklee di Sarawak. Namun, warga Kuching khususnya yang tinggal di kawasan Petra Jaya dan Pending, anda tak perlu risau kerana anda boleh mendapatkan produk Shaklee daripada Zura selaku pengedar aktif Shaklee.

Berikut Zura sertakan beberapa soalan yang biasanya dikemukakan pelanggan-pelanggan Zura;

Soalan Lazim Yang Biasanya Dikemukakan Pelanggan:-

Soalan 1: Adakah Zura masih menjual Shaklee?

Jawapan: Ya, saya adalah pengedar aktif Shaklee.

Soalan 2: Dimanakah letaknya kedai Zura?

Jawapan : Saya beroperasi dari rumah iaitu di Kampung Panglima Seman Ulu, Jalan Tun Salahuddin, Petra Jaya. Selain itu, Zura juga berkongsi mengenai produk Shaklee di FB, Instagram dan di blog ini.

Soalan 3: Dimanakah kawasan Cash-On-Delivery (COD) Zura?

Jawapan: Kawasan COD Zura ialah di Kuching, Petra Jaya, Pending, Demak, Matang Jaya dan Emart. Kadangkala, Zura juga melakukan penghantaran di tempat yang telah dipersetujui bersama dengan pelanggan.

Terdapat juga pelanggan yang datang sendiri ke rumah Zura mengambil supplemen yang dibeli.

Soalan 4: Bagaimanakah caranya saya untuk mendapatkan produk Shaklee daripada Zura kerana saya tinggal di luar kawasan Sarawak.

Jawapan: Encik/Cik/Puan boleh membuat pembayaran kepada Zura dan barang akan dihantar ke alamat Encik/Cik/Puan. Penghantaran biasanya mengambil masa 3-5 hari bekerja.

Untuk makluman, sehingga kini, pelanggan Zura tidak terhad kepada penduduk di kawasan Kuching sahaja. Terdapat juga pelanggan Zura yang menetap di Bau, Sibu, Bintulu, Marudi, Kelantan dan Negeri Sembilan.  

Soalan 5: Saya berminat untuk menjadi ahli Shaklee. Bagaimanakah caranya?

Jawapan: Anda boleh menghubungi Zura di 016-800 4628 dan membayar yuran keahlian ataupun membuat pembelian produk melebihi 200uv bagi mendapatkan keahlian secara percuma.


Itulah serba-sedikit soalan-soalan yang sering Zura terima sepanjang menjadi pengedar Shaklee ni. Kalau ditanya bagaimana Zura boleh terjebak dengan Shaklee ni, anda boleh membaca perkongsian Zura di Pengalaman Saya Dengan Shaklee.

Walaupun Zura agak lambat mengenali produk Shaklee, rupa-rupanya, ada diantara pelanggan Zura yang telah mengamalkan produk Shaklee sejak 10 tahun yang lalu. Namun kesukaran mendapat supplemen ready stock membuat mereka ‘terputus bekalan’ supplemen.

Mendengar pengakuan mereka membuatkan Zura berasa bahawa masih banyak lagi perkongsian yang perlu saya lakukan supaya lebih ramai warga Sarawak, khususnya dari Petra Jaya & Kuching  turut mendapat manfaat kebaikan daripada supplemen semulajadi ini.

Dah agak panjang perkongsian Zura untuk kali ni. Sehingga kita bertemu lagi di entri yang akan datang. InshaAllah. Okay, untuk warga Petra Jaya atau Kuching yang nak dapatkan supplemen, jom hubungi Zura ye..

Salam Hormat



Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Pengalaman Saya Dengan Shaklee

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sepanjang menjalankan bisnes Shaklee, bermacam-macam pengalaman yang telah Zura kutip dan pelajari. Daripada tak pernah ada pengalaman meniaga, malah tak pernah terlintas di fikiran pun nak berniaga online! Namun, sebagai manusia, kita hanya merancang dan Allah juga mempunyai perancanganNya. Perancangan ALLAH S.W.T jualah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 

Shaklee. Inilah langkah pertama Zura bergelar peniaga online. Apa yang membuatkan Zura tertarik dengan Shaklee sudah tentulah bukannya wang semata-mata. Yang berjaya membuatkan saya jatuh hati dengan Shaklee ialah kerana produknya iaitu ESP. Boleh baca testimoni saya kat bawah ni.




Bayangkan, sedari sekolah menengah asyik makan ubat dari klinik apabila diserang gastrik. Pencarian saya mengenai set berpantang menemukan saya dengan Shaklee. Apa yang menarik ialah produk Shaklee ni dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi, bebas daripada bahan kimia menyebabkan saya berminat untuk mencubanya.

Ternyata percubaan saya tak sia-sia kerana dengan izinNya, sejak kebelakangan ni hasil konsisten mengamalkan ESP saya tidak diserang gastrik sepanjang bulan puasa seperti sebelum ni. Alhamdulillah.. Atas kesedaran itulah maka saya berazam untuk membantu lebih ramai orang kat luar sana yang sedang mencari cara alternatif  (supplemen semulajadi ) sebagai ikhtiar untuk mengatasi masalah gastrik mereka.

Bagi anda yang sedang mencari produk Shaklee khas untuk ibu hamil, berpantang atau penyusuan, bolehla menghubungi saya. Selain itu, tidak dilupa juga yang nak jaga kecantikan, kesihatan seisi keluarga, merancang untuk hamil, pengurusan berat badan juga dialu-alukan untuk menghubungi saya untuk sesi konsultasi. Jangan risau, jangan segan InshaAllah saya akan berusaha sehabis baik untuk memberikan servis yang tip-top untuk anda :))


Nak tahu pengalaman saya dengan supplemen Shaklee?





Untuk pengetahuan, saya melakukan COD ( Cash On Delivery ) jika anda membeli supplemen Shaklee melalui saya. Kawasan COD saya ialah di kawasan Petra Jaya, Pending, Demak, Matang Jaya dan Emart. Emart menjadi pilihan untuk bertemu pelanggan yang berada di sekitar Matang, malah ada juga pelanggan dari Bau yang turun ke Emart setelah bersetuju untuk berjumpa di sana. Sambil-sambil COD, sempat juga membeli barang-barang keperluan kat Emart. Jimat masa :)

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk membaca artikel terkini dari saya, jemputlah follow saya di azurazainaleshop.blogspot.com ataupun boleh tegur saya di FB saya. Sehingga bertemu lagi di lain entri. Terima kasih kerana sudi membaca :)


Lagi testimoni pengidap gastrik yang juga mengamalkan ESP, tapi dalam bentuk video pulak..Jom layan sat...
Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.




Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Tips Jaga Kulit Muka Agar Lebih Awet Muda 10 Tahun Secara Selamat Semulajadi

Kulit muka yang awet muda menjadi impian semua orang terutamanya wanita. Kali ni Zura nak bagi tips menjaga kulit muka agar lebih awet muda 10 tahun.

Tentulah secara selamat dan semulajadi ye. Zura yang pernah ada pengalaman salah guna produk hingga kulit muka rosak, memang faham anda mesti nak cari cara jaga kulit secara selamat tanpa merosakkan kulit. Betul kan?


Anda dah bersedia untuk kelihatan muda? Jom teruskan pembacaan anda.

Penjagaan kesihatan sel dalaman sangat penting kerana ia merupakan rahsia kepada kulit sihat dan awet muda. Persoalannya, bagaimana untuk melakukannya?

1. Lambatkan Penuaan Sel.
Antioksidan yang tinggi bukan saja mampu melambatkan penuaan pra matang sel, tetapi ianya juga sangat bagus untuk mencegah dari kanser kulit.

Vivix dengan 4 ramuan utama polifenol, 10X lebih kuat daripada resveratrol membantu menyerlahkan keserian kulit anda.

Polifenol bertindak sebagai pelindung kulit daripada sinaran UV, yang melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahaya.  

2. Lindungi Kulit Daripada Jeragat.
Kehadiran jeragat bukan saja menyusahkan hati wanita, tapi ianya juga mencacatkan penampilan. Untuk melindungi daripada jeragat, anda disarankan melindungi kulit daripada jeragat dengan Vitamin E. 

Vitamin E bertindak melindungi kulit daripada jeragat dengan meningkatkan peredaran darah ke wajah serta menghalang penghasilan bintik hitam akibat sunburn.

3. Rangsang Penghasilan Kolagen dalam Tubuh.
Kulit individu yang kekurangan kolagen didapati cepat berkedut. Bukan itu saja, kolagen sangat diperlukan tubuh kita untuk memberi kelembapan kepada kulit dari rambut hingga ke kaki.

Apabila cukup kolagen dalam badan, kulit menjadi lebih anjal dan tegang. Untuk memastikan kolagen yang anda ambil diserap sepenuhnya, pastikan anda memilih kolagen yang mempunyai saiz molekul yang rendah seperti Shaklee Collagen Powder.

4. Perlindungan Antioksida Dengan Vitamin C
Selain berfungsi untuk mencerahkan kulit, Vitamin C juga berperanan sebagai agen yang menghalang kehadiran pigmentasi.

Vitamin C juga membantu dalam penghasilan kolagen. Dua lebih baik daripada satu. Dapatkan kesan yang lebih ummpphhh dengan gabungan kolagen dan vitamin C dalam rejim penjagaan kecantikkan anda untuk kulit yang bukan saja awet muda, malah sihat dan berseri.

Kombinasi kolagen & vitamin C memang terbaik!


5. Galakkan Pertumbuhan Sel Kulit yang Sihat.
Asas kepada binaan sel adalah protein. Untuk kesan yang terbaik, anda boleh mengamalkan protein non GMO yang mengandungi 9 jenis asid amino yang lengkap.

Protein ESP membantu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat. Sel cantik, kulitpun cantik :)

6. Beri Perlindungan Optimum untuk kulit lebih Muda.
Bagaimana caranya?

Untuk mengurangkan kehadiran garis halus dan kedut pada wajah, CoQ10 boleh membantu anda melakukannya.

Ini kerana CoQ10 membantu mengurangkan penguraian kolagen di dalam kulit yang merupakan punca kulit berkedut. Perlindungan optimum yang CoQ10 lakukan juga seperti menghidupkan semula sel-sel baru dengan lebih efektif.

6 langkah di atas ni adalah cara yang selamat dan semulajadi Zura kongsikan untuk anda mendapatkan kulit idaman yang awet muda. Jangan mempertaruhkan keselamatan & kesihatan kulit anda dengan lambakan produk yang mengandungi hydroquinone atau merkuri di luar sana.

Jika anda benar-benar mementingkan keselamatan kulit anda, dapatkan vitamin semulajadi yang Zura sarankan dengan menghubungi Zura.

Atau anda boleh membuat tempahan dengan klik di esell di bawah.

Zura akan menghubungi anda untuk memberi panduan pemakanan setelah anda membeli melalui link ni.









Salam Hormat



Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

 FB PAGE 










































Read More

Azam Tahun 2018 Bagaimanakah Persediaan Anda Mencapainya?

Alhamdulillah, tahun baru, semangat baru, inspirasi baru 😊. Masuk saja tahun baru, pasti kita sibuk nak pasang azam tahun baru kan? Sejauh mana anda bersedia untuk mencapai azam anda?



2017 yang berlalu pastinya banyak kenangan suka duka pahit manis kehidupan.

Yang pasti, hidup kena diteruskan..masih banyak tanggungjawab, cabaran, kejayaan dan lain-lain yang menanti di 2018.

Yang pasti, untuk nak dapatkan sesuatu yang lebih baik di tahun 2018 ni, kita kena lakukan sesuatu yang lebih baik dan berbeza.

Kalau anda masih ulang melakukan perkara yang sama, for sure anda akan dapat hasil(result) yang sama jugak.

Jika anda mula berfikir untuk membina impian anda, mulakan dari sekarang. 

Zura sedia bantu anda yang komited untuk memulakan perniagaan bersama Shaklee.


Berita baik untuk anda, pengalaman tidak diperlukan kerana Zura sendiri bermula dari 0.

Jom mulakan sekarang!
wasap.my/60168004628


Read More

Bagaimana Menjadi Usahawan Berjaya Walaupun Anda Seorang Introvert

Dianggap sebagai individu yang tidak suka bersosial atau agak pemalu, sebenarnya mereka yang introvert ni lebih bersemangat dan fokus apabila bersendirian berbanding apabila berada di khalayak ramai. Boleh ke seorang yang introvert menjadi usahawan berjaya? Ha..anda kena baca sampai habis artikel ni kerana Zura akan share kelebihan bagaimana menjadi usahawan berjaya walaupun anda seorang Introvert macam Zura :D



Rupanya, ramai juga usahawan hebat dan mereka yang terkenal adalah individu yang introvert. Antaranya ialah Bill Gates, Warren Buffet (kedua-duanya adalah individu terkaya di dunia), Einstein, J.K Rowling dan Mahatma Gandhi.


Bill Gates ushawan terkaya di dunia adalah seorang introvert


Apakah yang menyebabkan individu introvert begitu hebat dalam perniagaan? Mari kita lihat beberapa sifat introverts yang menyebabkan mereka berjaya dalam bidang perniagaan yang berdaya saing.

Kelebihan Introvert Yang Membuatkan Mereka Boleh Berjaya

1. Observant.

Anda yang introvert suka memerhati sekeliling anda. Anda belajar daripada pemerhatian tersebut, dan secara tak langsung dapat banyak ilmu melalui pemerhatian tersebut.

2. Banyak Berfikir

Bila selalu observe, secara tak langsung menjadikan anda seorang yang pemikir. Bila banyak berfikir, daripada situ datangnya perancangan anda. Masa bersendirian anda penuhi dengan merancang blueprint dan anda berusaha memastikan perancangan tersebut dilaksanakan.


3. Mempunyai network yang berkualiti.

Individu introvert tak ramai kawan, tapi percayalah, kawan-kawan anda adalah yang berkualiti. Maksud kualiti disini ialah anda kenal rapat dengan kawan-kawan anda dan perhubungan anda sangat erat.

Dalam bidang perniagaan, anda menjalin hubungan baik dengan pelanggan anda dan dari situ bisnes anda boleh berkembang bila wujudnya kepercayaan di antara anda dan pelanggan anda.

Hubungan peribadi anda yang baik sesama pelanggan sedia ada menyebabkan adanya promosi percuma mulut ke mulut tentang anda daripada pelanggan anda kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Kelebihannya ialah, jualan berulang akan sentiasa berlaku. Betul ke betul?


Tiada idea untuk menjalankan perniagaan apa?

Satu cadangan yang boleh Zura berikan ialah anda boleh membuat bisnes online. Individu introvert lebih mahir berkomunikasi melalui penulisan berbanding komunikasi secara lisan.



Kebaikan berniaga secara online ni ialah anda tak perlu nak bersemuka dengan orang begitu kerap. Tambahan pula, anda juga tak perlu nak sewa kedai fizikal. Berniaga secara maya kekdahnya..

Inila sebabnya Zura suka bisnes online Shaklee. Anda pun tau kan, modal yang banyak perlu dikeluarkan bila memulakan perniagaan yang memerlukan kita mempunyai kedai fizikal.

Bisnes online Shaklee ni pula, umpama anda menjalankan bisnes secara dropship. Bila anda dapat tempahan dari pelanggan, anda order tempahan tersebut melalui sistem online Shaklee2u, lepas tu Shaklee akan uruskan penghantaran kepada pelanggan anda.

Tempahan dilakukan secara atas talian (online) di laman Shaklee2u

Tips marketing atau pemasaran secara online melalui blog, fb dan ig Zura sedia bongkarkan khas untuk anda yang menyertai group Zura. Bukan itu saja, malah anda juga akan dimasukkan ke dalam group coaching khas melalui whatsapp.

Oh ya, sebelum Zura mengundur diri, suka untuk Zura kongsikan tips memilih group Shaklee yang betul untuk anda. Buatlah pilihan bijak.


Zura bersedia membantu anda. Bagaimana pula dengan anda? Dah bersedia memulakan perniagaan sendiri? Jika YA, hubungi Zura hari ni juga & selamat datang ke group kami :)



Bisnes Mentor Anda

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE

Email : juaazura81@gmail.com





Read More

Cara semulajadi turunkan bacaan kreatinin dan selamatkan buah pinggang



Aliran darah anda mengangkut kreatinin ke buah pinggang dan badan anda menapisnya melalui urin. Apabila buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik, bacaan kreatinin dalam darah anda akan meningkat. Ini boleh menyebabkan uremia yang boleh mengancam nyawa. Dialisis adalah rawatan biasa bagi masalah buah pinggang. Berbincang dengan doktor anda mengenai cara menurunkan bacaan kreatinin termasuk cara semulajadi turunkan bacaan kreatinin.




Cara terbaik untuk menurunkan tahap kreatinin anda adalah untuk merawat penyebab utama kreatinin meningkat. Di samping menjalani dialisis, anda juga boleh berikhtiar menurunkan kreatinin anda  melalui perubahan gaya hidup atau cara semulajadi seperti;

1. Kurangkan senaman intensif

Senaman sememangnya aktiviti yang baik untuk diamalkan. Namun, senaman berlebihan boleh meningkatkan kadar kreatinin anda. Memandangkan metabolisme otot menghasilkan kreatinin, otot yang terlalu banyak yang dihasilkan melalui aktiviti senaman yang berat boleh meningkatkan bacaan kreatinin.

Berbincang dengan doktor anda tentang jenis senaman yang sesuai anda lakukan. Anda boleh memilih berjalan berbanding berlari, atau melakukan yoga bukannya mengangkat berat. 

2. Elakkan mengambil suplemen yang mengandungi kreatinin 

Badan kita juga menghasilkan creatinin daripada asid amino pada hati dan buah pinggang. Selain daripada kreatinin semulajadi yang dihasilkan badan, kreatinin juga boleh didapati dalam bentuk suplemen oral. 

Sesetengah atlet menggunakan suplemen yang mengandungi kreatinin untuk membantu meningkatkan prestasi mereka semasa bersukan. 

Anda yang nak menurunkan tahap kreatinin tidak disarankan mengambil supplemen yang mengandungi creatine. 

3. Kurangkan pengambilan protein anda 

Kajian mendapati pengambilan makanan tinggi protein yang banyak dapat meningkatkan kadar kreatinin. 

Anda yang kerap mengambil makanan seperti daging merah atau sumber protein lain, termasuk produk tenusu, mungkin mempunyai tahap kreatinin yang lebih tinggi berbanding mereka yang kurang memakan makanan tersebut. 

Jika anda kerap makan daging, anda boleh beralih kepada lebih banyak hidangan makanan yang berasaskan sayuran. Cuba tukar burger daging kepada sayur-sayuran, sup sayur-sayuran yang hangat, atau sup lentil.

4. Makan lebih banyak serat 

Satu kajian menunjukkan penurunan ketara pada kadar kreatinin  pesakit buah pinggang kronik yang meningkatkan pengambilan serat mereka. 

Serat boleh didapati dalam banyak makanan, termasuk: 
- buah-buahan 
- sayur-sayuran 
- bijirin penuh 

5. Berbincang dengan doktor anda tentang berapa banyak cecair yang perlu anda minum dalam sehari.

Dehidrasi boleh meningkatkan tahap kreatinin. Pengambilan cecair juga boleh menjadi isu bagi sesetengah orang yang mengalami penyakit buah pinggang. Berbincang dengan doktor anda tentang berapa banyak air dan cecair lain yang anda boleh minum setiap hari dan waktu yang terbaik untuk meminumnya. 


Resveratrol dan polifenol tinggi antioksidan ini membantu mengurangkan tekanan oksidatif (oxidative stress) pada sel nephron buah pinggang. Hal ini membantu mengurangkan risiko kerosakan lebih serius kepada ginjal.

Selain itu, resveratrol juga berperanan mengurangkan penggumpalan platelet dalam ginjal.



Apa kata mereka yang telah merasai sendiri kesan mengambil sirap antioksidan ini.



Badan rasa ringan dan lebih bertenaga


Lebih bertenaga, kurang sakit badan dan boleh solat berjemaah di surau.



Paras creatinine turun dari 1189 ke 558. Paras gula, potassium dan kolesterol juga normal



Bacaan kreatinin turun daripada 1000 ke 100


Alhamdulillah, ahli keluarga mana pastinya orang yang gembira dengan perubahan positif yang dialami mereka yang telah mengamalkan sirap kaya antioksidan resveratrol dan polifenol ni.

Anda yang sedang berikhtiar menurunkan bacaan kreatinin juga boleh merasa sendiri efek positif macam ni.

Tempah sekarang dan rasai perbezaan tahap kesihatan anda sekarang.

Klik gambar Vivix untuk tempahan segera atau whatsapp Zura.





Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos : Seluruh Malaysia

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com































































Read More

Tips Berhenti Merokok: Elak 10 kesan buruk merokok terhadap kesihatan anda.


Cubala tips berhenti merokok yang bakal Zura kongsikan. Berikut adalah 10 kesan buruk merokok terhadap kesihatan yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ni. Kesan buruk ni belum lagi dicampur dengan penyakit lain yang sering dikaitkan dengan merokok. Jadi, tiada sebab untuk anda meneruskan tabiat merokok ini yang sah-sah menjejaskan diri anda dan orang sekitar anda. 



Sebelum tu jom baca lanjut…

1. Risiko Hilang Deria Penglihatan
Merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan malah meningkatkan risiko kemerosotan penglihatan yang berkaitan dengan usia iaitu penyebab utama kebutaan pada perokok yang berumur 65 tahun.

2. Kencing manis jenis 2.
Merokok menyumbang kepada diabetes jenis 2 dan meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit ini. Komplikasi yang dimaksudkan adalah seperti aliran darah yang lemah ke kaki dan tumit kaki. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan dan mengakibatkan keperluan memotong anggota badan. Ya, anda boleh kehilangan kaki atau tumit kaki anda!

3. Fungsi Seksual Terjejas
Fungsi seksual lelaki menurun apabila anda merokok. Tembakau menyebabkan penyempitan saluran darah ke seluruh badan anda, termasuk ke kawasan yang membekalkan darah kepada zakar. 
Berita baik, berhenti merokok dan anda dapat rasai sendiri perbezaan yang ketara.

4. Kehamilan Ektopik
Kehamilan ektopik adalah komplikasi yang mengancam nyawa di kalangan wanita yang merokok. Ia berlaku apabila implan telur disenyawakan di tempat lain selain rahim. Telur tidak dapat bertahan dan ia meletakkan nyawa ibu pada risiko yang serius.

5. Patah pinggang
Perokok kehilangan ketumpatan tulang pada kadar yang lebih cepat berbanding orang yang tidak merokok. Risiko untuk cedera di bahagian pinggang amat besar.

6. Kanser usus
Merupakan punca kedua kematian akibat kanser di Amerika Syarikat. Salah satu sebab kanser usus adalah disebabkan merokok. Ya merokok dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap kanser usus dan kematian akibat kanser jenis ini.

7. Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid arthritis adalah penyakit keradangan kronik yang biasa dihidapi oleh perokok wanita yang menjejaskan sendi di tangan dan kaki. Ia menyebabkan bengkak yang menyakitkan dan akhirnya mengakibatkan kehilangan tulang dan kecacatan sendi. 

8. Sumbing

Kecacatan kelahiran ini, berlaku apabila bibir atau mulut bayi tidak berkembang dengan baik semasa kehamilan. Wanita yang merokok semasa mengandung lebih cenderung melahirkan bayi sumbing.

9. Masalah Kesuburan
Perhatian kepada bakal ibu: Merokok boleh menjejaskan keupayaan anda untuk hamil. Ia menyebabkan kesuburan merosot pada wanita dan juga boleh menyumbang kepada masalah-masalah lain semasa kehamilan.

10. Penyakit Gigi dan Gusi
Bukan sahaja kehilangan anggota badan, (rujuk poin # 2), anda juga berisiko kehilangan gigi akibat merokok. Merokok menyumbang kepada periodontis iaitu jangkitan gusi yang memusnahkan tulang yang menyokong gigi. Ini adalah punca utama kehilangan gigi pada orang dewasa.

Tips Berhenti Merokok

1. Tetapkan azam untuk berhenti merokok. Paling baik jika anda meletakkan tarikh sasaran bilakah anda bercadang untuk berhenti sepenuhnya menghisap rokok.

2. Dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat. Pasangan mana yang tak seronok dan teruja bila mengetahui hasrat anda untuk berhenti merokok kan? Pastinya mereka akan menyokong 1000% hasrat anda.

3. Belajar katakan TIDAK! Ya, belajar untuk menolak ajakan kawan-kawan yang mengajak anda kembali merokok.

4. Sentiasa berfikiran positif dan yakin bahawa anda boleh berhenti merokok.

5. Alihkan perhatian anda kepada aktiviti lain apabila datangnya keinginan untuk merokok.

6.Reward diri anda apabila target anda tercapai. Dengan cara ini, anda makin bermotivasi untuk meneruskan azam berhenti merokok.

Jom baca kisah mereka yang telah berhenti merokok setelah mengamalkan sirap antioksida Vivix.


Resveratrol membantu melindungi sel dari radikal bebas terutamanya dari rokok yang memudaratkan.


Kurang ketagihan merokok



Rokok rasa pahit macam hempudu setelah mengamalkan Vivix



100% bebas dari rokok

Boleh jadi anda juga berjaya mengikut jejak langkah mereka. Masih belum terlambat untuk anda berikhtiar untuk berhenti merokok.

Klik gambar Vivix untuk tempahan segera atau whatsapp Zura.







Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)


Pos : Seluruh Malaysia

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More