Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil dan Bayi Dalam Kandungan

Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’. Ramai orang muda di usia pertengahan yang kurang mengambil berat mengenai pengambilan kalsium di dalam diet seharian kerana beranggapan kalsium hanya penting bagi kanak-kanak dan golongan tua.

Kalsium bukan sahaja penting untuk semua golongan usia, malah ia merupakan zat yang tersangat penting bagi ibu-ibu hamil. Ibu hamil memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Mengapa begitu banyak kalsium yang diperlukan ibu-ibu hamil ni ya? Jawapannya ialah, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa bayi membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang dan gigi. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Fungsi Kalsium Bagi Ibu-ibu Hamil

Kalsium yang mencukupi bagi ibu-ibu yang hamil amat berguna untuk kekuatan tulang kerana ia amat diperlukan bagi menanggung berat bayi yang semakin membesar. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan impuls saraf, mengawalatur degupan jantung dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Diet Cadangan Untuk Ibu Hamil

Bagi mendapatkan 1200 ke 1300 mg kalsium sehari, ibu-ibu hamil disarankan mengambil susu segar sebanyak 1 liter setiap hari walaupun anda dibekalkan dengan pil kalsium pada setiap kali pemeriksaan bulanan di klinik.  Malangnya, ada antara ibu-ibu hamil yang kurang mengamalkan meminum susu kerana tidak suka rasanya atau ada yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

Namun faktor di atas bukanlah satu penyebab bagi ibu-ibu hamil untuk tidak mengambil kalsium kerana terdapat banyak susu berperisa yang boleh diambil. Keju, dadih dan makanan yang berasaskan susu juga boleh diambil bagi menggantikan susu. Selain itu, pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis juga boleh dimasukkan dalam sajian diet ibu-ibu hamil.




Contoh sumber makanan yang kaya kalsium


Kesan Kekurangan Kalsium

Banyak kesan buruk akibat kekurangan kalsium di kalangan ibu hamil. Jadi, ibu-ibu hamil di luar sana, tolonglah jaga kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan anda ya. Berdasarkan kajian yang disenaraikan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Risiko praeklampsia dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama masalah lain. Bahayanya praeklampsia ini adalah kerana ia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Selain itu, kesan kekurangan kalsium bagi ibu-ibu yang hamil ialah ia boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang muda. Ini berpunca daripada kegagalan ibu-ibu hamil menggantikan semula kalsium yang telah diserap oleh bayi. Di samping itu, kesan kekurangan kalsium ialah ia turut menyebabkan osteoporosis dan juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki.

Supplemen Untuk Menambah Kalsium

Jika ibu-ibu hamil ada mengalami symptom-simptom seperti sakit gigi, sakit pinggang serta kaki kejang (cramp) itu mungkin adalah petanda bahawa anda mengalami kekurangan kalsium di dalam badan. Walaupun anda ada mengambil pil kalsium yang dibekalkan doctor, namun anda masih perlu menambah jumlah pengambilan kalsium harian apatah lagi menjelang tempoh akhir kehamilan.

Ini adalah kerana ibu hamil kehilangan kalsium lebih banyak iaitu lebih kurang 3 hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan 1 hingga 3 peratus. Kehilangan yang banyak ini adalah berpunca daripada permintaan terhadap kalsium yang tinggi oleh bayi yang dikandung.

Justeru, ibu-ibu hamil disarankan mengambil OsteMatrix Shaklee bagi menambah keperluan kalsium yang diperlukan demi kesihatan anda dan bayi anda.

Keistimewaan OsteMatrix Shaklee berbanding kalsium lain.


  • Kalsium yang isinya paling seimbang dan kadar penyerapannya adalah 99 peratus.
  • Formulanya unik iaitu dibuat dari mineral semula jadi dan garam mineral dari Laut Mati.
  • Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vtamin D, zinc, kuprum manganes dan boron. Nutrien- nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.





Bagi ibu-ibu hamil yang masih berkira-kira untuk mendapatkan supplemen Ostematrix Shaklee anda harus berfikir semasak-masaknya kerana keselamatan anda dan si kecil yang bakal dilahirkan adalah sangat penting. Dikhuatiri kekurangan pengambilan kalsium boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. Kiranya pelaburan mengamalkan supplemen ini adalah satu pelaburan yang sangat-sangat berbaloi. Untuk pengetahuan, Shaklee sedang mengadakan promosi Buy 6 Free 1 bagi supplemen Ostematrix sepanjang bulan April 2014.




Tak rugi membeli masa ni kerana selepas bersalin pun pengambilan kalsium hendaklah sangat dititikberatkan. Selepas bersalin, ibu-ibu khasnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama seperti semasa hamil untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula dan sewaktu kedatangan haid.


Nak tahu rahsia ibu hamil ni kekal cergas walaupun usia kandungan dah mencecah 7 bulan? Siap panjat candi Borobudur pulak tu.. Nah, saya bongkarkan rahsia beliau mengekalkan kecerdasan walaupun sedang sarat hamil.



Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai supplemen untuk ibu hamil boleh rujuk SINI


KLIK DISINI UNTUK INFO MENGENAI OSTEMATRIX



 




Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment