Kisah Penuh Inspirasi Master Norazrin Mohd



Baru-baru ni iaitu pada 19/04/2014 bertempat di Pullman Putrajaya, telah berlangsung majlis Master Coordinators Celebration bagi meraikan Master Norazrin Mohd dan suami beliau iaitu Master Noor Azmie . Siapa Master Azrin ni? Haa kalau nak tau jom saya cerita.






Master Norazrin ni  adalah merupakan satu-satunya Master Shaklee yang berasal dari Sarawak. Lahir di Negeri Sembilan, sekarang menetap di Miri Sarawak. Di dalam Shaklee ni, Master Azrin kiranya pangkat ‘moyang’ saya. Di kalangan keluarga besar OSF di bawah naungan beliau, kami memanggil beliau Mama Rin.

Saya sangat tertarik dengan kisah penglibatan dan kejayaan beliau di dalam Shaklee ni. Bermula dari 6 orang downline, sekarang jumlah tersebut telah mencapai 2000 orang! Menurut beliau, untuk sampai ke tahap Master Coordinators banyak pengorbanan yang dilakukan dari segi masa, duit dan perasaan.

Paling saya terkesan ialah bagaimana perkongsian beliau semasa berucap pada majlis tersebut tempoh hari. Walaupun saya tidak menghadiri majlis tersebut, tapi tidak bermakna saya tak tahu apa yang diucapkan beliau. Thanks to technology kerana hasil ihsan insan-insan yang sudi merakamkan ucapan tersebut maka dapatlah saya mendengar sendiri intipati yang diucapkan.  

Antara yang menarik saya ialah kata-kata penuh inspirasi dari beliau iaitu “LIMIT IS FOR LUGGAGE NOT YOUR IMAGINATION”. 









Paling menarik ialah saranan beliau kepada semua ialah rahsia magic sliding door. Apakah rahsia di sebalik magic sliding door itu? Hehe..kalau saya tengok sliding door saya tak terfikir apa-apa pun melainkan sliding door tu fungsinya ialah ianya akan terbuka jika ada orang nak masuk dan selepas itu ia akan tertutup. Tapi Master Azrin ni lain pula fikiran beliau. Beliau berpesan supaya jika ada sesiapa yang mempersoalkan usaha kita, dengan bertanya “ Bolehkah kau berjaya”? kita tutup sliding door kita. Biar kita boleh nampak mereka melalui sliding door tetapi kita tak dengar apa yang mereka ucapkan.






Okay,kalau nak lebih faham apa yang saya cerita kat sini, jom jemput lihat & dengar ucapan Master Azrin tempoh hari DI SINI



Harapan saya ialah supaya saya mencontohi beliau dan master-master Shaklee yang lain. Nampaknya lepas ni saya nak kena lebih usaha lagi. Okay sehingga kita bertemu lagi di lain entri. Diharap kita semua dapat manfaat dari perkongsian ini.



Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor
Azura Zainalabidin
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-800 4628
♥ Shaklee ID : 1091952
♥ FB Page 
♥ Email : juaazura81@gmail.com 


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. Saya pun ada di majlis ini dan sangat tertarik dengan cerita Magic Sliding Door. Moga semangat Master Celebration Master Azrin ini menjadi penyuntik semangat kita lebih berusaha sehingga capai level Master.

    ReplyDelete
  2. InshaAllah..sama-samalah kita berusaha hingga menuju ke puncak.

    ReplyDelete