Panduan Untuk Mendapatkan Zuriat

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni nak saya nak bercerita tentang kehamilan. Tiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga sememangnya ternanti-nanti kehadiran si manja di dalam keluarga mereka. Ada pasangan yang bertuah kerana setelah beberapa bulan berkahwin, si isteri mula menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Namun, terdapat juga pasangan yang belum dikurniakan rezeki memperoleh zuriat. 




Baiklah, di sini saya nak kongsikan sedikit panduan bagi pasangan yang merancang untuk mendapatkan zuriat.

Terdapat beberapa faktor yang boleh diamalkan atau diikuti untuk meningkatkan kesuburan. Antaranya ialah:-


1. Mendapatkan berat badan yang ideal.

Berat badan memainkan peranan dalam menentukan kesuburan. Jika seseorang itu terlalu kurus atau mempunyai berat badan yang besar, ia berkemungkinan boleh mempengaruhi kesuburan anda. Jika anda terlalu kurus, anda dinasihatkan menambah berat badan anda dan jika berat anda adalah berlebihan anda dinasihatkan mengurangkan berat badan terlebih dahulu. Apakah sebabnya? Ini adalah kerana Body Mass Index (BMI) yang ideal adalah di antara 20-24.


2. Mengetahui bilakah waktu subur.

Mengetahui bilakah waktu subur amat penting bagi wanita yang ingin hamil. Kehamilan boleh terjadi apabila hubungan intim dilakukan pada masa ovulasi iaitu pada masa wanita sedang subur. Contoh mudah yang boleh diberikan ialah, bagi wanita yang kitaran haidnya adalah teratur, waktu subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudnya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.

Bagi yang dah tahu bilakah waktu subur tu, bolehlah merancang dengan suami untuk melakukan hubungan seksual kerana ketika ini ovulasi sedang terjadi sehingga peluang untuk hamil sangat besar.


3. Mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Makanan yang seimbang dan kesuburan adalah saling berkait. Jika anda dan pasangan mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang, menitikberatkan kesihatan dalam penyediaan makanan, anda mungkin akan dapat meningkatkan peluang untuk hamil.


4.  Bersenam.

Sentiasa sihat dengan mengamalkan senaman adalah baik untuk meningkatkan kesuburan.


5.  Mengelakkan dari tekanan.

Hidup kita ada pasang surutnya. Ada hari kita gembira dan ada hari pula sebaliknya. Tapi ini bukanlah alasan untuk anda sentiasa berada dalam keadaan tertekan. Berada dalam keadaan yang tertekan juga sedikit sebanyak menyumbang kepada punca ketidaksuburan.


6.  Tingkatkan kesuburan suami.

Kesihatan reproduksi suami hendaklah pada tahap optima. Suami hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat seperti tidak merokok dan mengelakkan dari sebarang minuman keras.  Jika terdapat sebarang isu semasa berkaitan hubungan seks bersama pasangan seperti ejakulasi pra-matang, hendaklah berbincang dengan doktor kerana faktor ini mungkin penyebab isteri lambat hamil.


7. Hubungan seks yang lebih kerap. 

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting terutamanya pada hari wanita didapati berada dalam keadaan subur. Pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari supaya kemungkinan sperma untuk bertemu dengan telur adalah besar dan persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. 


8.  Mengambil multivitamin.

Wanita yang merancang untuk hamil digalakkan mengamalkan pengambilan vitamin harian seperti asidfolik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen VIVIX untuk melindungi  dan membaiki sel DNA serta Vitamin E & Vitamin C.


9.  Jumpa doktor anda. 

Antara penyakit yang kerap dikaitkan dengan punca kesukaran untuk hamil ialah masalah cyst, endometriosis atau fibroid. Jika haid anda adalah teratur dan anda sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat. Berjumpalah dengan doktor untuk memastikan anda bebas dari sebarang masalah.


Sekarang, kita lihat multivitamin Shaklee yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar setelah pelbagai usaha dilakukan.

Bagaimana Supplemen Membantu Meningkatkan Kesuburan


1. B.Complex Shaklee.

- Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik.

- Asid folik diperlukan untuk pertumbuhan dan pembahagian sel serta mengelakkan  kecacatan tiub neural pada janin (berkaitan saraf).

-  Untuk sistem reproduktif yang sihat.

2. GLA Complex.

- Wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur disarankan mengamalkan GLA Complex untuk membantu menyeimbangkan kitaran haid.
         
- Membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita.

3. Vitamin E.

- Membantu meningkatkan kemampuan reproduktif iaitu meningkatkan kiraan sperma lelaki.

- Melindungi sperma lelaki.

4. ESP

-  Membantu menyihatkan sel badan terutamanya rahim wanita

-  Mengandungi isoflavone yang sangat penting untuk hormon estrogen wanita.


5. Sustained Released Vita C.

-  Membantu meningkatkan motility(pergerakan) sperma.

-  Menghalang sperma berbentuk gumpalan.

6. VIVIX.

- Untuk kesihatan optimum lelaki dan wanita yang merancang untuk hamil.

- Membantu meningkatkan tenaga lelaki dan wanita pada tahap selular.





Bagi anda yang dah lama menanti kehadiran zuriat, ikhtiar dengan VIVIX  secara konsisten InshaAllah membuahkan hasil dengan izinNya seperti testimoni di atas.


Setelah anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan kesuburan anda dan pasangan, bagi yang perlukan konsultasi dan berhasrat untuk mencuba Set Hamil Shaklee bolehlah menghubungi saya. Apa yang penting setelah anda berusaha adalah berdoa, mohonlah kepada Allah agar dimurahkan rezeki dengan dikurniakan zuriat. 

Semoga usaha anda akan mendatangkan hasil satu hari kelak. Insha Allah, entri akan datang saya akan kongsikan Set Kurus dan Set Untuk Menambah Berat Badan bagi yang berhasrat untuk mendapatkan berat badan yang ideal.















 Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com 
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment