Shaklee Collagen Powder Bukan Sekadar Kolagen

ASSALAMUALAIKUM

Kali ni saya nak cerita tentang KOLAGEN sebagaimana yang dijanjikan sebelum ni di SINIApakah kolagen? Jom saya jawab.. Kolagen adalah rangkaian protein yang merangkumi seluruh tubuh. Maka tidak hairanlah kolagen adalah protein yang paling banyak diperlukan di dalam badan manusia yang merangkumi 85 peratus daripada kulit, otot dan tisu penyambung manusia. Terdapat kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya.

Kolagen adalah sejenis protein yang penting. Apabila usia kita semakin meningkat, paras kolagen semula jadi akan menyusut dan semakin menyusut pada kadar 1.5 peratus setiap tahun usia selepas kita berusia 25 tahun. Gejala penuaan kerap berlaku di kalangan wanita berusia 40-an. Disebabkan itulah, menjelang usia 40-an, badan kita semakin kurang menghasilkan kolagen. 

Disebabkan kolagen semakin kurang dihasilkan, maka kesan-kesan kehilangan kolagen menyebabkan gejala-gejala seperti berikut:-

a.  Timbul garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag) serta penglihatan menjadi kabur.

b.  Kulit menjadi kendur, kulit kering, wajah kusam tidak bermaya, pigmentasi, jeragat serta liang roma menjadi semakin besar.

c.  Kuku mudah patah serta rambut menjadi nipis dan tidak bermaya.

d.  Kemerosotan pada sendi rawan dan tulang, kehilangan kalsium.

Pada usia 40-an lah, ramai wanita akan merasakan diri tidak lagi cantik, berasa rendah diri dan tiada keyakinan kepada diri sendiri apabila berada di khalayak ramai. Bagaimanapun, seseorang itu harus sentiasa menjaga penampilan diri dan tidak merasa gusar kerana masih ada cara untuk mendapatkan kecantikan secara semulajadi.
Di dalam Islam, menjaga kecantikan serta berhias cantik untuk suami adalah wajib. Namun, bagi wanita Muslimah, melakukan rawatan pembedahan merubah wajah adalah dilarang kerana hukumnya haram. 
Bagi yang masih ingin membuat pembedahan merubah wajah, harus diingat bahawa tidak semua rawatan di pusat kecantikan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya dari segi keselamatan pengendalian peralatan serta cara menggunakannya. Kemungkinan besar pelanggan akan menghadapi komplikasi atau masalah sampingan lain jika pembedahan dilakukan oleh mereka yang tiada kepakaran. Paling dikhuatiri bila adapihak yang tidak berlesen atau bertauliah melakukan kerja-kerja pembedahan wajah. Ngeri kan?



Cara yang paling selamat yang boleh diambil ialah dengan mengambil kolagen iaitu pengganti kepada suntikan atau rawatan pembedahan merubah wajah dalam mendapatkan wajah dan bentuk badan idaman. Kita harus mengambil banyak bahan anti oksida setiap hari seperti buah-buahan kerana ia membantu menentang radikal bebas dan melindungi daripada kerosakan sel yang boleh mengakibatkan penuaan pra masa. Ini penting untuk merangsang pertambahan kolagen dalam badan. 

Vitamin C dikatakan mempunyai fungsi anti oksidan iaitu dapat mencegah sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyokong sebahagian sel supaya dapat memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan. Di sini kita dapat lihat kepentingan Vitamin C bagi membentuk kolagen.

Selain daripada itu, kita juga boleh mengambil supplemen yang mengandungi kolagen.
Shaklee Collagen Powder merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.  


Inilah Shaklee Collagen Powder  


Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa Shaklee Collagen Powder diekstrak daripada sisik ikan merah? Jom saya cerita sikit ya..:)

Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m. Di bawah keadaan laut yang bertekanan tinggi, adalah sukar bagi ikan yang biasa untuk hidup. Istimewanya ikan merah ni ialah, ia boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Inilah yang menjadikan ikan tersebut sebagai sumber kolagen yang sangat lasak.
Shaklee Collagen Powder juga dicampurkan dengan 7 bahan utama iaitu ramuan aktif yang meningkatkan keberkesanan kolagen iaitu ekstrak bijih benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat berikut:

ü  Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit.

ü  Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.

ü  Kulit lebih putih dan licin.

ü  Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.

ü  Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

7 ramuan aktif didapati dalam Shaklee Collagen Powder


Perbezaan Shaklee.

Terbukti Berkesan!
Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu, hasil menunjukkan tekstur keseluruhan kulit menjadi lebih baik meningkat sebanyak 71%.¹

Rujukan:
¹ A study on the Usefulness of Orally Administered Collagen Peptides Derived from Edible Marine Fish Scales on Human Skin and Hair. Yuzo Fujimoto et al FRAGRANCE JOURNAL, May 2007


Sekarang saya kongsikan testimoni pengguna yang telah menggunakan  Shaklee RSS Collagen. jom kita baca dan lihat.










Okay, dah nampak jalan untuk menjadi awet muda? Ada yang tengah belek-belek muka tu..Hehe..Siapa yang tak nak kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar kan? Ada yang dah pakat nak cuba Shaklee RSS Collagen? Sempat lagi untuk anda bertindak sebelum Hari Raya menjelang tiba ( sila rujuk perbezaan shaklee). Kan seronok kalau ada kaum keluarga yang menegur wajah anda yang makin awet muda. ;) Untuk dapatkan Shaklee RSS Collagen, jom hubungi saya.



Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor
Azura Zainalabidin
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-800 4628
♥ Shaklee ID : 1091952
♥ FB PAGE 
♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

1 comment:

  1. Memang ambik collagen dah 2 tahun dah. Collagen ni yang terbaik. Berbaloi baloi!!

    ReplyDelete