Benarkah Khasiat Shaklee Vita C Setanding Dengan Suntikan Vitamin C?


Ada tak di kalangan pembaca kat sini yang pernah melakukan suntikan Vitamin C? Wah, mesti cantik kan, kulit selepas mengambil suntikan tu? Tapi, sebelum anda mengambil keputusan nak menyuntik vitamin tersebut ke dalam badan, pernah tak anda menyelidik kesan sampingan akibat perbuatan tersebut? Memang la dari segi kecantikan, kulit menjadi semakin cantik atau tegang dan sebagainya.





Tetapi, apa yang perlu dilakukan sebelum mengambil keputusan menyuntik vitamin tersebut ialah memastikan dos yang diperlukan untuk mengelakkan anda mengambil suntikan tersebut dalam dos yang berlebihan. Ada yang menyangka lebih banyak dos yang diambil adalah lebih baik, tetapi hakikatnya bukanlah begitu kerana ia boleh mendatangkan risiko dan memudaratkan diri. 

Fungsi Vitamin C Di Dalam Badan Manusia.

Tidak dapat dinafikan kebaikan Vitamin C terhadap sistem tubuh badan manusia kerana ia membantu tubuh berfungsi dengan normal. Manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C, tidak seperti haiwan yang mampu menghasilkan vitamin C mereka sendiri.  Vitamin C adalah larut air dan akan hilang secara berterusan dari tubuh badan kita. Justeru itulah kita disarankan supaya mendapatkan vitamin C setiap hari.

Selain daripada terkenal untuk kesihatan badan, Vitamin C turut memberi impak positif kepada kecantikan seseorang. Maka, tidak hairanlah ada yang sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit dan berlumba-lumba untuk mendapatkan sumber vitamin C sama ada secara semulajadi dalam bentuk pil atau suntikan dan sebagainya kerana yakin dengan khasiatnya.

Vitamin C juga diketahui mempunyai fungsi anti oksidan iaitu dapat mencegah sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Selain itu, vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyokong sebahagian sel supaya dapat memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat besi. 

Banyakkan, manfaat Vitamin C ni? Apa yang penting adalah bagaimana cara kita mendapatkan sumber vitamin tersebut. Adakah melalui supplemen semulajadi yang selamat ataupun seperti yang saya bagitau awal-awal tadi iaitu melalui suntikan. Di pihak saya, sudah tentulah saya memilih sesuatu yang sihat, semulajadi dan selamat. Saya percaya anda pun begitu juga.


Sumber Makanan Yang Membekalkan Vitamin C.



Terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi Vitamin C. Diantaranya adalah kobis bunga, bayam, kentang dan lain-lain. Pelbagai contoh lain sumber vitamin C yang mudah didapati adalah antaranya buah oren, strawberi, tomato, brokoli, betik, mangga, nanas dan lain-lain lagi.



Kesan Kekurangan Vitamin C.

Vitamin C berkebolehan menghasilkan kolagen pada kulit, melindungi gigi dan tulang serta membaiki kerosakan pada badan, terutamanya jika seorang itu merokok. Sebatang rokok mampu melupuskan 50mg – 100 mg Vitamin C. Bayangkan dalam sehari seorang perokok yang menghisap beberapa batang rokok. Agak-agaknya berapa milligram kah jumlah Vitamin C yang susut di dalam badan mereka? 

Maka tidak mustahillah seseorang perokok itu akan menghadapi risiko rendah vitamin C yang boleh menghasilkan penyakit seperti strok, tekanan darah tinggi, dan penyakit kanser. Rambut yang kering dan tidak sihat, kulit yang kasar dan kering, hidung berdarah, luka lambat sembuh dan sistem immunisasi badan yang lemah adalah antara tanda-tanda seseorang itu kekurangan vitamin C dalam badan sekaligus membolehkan seseorang individu itu mudah terdedah terhadap penyakit merbahaya itu.


Cara Mengatasi Kekurangan Vitamin C.

Diantara cara untuk mendapatkan bekalan Vitamin C adalah samada melalui pemakanan dan dengan mengamalkan supplemen sebagai makanan tambahan. Bagi yang mengalami gejala kekurangan Vitamin C, anda dinasihatkan mengambil makanan seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan sumber Vitamin C. Namun, kadangkala didapati kandungan Vitamin C pada buah-buahan akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Jadi, alternatif pilihan bagi mendapatkan Vitamin C yang ada sekarang adalah dengan mengambil supplemen.

Jadi, kepada pengamal supplemen di luar sana, mari kita semak Vitamin C yang kita ambil sekarang. Adakah ianya memenuhi kriteria Vitamin C yang baik?

Di antara cara memilih Vitamin C yang baik ialah :

a. Adakah ianya berstatus HALAL dan mengamalkan Good Manufacturing Practices (GMPs).

b. Diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

c. Mempunyai kebolehserapan (bioavailability) yang tinggi. 

d. Tiada bahan perasa atau pewarna tiruan.

e. Mengandungi bioflavonoids yang juga dikenali sebagai Vitamin C kompleks yang berkemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh.

Alhamdulillah, saya telah menemui Vitamin C yang menepati ciri-ciri di atas. Sudah tentulah Vitamin C tersebut ialah Shaklee Sustained Release Vita C yang saya amalkan selama ni. Shaklee Sustained Release Vita C Plus ni adalah merupakan produk pertama yang menawarkan Vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietary dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam.

Bagaimana pula dengan Vitamin C pilihan anda? Sekarang, mari saya bawa anda semua mengetahui manfaat utama Shaklee Sustained Release Vita C.


Manfaat Utama Shaklee Sustained Release Vita C. 


a.  Membentuk kolagen iaitu merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu menghalang otot menjadi lembik.

b.  Memperbaiki symptom pendarahan yang berpunca daripada kekurangan Vitamin C. Kekurangan Vitamin C adalah faktor yang menyebabkan berlakunya gusi berdarah, lebam di kulit, kecederaan yang mengambil masa yang lama untuk pulih, kulit kering, kulit yang kasar serta ruam.

c.  Meningkatkan sistem imun, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Apabila sistem imun meningkat, waktu yang diambil untuk pemulihan dapat disingkatkandan dapat mengurangkan simptom flu dan selsema.

d.  Mencantikkan kulit. Untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen yang boleh menyebabkan jeragat, ambillah Vitamin C setiap hari! (Saya pasti bahagian ini paling digemari oleh kaum wanita yang mementingkan kecantikan)

e.  Memperbaiki insomnia, stress serta masalah berkaitan mental seperti keresahan.


f.  Membantu mengekalkan kolesterol sihat. Ianya membantu menghalang pendarahan dalaman,hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



Dah tau manfaat Sustained Release Vita C sekarang jom layan testimoni pulak yer.. :D


- Vita C diamalkan pelanggan yang mengalami masalah bengkak gusi, gusi berdarah & nafas berbau.




-Testimoni pelanggan yang mengalami masalah selsema teruk/resdung 




wajah ibu anak 4 yang mengamalkan Set D (termasuk Vita C). Awet muda je kan wajah ibu ni?


Dari segi keselamatan kita sebagai pengguna, memang tak dinafikan la produk Shaklee sah-sah tiada menggunakan bahan-bahan yang terlarang. Kalau nak dibandingkan dengan vitamin C lain kat luar sana, rasanya tak keterlaluan kalau saya katakan Sustained Release Vita C lebih berbaloi untuk diamalkan. Dengan harga yang mampu milik iaitu RM92.50 (belum termasuk kos pos) untuk vitamin C berjumlah 180 biji (tahan 6 bulan),anda tidak perlu risau dengan kesan sampingan yang memudaratkan kulit anda. Nak harga lagi jimat? Boleh je dengan satu syarat yang cukup mudah iaitu mendaftar menjadi ahli la dulu.:)

Dengan mengamalkan Sustained Release Vita C ni, tak perlu dah nak buat suntik-suntik. Sebabnya, ialah,ujian klinikal telah membuktikan bahawa Vitamin C di dalam 2 tablet Sustained Release Vita C (di dalam jarak masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Tak perlu dah nak berhabisan duit beratus-ribu semata-mata nak buat suntikan. Sustained Release Vita C kan ada?? Sudah semestinya anda dapat menjimatkan duit dan yang paling penting, keselamatan diri terjamin.

Ada yang berkira-kira nak suntik vitamin C lupakan je la.Okay, toksah pikir panjang lagi..Jom amalkan vitamin C yang selamat lagi mencantikkan dan tidak memudaratkan. Tak tau di mana nak dapatkan Sustained Release Vita C? Senang je tu, skrol kat bawah sikit ada jumpa no telefon saya kan..bolehlah hubungi saya :D

Akhir kata, sehingga kita bertemu lagi di lain bicara saya. InsyaAllah, saya akan muncul lagi dengan satu produk yang juga ada kaitan dengan Vita C dan kolagen nih..Nak tau? Tungguuu ya..



Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor
Azura Zainalabidin
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-800 4628
♥ Shaklee ID : 1091952
♥ FB PAGE 
♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment