Kepentingan Detoks Sebagai Kunci Untuk Kurus?


Alhamdulillah bersua lagi kita di perkongsian saya kali ni. Hari ni saya nak kongsi mengenai Set Kurus Shaklee seperti yang saya janjikan di dalam entri saya DI SINI.

3 kaedah untuk kurus dengan Set Kurus Shaklee ialah dengan DETOKS/BUANG, BAKAR dan BINA. Apa yang anda semua harus tahu sebelum nak memulakan rejim penjagaan berat badan ini adalah keperluan untuk DETOKS. Malah, tidak keterlaluan kalau saya katakan, walau apa pun sebab anda mengamalkan pengambilan supplemen (nak cantik, nak kawal paras gula dalam darah, nak menjaga kesihatan seisi keluarga dll), anda haruslah memulakan dengan DETOKS terlebih dahulu.

Apakah DETOKS dan Mengapakah Perlu Untuk DETOKS?

Saya pasti ada yang tertanya-tanya dua soalan di atas kan? DETOKS ialah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak-lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar. Perlunya proses DETOKS ni adalah supaya badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum setelah dinding usus kita bersih.

Andaikan usus kita diumpamakan sebagai saluran paip. Bayangkan kalau saluran paip kat rumah kita terdapat banyak kekotoran di sekelilingnya. Apakah yang akan terjadi? Mestilah kelancaran air dari singki untuk mengalir akan terbantut sehingga lama-kelamaan akan menyebabkan singki tersebut akan tersumbat kan? Bayangkan pula kalau saluran paip tersebut telah dibersihkan, dimana tiada kekotoran di dalamnya, bukankah air akan mengalir dengan deras?

Sekarang saya akan bawa anda semua untuk mengetahui bagaimana 3 kaedah yang saya sebutkan di atas tadi bertindak dan apakah supplemen Shaklee yang digunakan.

1.   DETOKS/BUANG.

2 produk yang berfungsi sebagai agen DETOKS ialah ALFALFA dan HERBLAX.

a) ALFALFA - Daun Alfalfa merupakan makanan tinggi nutrisi dan sumber fiber yang baik untuk detox tubuh. Alfalfa berfungsi sebagai serat yg bertindak seperti sponge yang menyerap segala lemak yang telah dipecahkan oleh Omega. Lemak akan diangkut keluar melalui proses penyahtinjaan. 

Bagi anda yang tiada masalah sembelit bolehlah menggunakan Alfalfa/Fiber sebagai agen untuk detoks. 







b) Herb-lax - Herb-lax sesuai digunakan bagi anda yang mengalami masalah sembelit. Walaubagaimanapun, saya tidak begitu menggalakkan penggunaan Herb-lax bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana dikhuatiri jika anak anda akan mendapat kesannya (anak mungkin mengalami cirit- birit).






2.   BAKAR

a) OMEGA 

- Berfungsi untuk memecahkan lemak. Omega dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Ia menyebabkan lemak terapung di dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. 




b) LECITHIN

- Lecithin sama fungsi seperti OMEGA. Ia perlu diambil bersama fiber dan ALFALFA adalah sumber fiber yang paling baik. Seperti OMEGA, LECITHIN juga membantu meningkatkan HDL 
[ high density lipid] dan ini dapat membantu kita mengatasi masalah kolesterol. 



3) BINA

Cinch Shake (Chocolate/ Vanilla/ Cafe latte) ATAU Meal Shakes ATAU ESP 

- Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan  sumber protein dapat membakar kalori sehingga 35%. Dengan mengamalkan sumber protein daripada Cinch/Meal Shakes/ESP kita akan merasa kenyang yang berpanjangan.








Walaupun anda mengamalkan Set Kurus Shaklee ini, tidak bermakna anda langsung tidak bersenam. Senaman masih lagi aktiviti yang paling penting dalam memastikan kita sihat. Bersenamlah dua kali seminggu (paling kurang) untuk memastikan jantung kita dapat berfungsi dengan baik dan juga sekaligus dapat memecahkan lemak-lemak yang baru terkumpul. 






Selain bersenam, amalkanlah juga pemakanan yang seimbang dan sihat. Elakkan memakan makanan yang berlemak dan manis. Pastikan juga anda meminum air masak/suam sebanyak 3 liter sehari  dan mengamalkan pengambilan buah-buahan yang berserat tinggi. 

Jika anda ingin mengamalkan gaya hidup sihat dan ingin memulakan usaha anda untuk mengurangkan berat badan, bermulalah dari sekarang. Janganlah mengamalkan rejim diet yang salah yang boleh membahayakan kesihatan anda sendiri. Dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan. Jika anda berminat nak mencuba Set Kurus Shaklee boleh la menghubungi saya.




 Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor
Azura Zainalabidin
♥ SMS | Call | Whatsapp: 016-800 4628
♥ Shaklee ID : 1091952
♥ FB PAGE 
♥ Email : juaazura81@gmail.com 
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment