Kepentingan Nutrisi Di Kalangan Anak Yang Membesar


Assalamualaikum..

Pernah tak ibu bapa buntu dengan sikap anak anda yang sering mengambil sikap sambil lewa bila diajak makan? Atau ada yang langsung tak nak ambil peduli tentang makan.Sememangnya memujuk kanak-kanak untuk makan adalah bukan satu tugas yang mudah kalau tak kena gayanya. Sebagai seorang ibu,saya juga tidak terkecuali menghadapi masalah tersebut. Anak saya ialah seorang yang tergolong dalam kalangan yang ‘picky eater’. Boleh baca di SINI mengenai anak saya yang tersebut.





Hari ni saya nak berkongsi dengan para ibu bapa di luar sana tentang kepentingan nutrisi bagi anak-anak kita terutamanya yang sedang membesar. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan pengambilan nutrisi yang diperlukan oleh badan anak kita adalah mencukupi.
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.



Mengapa Nutrisi Lengkap Sangat Perlu.

Jika jumlah pengambilan nutrien adalah tidak mencukupi, ia akan menganggu perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak. Hal ini akan menghalang kanak-kanak daripada melalui pertumbuhan fizikal yang sempurna. Kebanyakan proses tumbesaran dan perkembangan termasuk mata, minda, pertumbuhan fizikal dan pembelajaran berlaku ketika kanak-kanak berumur satu hingga tujuh tahun. Justeru itu, pengambilan pemakanan mereka boleh mempengaruhi perkembangan tersebut.

Di samping itu, perkembangan mental dan fizikal yang terbaik tidak dapat dihasilkan melalui dengan hanya mengambil satu jenis nutrien sahaja. Perkembangan mental dan fizikal ini memerlukan gabungan nutrisi yang betul dan dalam kandungan yang seimbang bagi menyokong perkembangan keseluruhan anak kita. Kebanyakan nutrien atau zat makanan yang diperlukan kanak-kanak boleh didapati daripada gabungan pelbagai jenis makanan dari kumpulan zat makanan yang diperlukan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai.

Bagi kanak-kanak, sumber kalsium dan vitamin D adalah sangat perlu untuk perkembangan fizikal. Selain itu, ia juga penting untuk tulang yang sihat. Nutrien yang kaya dengan kalsium dan vitamin D boleh didapati dari sumber tenusu, cheese atau yogurt. Selain itu, sumber vitamin D semulajadi ialah daripada matahari. 

Kanak-kanak juga memerlukan sumber karbohidrat, protein, vitamin, zat besi dan mineral yang lain untuk menjadikan mereka lebih kuat dan tidak mudah terkena penyakit seperti demam biasa. Perkembangan otot adalah penting untuk menyokong semua aktiviti fizikal. Untuk membina dan memulihkan tisu otot, diet yang mengandungi sumber protein seperti daging, ayam, telur dan kekacang hendaklah dimasukkan dalam diet anak-anak anda.

Sumber karbohidrat pula berfungsi membekalkan tenaga. Dengan memberikan karbohidrat kompleks kepada anak-anak, mereka bukan sekadar dibekalkan tenaga, malah juga mendapat serat, vitamin dan mineral. Contoh makanan yang boleh diberikan ialah nasi, roti, mee, pasta dan oat.

Faktor terakhir mengapa nutrisi lengkap sangat perlu ialah kerana sekiranya pengambilan nutrien yang tidak seimbang diamalkan, ia akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti kurang berat badan, obesiti atau anemia.





Peranan Ibubapa.


Untuk mengelak daripada pertumbuhan dan kecerdasan yang terbantut, ibu bapa (termasuk saya sendiri) diingatkan agar melihat kepada keperluan nutrisi anak yang sedang membesar. Perkara yang juga penting untuk diberi perhatian ialah memantau indeks jisim tubuh (BMI) anak. Bukan berapa banyak kuantiti makanan yang anak kita makan atau minum adalah penting, tetapi adakah jumlah makanan yang diambil adalah berkadaran dengan usia, tinggi dan peringkat umur anak-anak kita. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya masalah seperti obesiti, kurang berat badan atau anemia seperti yang saya sebutkan tadi.  


Bagi ibu bapa yang masih mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, anda disarankan supaya memberi anak anda sekurang-kurangnya dua gelas susu setiap hari. Susu adalah penting kerana ia adalah pelengkap makanan. Selain itu, pengambilan makanan mengikut diet seimbang adalah juga penting. Anak-anak hendaklah dididik dengan tabiat baik berhubung dengan pengambilan makanan sebelum mereka berumur 10 tahun. Makan bersama dengan anak-anak sewaktu sarapan atau semasa makan malam boleh membangkitkan selera anak-anak.

Disamping menyediakan makanan yang seimbang, ibu bapa hendaklah tidak memberi anak-anak anda makanan ringan yang tiada khasiat seperti gula-gula, air berkarbonat atau keropok. Biasakan anak-anak memakan buah-buahan, sayur-sayuran serta makanan berkhasiat.   

Mudah, kan untuk memberikan makanan yang bernutrisi untuk anak-anak kita? Bagi ibu bapa yang anak mereka bukan ‘picky eater’ memang tiada masalah. Cuma, bagi ibu bapa yang mengalami masalah yang sama seperti saya iaitu anak yang picky eater memang akan risau.
Ada yang nak tau apakah langkah yang saya ambil? Tentu saja saya dengan berbesar hati akan berkongsi cara saya. Mesti ada yang dah dapat teka bila saya sebut ‘picky eater’ di awal entri saya tadi kan? Ya, tepat sekali. Saya telah memberikan anak saya Meal Shakes.:D



Apakah keistimewaan Meal Shakes dan bagaimana ia dapat membantu membekalkan nutrisi?
a.     Menyediakan hidangan lengkap iaitu 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.

b.     Membekal nutrisi kepada sel tubuh. Kaya protein untuk membantu pembinaan sel-sel kulit , kuku, rambut dan lain-lain.

c.      Membantu tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya kalsium, magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk tumbesaran.

d.     Detoksifikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

e.      Anti Oksida – Mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium, yang merupakan agen anti oksida.
f.        Mengembalikan seri wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi,untuk membina sel-sel darah merah yang sihat.

g.      Rasa yang lazat. Tiada sebarang pewarna, gula tiruan dan laktosa.

h.      Pengganti kepada makanan segera yang tidak berkhasiat.

Mengapa saya memilih Meal Shakes? Jawapannya ada pada perenggan ini :

Di samping itu, perkembangan mental dan fizikal yang terbaik tidak dapat dihasilkan melalui dengan hanya mengambil satu jenis nutrien sahaja. Perkembangan mental dan fizikal ini memerlukan gabungan nutrisi yang betul dan dalam kandungan yang seimbang bagi menyokong perkembangan keseluruhan anak kita.

Jom sekarang kita baca testimoni pengguna lain yang telah menggunakan Meal Shakes.

- selera anak bertambah.
- dulu guna botol pendek, sekarang dah tukar botol panjang.
- anak mempunyai daya ingatan yang kuat.


- anak semakin jarang selsema.
- selera makan bertambah.



- anak yang picky eater semakin bertambah selera makan.
- kalau dulu berhari tak makan, sekarang wajib makan lunch & dinner.


- selsema makin sembuh, batuk pula kadang-kadang.
- selera makan anak semakin bertambah.


Nak tau testimoni Meal Shakes saya? Nah, sekali lagi saya bagi kat SINI. Saya percaya, anda sebagai ibu bapa tidak akan berkira bab-bab yang berhubung dengan pemakanan untuk anak-anak anda demi memastikan anak anda mendapat nutrisi yang mencukupi dan sempurna. Sebagaimana saya yang telah mengambil langkah alternatif untuk memupuk selera makan anak saya, saya pasti anda juga akan mengambil langkah yang sama. 

Bila anak dah mendapat semua nutrisi yang diperlukan, InshaAllah perkembangan tumbesaran dan mental mereka akan semakin berkembang. Pada masa ni la kita sebagai ibu bapa berperanan mendidik anak-anak dengan sebaik-baik pendidikan. Diharap anda semua mendapat manfaat melalui perkongsian saya kali ini. Dan moga selepas ini kita semua tidak lagi berhadapan dengan masalah anak yang picky eater. Harapan saya moga anak kita sentiasa sihat, ceria dan bijak hendaknya.

Sebenarnya banyak lagi perkongsian mengenai pendidikan anak-anak yang saya nak kongsikan. Juga bagaimana teknik merangsang anak supaya menjadi bijak? Semuanya saya ada kongsikan di dalam e-book seperti yang terdapat pada gambar di bawah. Kepada ibu bapa atau bakal-bakal ibu bapa yang berminat nak tau lebih lanjut mengenai e-book tersebut boleh la menghubungi saya.


Nak dapatkan e-book ni? Sila hubungi saya ok :)


Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call  |Whatsapp  : 016 -800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com





Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment