Meal Shakes Mampu Membekalkan Nutrisi Yang Mencukupi Bagi Kanak-kanak. Fakta Atau Auta?



Hari ni nak saya nak sambung perbicaraan mengenai kepentingan nutrisi untuk kanak-kanak. Tapi kali ni saya akan lebih memfokuskan kepada fungsi-fungsi setiap vitamin atau mineral yang diperlukan dalam tubuh badan kita terumanya kanak-kanak yang sedang membesar. Selain daripada nutrisi diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak, kita juga tidak harus lupa bahawa perkembangan otak iaitu pembelajaran kanak-kanak juga sangat berkait rapat dengan nutrisi yang diambil. Otak atau minda yang cerdas sangat memerlukan beberapa vitamin serta nutrien-nutrien yang lain untuk membolehkan otak kanak-kanak saling berhubung di antara satu sama lain.  Apakah vitamin-vitamin yang diperlukan oleh kanak-kanak dan bagaimanakah setiap vitamin tersebut berfungsi? Jom kita tinjau :D
 

Vitamin-vitamin Yang Diperlukan Kanak-kanak Berserta Fungsinya.

1.      Vitamin A.
Untuk memelihara kesihatan mata. Memandangkan pada usia kanak-kanak, mereka cenderung untuk tidak begitu menitik beratkan penjagaan mata. Apa taknya, ada yang kalau menonton tv tu, bukan main dekat lagi jarak mereka dengan tv. Belum lagi masuk bab mengadap komputer, video game atau aktiviti membaca buku. Semua aktiviti tersebut lama-kelamaan akan menyebabkan mata berasa letih. Di sinilah letaknya kepentingan Vitamin A untuk mereka.

      - Disamping itu, Vitamin A juga berfungsi sebagai anti oksida yang membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel, tisu serta organ.


2.       Vitamin B6.
      - Ia berfungsi untuk perkembangan otak dengan membekalkan oksigen ke otak serta mencegah keletihan mental. Sebab itulah vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan minda yang bijak dan cerdas.

      - Sangat diperlukan untuk darah membawa oksigen kepada sel, tisu dan organ di dalam badan. Kanak-kanak memerlukan Vitamin B6 disebabkan ianya turut membantu mereka kekal fokus atau menumpukan perhatian di dalam kelas.

      - Membantu sistem imun dan sistem nervous berada dalam keadaan yang baik.


3.        Vitamin C.
      - Berfungsi untuk meningkatkan system imun.

      - Selain itu, ia juga dapat memendekkan waktu pemulihan jika kanak-kanak mendapat luka atau lebam semasa bersukan. Hal ini disebabkan vitamin C menguatkan salur darah dan membantu menghasilkan serta memulihkan sel darah merah, tisu-tisu dan tulang.


4.         Zinc.
Seperti Vitamin C, Zinc juga berfungsi untuk meningkatkan system imun dan            mempercepatkan penyembuhan daripada luka.

Merangsang aktiviti otak bagi menajamkan daya pemikiran kanak-kanak ketika belajar.


5.         Karbohidrat.
Sangat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan badan berasa lemah dan tidak bermaya. Dengan gaya hidup kanak-kanak yang sangat aktif dan memerlukan banyak tenaga untuk melakukan setiap aktiviti mereka, karbohidrat harus ada di dalam diet mereka.

6.         Protein.
Merupakan bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan. Maka, setiap organ kita memerlukan protein.

-  Adalah komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.


7.         Kalsium.
Berfungsi untuk membina serta menguatkan tulang dan gigi. Keperluan kalsium sangat tinggi sedari kita di dalam kandungan lagi.


8.      Vitamin D.
Membantu badan menyerap kalsium dan sangat penting untuk perkembangan sel yang sihat.


9.       Vitamin E.
Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan serta mengurangkan tekanan darah.

Juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat dan membantu mencegah anemia.


10.       Iron 
     
- Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Ia bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan.

Iron diperlukan untuk menghasilkan haemoglobin.

Kekurangan iron boleh menyebabkan anemia yang menyebabkan penat dan kelesuan.  


Nutrisi seimbang dan lengkap sangat penting untuk mengelakkan kanak-kanak daripada kekurangan nutrisi atau obesiti.





Inilah nutrisi yang terkandung dalam Meal Shakes.Lengkapkan? 




Percaya tak, kalau saya katakan bahawa semua vitamin diperlukan kanak-kanak ada di dalam Meal Shakes? Haaa… Inilah antara salah satu sebab mengapa ibu bapa perlu memberi anak anda Meal Shakes. Kesemua nutrien di dalam Meal Shakes adalah perlu di dalam diet kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, sudah tentunya kita risau jika anak kita kerap sakit hingga menyebabkan mereka selalu tidak hadir ke sekolah serta ketinggalan dalam pelajaran mereka. Bila mereka sakit, bukan saja kesihatan fizikal mereka terjejas, kesihatan emosi (mental) mereka turut terganggu. Bukankah akal yang sihat terletak pada badan yang sihat? Makanya, kita perlu memberikan mereka dengan nutrisi lengkap untuk menguatkan sistem imun mereka supaya mereka dapat melawan jangkitan penyakit.

Kesihatan mental dan fizikal adalah berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Bagaimana nak merangsang mental yang sihat?  Saya ada kongsikan di dalam e-book yang bertajuk Teknik Merangsang Anak Supaya Bijak. Anda boleh hubungi saya jika anda berminat untuk mendapatkan e-book tersebut. :D





Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keistimewaan Meal Shakes, jom baca perkongsian saya di SINISekian dulu perkongsian saya sehingga kita bertemu lagi J










Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor
Azura Zainalabidin
♥ SMS | Call  |Whatsapp  : 016 -800 4628
♥ Shaklee ID : 1091952
♥ FB PAGE 
♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment