Pengalaman Saya Menjadi Ahli Shaklee Setelah Benar-benar Jatuh Cinta


ASSALAMUALAIKUM

Apa  khabar semua? Sihat hari ni? Alhamdulillah..Saya pun sihat dan masih diberi kesempatan untuk menulis sekarang ni. Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya bagaimana saya boleh terjebak dengan Shaklee ni? Rata-rata SID kat luar sana pun ada kisah mereka tersendiri bagaimana mereka boleh terjebak dengan Shaklee dan begitu jugalah halnya dengan saya.

Mengimbau kenangan awal saya berkenalan dengan Shaklee setahun yang lepas ialah semasa saya mencari produk untuk berpantang sebagai persediaan untuk bersalin anak ke 3. Semasa berpantang, saya guna produk Shaklee dan juga jamu-jamu kampung. Tapi masa tu saya belum jadi ahli Shaklee lagi dan belum benar-benar jatuh cinta dengan Shaklee.
Selepas tamat tempoh berpantang, supplemen Shaklee pun dah habis, tapi saya tak beli lagi. Yang tinggal masih berbaki adalah ESP kerana masa tu ambil ESP pun bila ingat je baru nak ambil. Opss..(Jangan tiru stail saya ye).

Sehinggalah pada satu hari nak dijadikan cerita, saya terkena gastrik. Penyakit lama berulang lagi. Huhu. Oleh kerana tiada ubat gastrik yang biasa diambil kat rumah, maka pergilah saya ke klinik. Selepas kejadian tu, saya pun tanya la Encik Google penawar gastrik dan terjumpalah saya satu blog (dah tak ingat blog apa) yang mengatakan bahawa ESP sesuai untuk pengidap gastrik. Wah..apa lagi, dalam diam saya gembira, tapi saya tak terus percaya. Ingat nak buat eksperimen sendiri la dulu, baru tau kebenarannya. Ya tak?

Apa yang saya buat? Saya cuba berpuasa dengan mengambil ESP semasa sahur. Tau tak pa yang terjadi? Jeng jeng jeng….Alhamdulillah, sepanjang hari tu takde pula saya terkena gastrik dan badan pun lain je rasa tenaganya. Alah, baru je satu hari kan eksperimen ni. Kebetulan je kot. Masuk bulan Ramadhan, saya masih lagi mengambil ESP tiap kali semasa sahur dan berbuka. Betapa bersyukurnya saya kerana puasa tahun lepas saya menempa sejarah peribadi dimana tiada serangan gastrik seperti puasa-puasa yang lepas. Bermula detik itulah saya benar-benar jatuh cinta dengan ESP dan mula mencari lebih banyak maklumat tentang Shaklee dan produk-produknya.

Inilah produk yang berjaya menawan hati saya :)



Setelah puas mencari maklumat mengenai Shaklee, jumpa la pula dengan Meal Shakes yang dikatakan dapat membantu masalah yang berkaitan dengan anak yang memilih bab makan. Saya pun beli la Meal Shakes tapi masih lagi liat nak jadi ahli padahal bukan murah pun beli masa tu.Hehe..

Entah macam mana pada satu hari saya tergerak hati nak jadi ahli setelah puas berfikir sampai bila nak beli produk Shaklee ni pada harga pasaran sedangkan saya memang dah jatuh cinta betul-betul dengan produk ni.






Alhamdulillah, saya bersyukur dengan langkah pertama yang saya ambil iaitu dengan menjadi ahli Shaklee dan tidak sesekali saya menyesal. Menyesal kerana lambat jadi ahli tu adalah. Haha. Sendiri punya salah la. Yang menariknya ialah, saya dah dapat semula ‘wang pelaburan’ saya untuk jadi ahli yang berjumlah RM85. Kiranya tak rugi apa-apa pun dan yang paling penting sekarang ni saya telah say goodbye to gastric. Hehe..Kalau difikir-fikirkan sampai bila la saya nak bergantung dengan ubat gastric tu kan?  

Ada sesiapa yang nak kongsikan pengalaman anda dengan Shaklee? Jom jemput kongsi pengalaman anda di sini :) Pengalaman anak saya dengan Meal Shake? Jemput baca entri INI ok..Wassalam.





Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor
Azura Zainalabidin
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-800 4628
♥ Shaklee ID : 1091952
♥ FB PAGE 
♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment