Set A - Kesihatan Umum


Pernah tak anda rasa badan letih, lesu dan tidak bermaya? Sampaikan nak buat apa-apa kerja pun lemau je..Tambah lagi bila baru balik ke rumah setelah seharian di pejabat. Bila balik rumah pula, dengan keadaan rumah yang berselerak dengan mainan anak-anak, makin la bertambah-tambah rasa penat tu kan. Bila dah badan penat, otak kita pun akan kena tempiasnya iaitu cepat stress. Bila stress dan penat yang melampau, maka mudahlah badan kita terdedah kepada penyakit.

Jom kita mengamalkan saranan junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada puteri baginda Saidatina Fatimah R.A yang meminta seorang pembantu untuk urusan rumahtangga beliau. Apakah saranan tersebut? Nabi Muhammad SAW menyarankan puteri baginda supaya mengucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Alllahu Akbar 34 kali setiap kali sebelum tidur kerana ucapan tersebut lebih baik daripada seorang pembantu.

Bagi yang nak menambah tenaga, bolehlah mengambil pemakanan yang kaya serat seperti oatmeal atau AlfalfaUntuk menghindari keletihan atau mengatasi anemia, bolehlah mengamalkan sayur midin (famous kat Sarawak nih). Ada apa dengan sayur midin ni? Dan apa kaitan dengan anemia? Untuk makluman, sayur midin ni biasa didapati di pinggir hutan. Ianya banyak didapati terutamanya selepas hujan. Bagusnya sayur ni ialah, ianya tumbuh sendiri (tak perlu ditanam) dan sudah tentulah tiada baja. Sayur ini sangat kaya dengan zat besi dan zat besi penting untuk mencegah anemia. Bagi yang sukar nak dapatkan midin ni, jangan gusar, Vitalea Iron Shaklee kan ada..:)



 Midin sebelum dimasak


Midin selepas dimasak belacan..Mmmm..sedapnya


Untuk menjaga kesihatan badan supaya tidak mudah didatangi penyakit pula, bolehlah anda memperbanyakkan mengambil makanan seperti buah oren, buah nanas, brokoli serta tomata. Buah serta sayuran tersebut kaya dengan vitamin C yang dapat membantu meningkatkan imunisasi tubuh badan kita. Ada pulak yang tak suka nak makan sayur atau buah? Boleh ambil Sustained Release Vita-C untuk mendapatkan sumber Vitamin C yang diperlukan dalam diet seharian.

Selain daripada mengambil makanan yang seimbang dan mengikut pola yang betul, anda juga disarankan untuk sekali-sekala bersenam untuk kesihatan jantung.

Ada yang masih tak pasti dengan supplemen yang boleh diambil untuk mengatasi masalah keletihan, kelesuan dan kekurangan tenaga, jom saya senaraikan. Antara supplemen yang boleh diamalkan ialah seperti:-



Banyak betul? Mesti ada yang terfikir begitu kan? Hakikatnya memang kita perlukan vitamin A, B, C, D, E dan K di dalam tubuh badan kita. Vitamin-vitamin tersebut membekalkan tenaga atau fungsi yang berbeza mengikut keperluan tubuh badan kita. Terpulang kepada anda samada masih mampu untuk bertahan menghadapi kelesuan, keletihan serta kekurangan tenaga hari demi hari ataupun memilih untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagi saya health is wealth. 

Anda bagaimana pula?

Sehingga kita bertemu di lain entri saya. Maaf, jika saya terkasar bahasa. Bagi yang berminat nak tau lebih lanjut mengenai supplemen yang saya bagitau tadi, boleh hubungi saya.










Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment