Apakah Gejala Resdung Dan Bagaimana Cara Mengatasinya?


Assalamualaikum…Agak lambat entri saya untuk hari ni. Al-maklumlah hari hujung begini..Macam-macam perkara yang nak dibuat. Alhamdulillah, selesai sudah majlis tahlil arwah makcik saya malam ni..Oklah, hari ni saya nak bicara tentang resdung atau masalah sinus. Saya pasti anda semua tahu mengenai gejala resdung ni ya tak?



Tanda-tanda Menghidap Resdung

Macam mana nak tau samada anda pengidap resdung ataupun tidak? Biasanya, apabila anda selalu:

ü  Bersin,

ü  Mengalami gatal-gatal hidung, muka dan mata,

ü  Hidung sering tersumbat dan mengeluarkan berbau,
ü  Kurang deria bau,

ü  Terdapat lendir di tekak & hidung

ü  Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.



Ini adalah tanda bahawa anda berkemungkinan besar menghidap resdung.

Pernah tak anda terpikir untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah resdung yang dialami? Atau adakah anda mengambil jalan mudah dengan membiarkan sahaja masalah resdung tersebut tanpa sebarang rawatan? Bahaya tau, kalau anda membiarkan saja masalah resdung tanpa sebarang rawatan kerana ia boleh membawa risiko yang lebih teruk.


Faktor Penyebab Resdung

Pada kebiasaannya, masalah ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor penyebabnya ialah persekitaran, diet pemakanan, gaya hidup  dan faktor anatomi.
Faktor persekitaran yang menyebabkan gejala resdung terjadi ialah apabila pengidap sering  terdedah kepada habuk, debu, selimut, cadar dan binatang peliharaan. Dari segi pemakanan pula, makanan seperti belacan, cencaluk, makanan laut dan sebagainya, jika boleh hendaklah dielakkan ataupun dikurangkan pengambilannya kerana makanan tersebut termasuk dalam diet pemakanan yang tidak boleh diambil secara berlebihan. 
Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minuman bergas, minuman beralkohol, hendaklah tidak diamalkan. Sebaliknya, amalan sering bersenam setiap hari adalah langkah terbaik dalam mengamalkan gaya hidup  yang sihat. Faktor anatomi yang menyebabkan resdung ialah kemalangan maupun kecederaan, tulang hidung bengkok dan polyps.

Kesan Jika Resdung Tidak Dirawat

ü  Selsema yang melarat.

ü  Alahan hidung atau hidung sensitif.

ü  Memburukkan keadaan lelah.

ü  Sakit tekak yang kronik.

ü  Jangkitan otak (meningitis).

ü  Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata.



Tip Mengurangkan Gejala Resdung:

ü  Menggunakan vakum atau mop untuk membersihkan/menyapu rumah.

ü  Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan (makanan laut).

ü  Minum banyak air

üBanyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung.

ü  Hirup sup atau cecair yang panas.

ü  Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap.

üAnda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan.


Kaedah Rawatan

Bagi yang tercari-cari kaedah rawatan bagi mengatasi masalah resdung, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan sama ada melakukan rawatan secara tradisional, moden dan semulajadi (Supplemen Shaklee).


Rawatan Tradisional

ü  Kaedah asap resdung

ü  Bekam


Rawatan Moden

ü  Ubat-ubatan antibiotik

ü  Spray nasal

ü  Pembedahan

Rawatan Semulajadi (Supplemen Shaklee)

ü  Vita-C – Melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Juga berfungsi meningkatkan sistem imunisasi, menyingkatkan waktu pemulihan terhadap penyakit dan mengurangkan symptom flu dan selsema.

ü  B-Complex – Bertindak sebagai  anti-tekanan (stress) dan penstabil hormon. Juga berfungsi untuk meredakan alahan.

ü  Alfalfa – Melawan alahan akibat resdung, eczema, alergik dan gegata (hives). Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air.





Nak lihat testimoni pengguna? Jom tengok...










Jika anda telah mendapatkan rawatan doktor namun malah resdung masih membelenggu diri anda, jangan la putus asa. Anda boleh mencuba alternatif untuk mengatasi resdung dengan mengamalkan supplemen semulajadi Shaklee seperti yang saya bagitau. Bukan mudah jika tiap saat dan ketika sentiasa bersin akibat masalah resdung ni. Apatah lagi jika masalah ini boleh menjejaskan gaya hidup anda. Boleh la hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan supplemen tersebut atau klik je butang order kat bawah ni.  




Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

 SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

 Shaklee ID : 1091952

 FB PAGE 

 Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

1 comment:

  1. Selain dari itu aspek keturunan pun boleh menjadi punca-punca seperti alergic dan sensitif udara yang kotor dan tercemar. Oleh yang demikian dari aspek kebersihan diri mempunya peranan penting seperti cadar , bantal dan juga habuk rumah perlu sentiasa bersih.

    Jika sensitfi pada habuk perlu menggunakan penutup hidup dan mulut salah satu cara untuk mencegah resdung semasa membersihkan rumah. Kerana kadang-kadang ada pengidap boleh kena habuk menyebabkan bersin dan selsema teruk.

    Pemakanan perlu dijaga kerana dapat meningkatkan antibodi seperti mengambil makanan tambahan Vitamin C. Dengan juga memakan makanan herba juga dapat mencegah penyakit resdung melalui pengambilan ubat herba.

    Sentiasa juga melakukan senaman kerana ia akan meningkatkan sistem antibodi dan proses membuang toksin dalam badan berlaku semasa senaman.

    ReplyDelete