Awas!!! Kolesterol Tinggi Boleh Mengancam Nyawa

Kolesterol. Tahukah anda apakah kolesterol? Biasanya kita sedar bahawa kita seharusnya  mengawal pengambilan kolesterol seharian kita dengan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi jumlah kolesterol  yang tinggi.  Namun, adakah kita mengetahui apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai kolesterol?

Untuk pengetahuan, kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Fungsi kolesterol ni adalah untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Di samping itu, kolesterol juga memainkan peranan penting dalam membentuk asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

2 jenis kolesterol dalam darah:

· Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.  Lazimnya ia dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’.  

· Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik’ dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan

Walaupun kita biasanya sedar bahawa makanan yang berkolesterol tinggi adalah sangat–sangat tidak baik untuk kesihatan, namun sejauh manakah kita memantau berapa banyak kolesterol yang telah/akan kita ambil? Tambahan pula, kat Malaysia ni macam-macam jenis makanan yang ada, maka lagila sukar untuk kita mengawal nafsu makan ni..Betul tak? Nak tau berapa banyak kolesterol dalam makanan yang sering kita ambil dalam sehari? Jom lihat gambar ni dan anda kiralah sendiri.





Mak aiii..ada yang dah melopong mulut tu…Mengapa? Tak percaya ke? Hakikatnya, itulah yang berlaku! Jumlah pengambilan kolesterol kita untuk sehari saja telah menyamai dengan jumlah yang patut diambil untuk tempoh 3 hari!

Kesan Buruk Kolesterol Tinggi.

Kesan pengambilan jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Kesan kolesterol tinggi yang paling ditakuti kerana boleh mengancam nyawa ialah serangan sakit jantung dan stroke.




Kolesterol yang tinggi juga boleh mengakibatkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila arteri dipenuhi plak, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ianya akan menghalang pengaliran darah, dan juga menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh. Akibatnya, darah menjadi beku di dalam badan.




Bagaimanakah serangan sakit jantung dan stroke berlaku?

1. Serangan Sakit Jantung

Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung anda.



2. Stroke

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak tersumbat, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami strok. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan bekalan darah kepada sel-sel otak akan berhenti hingga menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu.


Apa yang patut dilakukan jika kolesterol tinggi?        

  • Kawal tabiat pemakanan. Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak trans.
  • Bersenam secara berterusan kerana senaman membantu menurunkan kolesterol secara menyeluruh.
  • Banyakkan pengambilan makanan yang berserat kerana ia boleh menyerap kolesterol dalam darah dan mengeluarkannya dari badan.
  • Amalkan pemakanan yang sihat serta yang kaya antioksidan seperti buah strawberi serta bawang putih.
  • Hindari rokok.
  • Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan.
  • Mengamalkan supplemen semulajadi Shaklee iaitu Phytocol-St


Apakah Phytocol- ST?

PHYTOCOL-ST Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.






Fitosterol, dengan struktur yang sama seperti kolesterol, akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Maksud di sini ialah, SEMAKIN BANYAK FITOSTEROL yang anda ambil, maka SEMAKIN KURANG KOLESTEROL yang dapat diserap oleh tubuh. Maka, peluang anda untuk merendahkan paras kolesterol LDL anda adalah SEMAKIN TINGGI.


Keistimewaan Phytocol- ST Shaklee:

  • Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.  
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL melalui lebih 80 kajian.
  • Membekalkan 100% nilai harian fitosterol sepertimana yang disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). * *
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.



*Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 2011
** Saranan NIH untuk merendahkan kolesterol: makan makanan kurang lemak tepu dan kolesterol, bersenam, kurangkan berat badan, ambil lebih banyak serat larut air, dan amalkan pengambilan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.




Dengan mengamalkan Phytocol- ST, sekurang-kurangnya anda mampu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat). Jika kolesterol anda tinggi, saya memang sesangat menyarankan supaya anda mengamalkan Phytocol- ST ni.. 

Nikmat kesihatan kita adalah percuma, namun nikmat sihat yang percuma tu, boleh menjadi begitu berharga (mahal) setelah kita disahkan mengidap penyakit. Bila disahkan mengidap sesuatu penyakit, biasanya pada ketika itulah kita sedar betapa mahalnya nikmat kesihatan yang percuma ni kan? Berapa sangatlah harga yang perlu dibayar untuk supplemen Phytocol- ST kerana diri anda adalah sangat-sangat berharga bagi ahli keluarga anda.

Jika anda rasa anda perlu membuat sesuatu untuk menurunkan kolesterol anda yang tinggi tu, bertindaklah sekarang sebelum terlambat. Hubungi saya atau tekan je butang order kat bawah ni. 









Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

 SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

 Shaklee ID : 1091952

 FB PAGE 

 Email : juaazura81@gmail.com




Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment