Assalamualaikum…Dah
baca entri semalam mengenai tanda-tanda kehamilan? Ada tak yang mempunyai
tanda-tanda seperti yang disebutkan? Hari ni nak cerita tentang kanak-kanak la
pulak. Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya perlu diberi perhatian yang
lebih. Tambahan pula banyak perkara baru yang mereka nak terokai dan belajar.
Untuk itu, satu hal yang ibu bapa harus beri perhatian yang sangat teliti ialah
mengenai perkembangan otak anak masing-masing.
Bagaimana
nak merangsang perkembangan otak kanak-kanak?
Untuk
merangsang perkembangan otak kanak-kanak, di sinilah pentingnya nutrien yang
mencukupi diperlukan agar otak mereka dapat berfungsi di tahap maksimum.
Maksudnya, perkembangan otak kanak-kanak yang optimum sangat berkait rapat
dengan pemakanan mereka.
Tau
tak, terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak?
Di antaranya ialah DHA (asid dokosaheksaenoik),asid folik, zat besi, dan zink.
DHA (asid
dokosaheksaenoik)
DHA
adalah elemen utama yang diperlukan bagi membentuk sel
membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain. DHA merupakan
sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh dan
merupakan yang paling banyak terdapat di dalam otak dan
retina.
Bagaimanapun, DHA tidak dapat dihasilkan oleh badan
dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan luar..
Kebaikan/Fungsi
DHA.
-
DHA penting untuk perkembangan otak,
mata dan sistem saraf pusat. Ianya juga mempengaruhi fungsi
neurotransimitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Kanak-kanak yang mendapat diet yang
kaya DHA dapat menjadikan mereka lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan
ketika bermain dan belajar. Contoh makanan yang mengandungi DHA
ialah ikan, telur dan ayam.
Jumlah DHA yang diperlukan
kanak-kanak seperti yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) :
- 10 mg
hingga 12 mg bagi setiap kilogram berat
badan kanak-kanak berusia 12 bulan hingga 24 bulan.
- 100mg
hingga 150mg bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.
- 150mg
hingga 200mg untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.
Asid
Folik.
Untuk pertumbuhan kanak-kanak yang
sempurna, asid folik atau folate adalah mineral yang amat perlu dalam diet
seharian mereka.
Fungsi asid folik:
- Membina DNA dalam setiap sel. DNA
pula berfungsi untuk menyimpan maklumat bagi sel tersebut.
Kesan
kekurangan asid folik di dalam diet kanak-kanak boleh menyebabkan mereka akan
mudah letih,
lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa. Sumber makanan yang membekalkan
asid folik ialah sayur-sayuran hijau.
Zat
Besi.
Otak kanak-kanak sangat sensitif
terhadap paras zat besi yang rendah. Seperti yang kita ketahui, zat besi adalah
sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah.
Ia juga boleh mencegah anemia. Zat besi
juga membantu
meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak.
Kesan kekurangan zat besi
- Merencatkan kebolehan pembelajaran
kanak-kanak.
- Hilang tumpuan.
- Pucat dan lesu
- Wujud simptom Attention
Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Makanan
yang kaya sumber zat besi adalah seperti daging merah,
hati, ikan bilis, tauhu dan tempe.
Zink
Zink
sangat penting untuk fungsi otak yang betul.
Kesan
kekurangan zink:
- Perkembangan kognitif yang lemah.
- Perkembangan kanak-kanak terbantut.
- Fungsi imun menurun.
- Kurang selera makan.
Contoh makanan yang membekalkan sumber
terbaik zink ialah makanan laut, bijirin penuh, kekacang dan daging.
Sekarang anda dan juga saya dah tau apa
makanan yang bagus untuk merangsang perkembangan otak kanak-kanak. Tugas kita
sekarang ialah memastikan anak-anak kita mendapat zat dan nutrient yan g
mencukupi terutama sekali makanan yang seperti yang disebut di atas.
Namun, sebagai kanak-kanak tidak semua
makanan yang disebut di atas mereka gemari. Macam mana pula nak mengisi
lompong-lompong zat makanan yang mereka tak mau ambil tu?
Penyelesaian yang saya ambil ialah
dengan memastikan mereka juga mendapat makanan tambahan yang terbaik dan
semulajadi. Namun makanan utama di dalam piramid makanan masih juga perlu
disertakan di dalam diet anak kita. Diantara supplemen Shaklee yang
sangat-sangat mendapat permintaan di kalangan ibu bapa untuk perkembangan minda
anak-anak mereka sudah tentulah Omega
Guard.
Selain itu, Meal Shakes dan Chewy Vita-C
juga tidak kurang hebatnya permintaan di kalangan ibu bapa. Meal Shakes
berupaya membekalkan nutrisi lengkap kepada kanak-kanak manakala Chewy Vita-C
untuk kesihatan kulit dan meningkatkan imunisasi anak-anak.
Bukan saja otak anak-anak menjadi lebih
cergas, malah badan turut sihat dan bertenaga dengan ketiga-tiga supplemen
tersebut. Inilah ikhtiar kita sebagai ibu bapa iaitu untuk menjaga amanah Allah
SWT dengan sebaik-baiknya dan juga memberi pendidikan agama yang kukuh untuk
mereka.
Seperti biasa, kalau tak disertakan testimoni pengguna tak sah kan..Hehe..Jom layan testimoni pulak.. Kalau nak tau pengalaman saya dan anak dengan Meal Shakes, boleh baca kat SINI
Jadi,
bagi ibu bapa yang berminat nak merangsang perkembangan otak anak- anak mereka
dan yang mementingkan kesihatan anak-anak, jom bertindak sekarang. Saya pasti, anda juga seperti saya iaitu merasakan
tiada apa yang menggembirakan hati kita bilamana kita melihat anak kita membesar
dengan sempurna dan sihat. Akhir kata, kalau ada yang nak order, mudah je
caranya, anda hanya perlu klik butang ORDER NOW kat bawah ya.Sehingga bertemu
lagi
Salam Hormat
Your Shaklee Independent Distributor
Azura Zainalabidin
♥ SMS | Call |Whatsapp : 016- 800 4628
♥ Shaklee ID : 1091952
0 comments:
Post a Comment