Katakan TIDAK Kepada Masalah Gastrik Semasa Berpuasa


Assalamualaikum...Bagaimana dengan puasa anda hari ini? Masih maintain tahap kecergasan ataupun semakin lemah tak bermaya rasanya badan tu? Ada yang diserang gastrik tak? Di bulan puasa ni, serangan gastrik memang biasa terjadi. Tapi, jangan salahkan bulan puasa ya jika anda diserang gastrik. Di bulan yang lain pun ada juga terjadi serangan gastrik ni. Ini adalah mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan kita yang ‘mengundang’ serangan tersebut ataupun tahap keaktifan yang tinggi asid hidroklorik di dalam perut anda.


Secara amnya, gastrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Tahukah anda bahawa sel perut kita sememangnya menghasilkan asid hidroklorik ( pH1 hingga pH2) yang berfungsi untuk mencerna makanan? Asid ni kuat tau…ianya boleh menyebabkan kulit terhakis jika terkena tangan. Namun, sel perut juga menghasilkan lapisan pertahanan iaitu lapisan mukosa sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.




Apabila ada makanan di dalam perut, rembesan atau pengeluaran asid hidroklorik akan berlaku untuk memulakan proses pencernaan. Apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah), maka gastrik akan berlaku. Ulser berlaku jika sel pertahanan menjadi lemah kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel pertahanan dan menyebabkan keradangan.


Tanda-tanda Gastrik.
·         Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen).
·         Rasa senak, berangin atau pedih.
·         Rasa tidak selesa.
·         Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan.
·         Rasa mual (loya) dan muntah.
·         Hilang selera makan.
·         Berat badan turun (pada peringkat teruk).


Rawatan Untuk Pesakit Gastrik

Terdapat 3 jenis ubat untuk penghidap gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari.

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis.

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut.

Cadangan Pemakanan Untuk Penghidap Gastrik

Semasa bersahur, ambil makanan yang tinggi kandungan seratnya kerana serat berupaya melambatkan pencernaan makanan. Makanan berserat juga akan menahan insulin, iaitu hormon yang bertindak membawa masuk glukosa ke dalam sel, daripada dirembeskan terlalu cepat dan banyak. Ini akan menstabilkan proses penghadaman secara keseluruhan.

Elakkan sama sekali memakan makanan yang terlalu pedas, berempah, bersantan serta terlalu berminyak. Ini adalah untuk mengelakkan daripada sakit perut. Pengambilan air berkarbonat semasa bersahur hendaklah dielakkan sama sekali.

Air berkafein juga hendaklah dielakkan. Ini kerana ianya bersifat diuretic. Jika meminum air berkafein, tubuh akan lebih kerap menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing. Hal ini akan meenyebabkan anda akan mudah berasa dahaga. Semasa bersahur atau berbuka puasa, sebolehnya jangan makan hingga terlampau kenyang. Makanla secara tertib.

Cara Mengekalkan Kecergasan Dan Tenaga

Dengan mengamalkan Set Mighty 3 Gems Shaklee, berpuasa bukanlah lagi menjadi satu masalah bagi penghidap gastrik. Bukan saja anda menjadi lebih bertenaga, malah anda juga tak perlu risau dengan masalah dehidrasi. Kombinasi ESP, Meal Shake dan Performance Drink di dalam Set Mighty 3 Gems memang superb!





Bukan saja untuk penghidap gastrik, malah Set Mighty 3 Gems ini juga sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya juga sesuai digunakan untuk ibu yang menyusukan anak, ibu hamil, warga tua dan anak-anak kita yang baru nak berlatih berpuasa.

Bagi yang tak sempat nak memasak semasa bersahur, Set Mighty 3 Gems memang sangat-sangat membantu. Cuma bancuh ketiga-tiga kombinasi ESP, Meal Shake dan Performance Drink goncangkan seketika di dalam shaker, siap…dah boleh diminum. Rugi tau, tak bangun bersahur kerana bersahur ni ada keberkatannya. Memadailah dengan mengambil Set Mighty 3 Gems jika anda memang tak boleh nak makan seawal pagi. Dapat jugak pahala..:)

Kebaikan Set Mighty 3 Gems Shaklee:

1.      Membantu anda bertenaga sepanjang hari.
2.      Membantu meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan.
3.      Memelihara kesihatan secara menyeluruh.
4.      Membantu mengurangkan kehausan dan mencecah dehedrasi.

Jika anda ingin membekalkan nutrisi lengkap untuk anak-anak anda di bulan puasa ni, elok rasanya dapatkan Set Mighty 3 Gems ni. Selain itu, kita tak perlu risau jika anak anda mengalami dehidrasi dengan cuaca yang panas sebegini. Yang nak order, mudah je caranya, anda hanya perlu klik butang ORDER NOW kat bawah ya..









Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

 SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

 Shaklee ID : 1091952

 FB PAGE 

 Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment