Rahsia Terbongkar! Ketahui Waktu Subur Anda Dan Pasangan Untuk Mendapatkan Zuriat

 Assalamualaikum..Sihat hari ni? Semua takde effect Monday Blues ya…Ada tak dikalangan pembaca yang merancang nak kahwin lepas raya nanti? Mesti tak sabar menunggu detik bermakna tu kan….Entri hari ni ada kaitan dengan kahwin. Mesti anda dapat teka kan….kalau dah kahwin sebolehnya semua pasangan inginkan anak ya tak? Tapi sebelum nak dapat anak, terdapat perkara penting yang harus diambil kira iaitu kesuburan. Tak kira la lelaki atau perempuan, kedua-dua pasangan yang merancang nak hamil mestilah berada dalam keadaan yang subur.




Bagaimana Mengetahui Waktu Subur

Bagi Wanita

1.  Melalui kitaran haid.

Anda disarankan melakukan hubungan intim semasa ovulasi berlaku kerana pada masa itulah telur (ovum) baru sahaja keluar daripada sarangnya. Secara tepatnya, ovulasi ni berlaku ialah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Anda masih tak jelas? Ok, macam ni. Saya ambil contoh begini..Katakanla kitaran haid anda adalah tetap selama 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.


2.  Perubahan Pada Mukus Serviks.

Setiap wanita harus sentiasa meneliti perubahan pada mukus serviks masing-masing. Mukus Serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas tisu apabila anda membuang air kecil. Anda berada pada keadaan yang paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ianya kelihatan seakan-akan putih telur yang mentah. 

Mukus inilah yang membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia berfungsi untuk membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju ke tiub fallopio untuk bertemu dengan telur anda.

Mengapa penting untuk mengetahui perubahan mukus serviks ni? Ini adalah kerana perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.

Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.

3. Rasa seksi!

Anda mungkin akan mempunyai perasaan bahawa anda merasakan diri anda seksi, suka menggoda suami pada hari-hari tertentu pada setiap bulan. Inilah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda berada pada masa paling subur! Juga satu petanda yang menunjukkan anda berada pada waktu subur ialah bilamana anda mungkin sedar bahawa perasaan berahi anda sangat memuncak.

Bagi Lelaki

1.  Mempunyai alat kelamin normal yang dapat menyalurkan sperma ke dalam faraj isteri.

2.  Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tidak terkandas atau tergendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma dan salur uretra.

3.   Mempunyai anggota reproduksi lain seperti pundi prostat, pundi seminal, pundi cowper yang berfungsi secara normal. Ia berfungsi memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita.

4.   Lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 hingga 250 juta sperma setiap hari. (Wow..lelaki normal adalah jutawan).





Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

1. Melakukan hubungan kelamin semasa ovulasi. Ovum akan hidup diluar ovari selama 24 jam selepas ovulasi manakala sperma pula boleh hidup selama 5 hari di dalam badan wanita.

Nota: Semua ini juga bergantung kepada cecair mukus yang baik, metabolism dan daya tahan sperma, tahap pH vagina wanita serta faktor lain yang diluar kawalan kita.

Jika anda telah membuat perkara di atas namun masih belum menampakkan hasil, usah putus asa ok…Anda bolehlah berjumpa dengan doktor pakar. Selain itu, boleh juga berusaha mengamalkan supplemen untuk menampung kekurangan zat atau mineral yang mungkin ada pada tubuh badan anda hingga merencatkan kualiti telur (ovum) atau sperma.

Antara supplemen Shaklee khas untuk kesuburan lelaki dan wanita seperti gambar. Untuk malkumat lanjut mengenai fungsi setiap supplemen tu, anda boleh rujuk DI SINI.




Yang memang sedang berusaha nak dapatkan zuriat tu, nasihat saya jangan stress selalu dan amalkan pemakanan yang sihat disamping bersenam  Doa hendaklah dipanjatkan kepada Yang Esa kerana tanpa izinNYA usaha kita tidak akan berhasil. Jom banyakkan membaca doa ni di setiap waktu terutama sekali tiap kali selepas solat 5 waktu.




Ingat, Allah akan memberi setimpal dengan usaha anda hari ini. InshaAllah. Bertindak sekarang sementara umur masih muda untuk memiliki anak sendiri. Yang nak order, mudah je caranya, anda hanya perlu klik butang ORDER NOW kat bawah ya..Sehingga bertemu lagi.









Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

 SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

 Shaklee ID : 1091952

 FB PAGE 

 Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment