Tanda-Tanda Awal Kehamilan Dan Apa Yang Patut Anda Lakukan


Assalamualaikum..kembali bersiaran di hari ni. Hari ni nak cerita tentang kehamilan. Semalam dah cerita tentang kesuburan, jadi kita ada kesinambunganlah tajuk entri hari dengan yang semalam. Bagi yang baru berkahwin atau yang dah lama tak hamil, mesti ternanti-nanti bilakah detik anda akan hamil. Tiap bulan mesti setia dengan alat penguji kehamilan. Ya tak? Jadi hari ni saya nak cerita mengenai tanda-tanda awal kehamilan sebagai panduan.



Tanda-tanda Awal Kehamilan

1. Berasa keletihan yang teramat.

Adakah anda berasa sangat letih kebelakangan ni? Padahal, anda bukanlah melakukan sebarang aktiviti berat pun. Tahap hormon progesteron yang tinggi membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari 100 meter sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. 

2. Payudara berasa sakit atau membengkak.

Biasanya sesetengah wanita akan berasa sakit di bahagian payudara menjelang kedatangan haid. Perkara ini juga berlaku jika anda hamil, tetapi kesakitan tersebut pada tahap yang lebih sedikit. kesakitan akan hilang apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini.

3. Kerap membuang air kecil.

Anda akan mendapati keperluan anda untuk ke tandas untuk membuang air kecil semakin meningkat. Hal ini berlaku disebabkan embrio telah melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG).

4. Deria rasa dan bau berubah.

Anda mungkin perasan terdapat perubahan pada deria rasa dan bau anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan makanan atau minuman yang biasanya mereka suka. Malah terdapat juga wanita yang tak suka mencium bau suami sendiri! Harap bersabar ya para suami jika isteri anda tak suka bau anda. Ini untuk sementara je tau…

5. Morning Sickness

Ada yang bernasib baik, kerana  tidak mengalami morning sickness langsung. Bagi yang mengalaminya, biasanya mereka akan loya dan tidak sedap perut seawal dua hari selepas persenyawaan. morning sickness ni bukan sahaja berlaku pada waktu pagi malah juga  boleh jadi berlaku pada waktu petang atau malam. Kalau ikut pengalaman saya dulu, waktu pagi paling kuat rasa loya diiringi dengan muntah-muntah.



6. Tidak didatangi haid.

Selalunya haid anda adalah teratur tapi kini ianya lambat ?Saya sarankan eloklah anda membuat  ujian kehamilan. Tidak didatangi haid ialah tanda kehamilan yang paling ketara bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.


7. Ujian kehamilan menunjukkan keputusan positif.

Setelah anda membuat ujian kehamilan dan dengan penuh debaran menunggu keputusannya, maka kelihatan 2 garis pada alat penguji kehamilan tahniah anda bakal bergelar seorang ibu. Berjumpalah dengan doktor anda untuk mengesahkan berita baik ini.



8. Mengidam.

Ada juga yang mengidam menjelang beberapa hari nak didatangi haid kan..Tapi, percayalah ini juga boleh jadi merupakan petanda bahawa anda sedang hamil J


Dah tau tanda-tanda kehamilan? langkah seterusnya ialah mestilah anda harus berjumpa doctor untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Doktor juga akan membekalkan anda dengan beberapa pil vitamin untuk kepentingan anda dan bayi anda. Makan tau vitamin tu..Jangan disimpan je di dalam beg tu..

Bagi yang memilih supplemen semulajadi bukan vitamin sintetik, anda boleh memilih rangkaian supplemen Shaklee khusus untuk ibu hamil. Yang pasti, supplemen Shaklee ni adalah semulajadi dan sudah tentulah selamat untuk anda dan bayi. Antara cadangan supplemen yang boleh di ambil ialah

B.Complex
Mengandungi asid folik. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak. 


Vitalea ( Zat Besi)

Anda memerlukan banyak zat besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah seiring dengan usia kehamilan. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. 

Badan anda akan membantu anda mendapatkan lebih zat besi yang diperlukan. Ia membuat penyesuaian untuk membantu anda menyerap lebih zat besi daripada makanan semasa anda hamil. Oleh itu, cubalah makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging dan kekacang. 

OsteMatrix

Bagi yang tak gemar meminum susu, anda boleh mengambil OsteMatrix kerana ia membekalkan kalsium ditambah pula mengandungi magnesium untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih.

Omega-Guard.

Sangat membantu perkembangan otak yang anda kerana ianya mengandungi DHA. Selain itu, DHA dan EPA di dalam Omega-Guard juga sangat penting untuk pembentukan mata bayi. Untuk anda, ianya boleh membantu mengawal paras kolesterol.

Vita-C

Berfungsi untuk meningkat sistem imunisasi. Vitamin C ni juga membantu kadar penyerapan zat besi yang anda ambil untuk pembentukan hemoglobin membawa oksigen di dalam darah.

ESP

ESP sangat-sangat diperlukan wanita hamil lebih-lebih lagi yang mengalami morning sickness yang teruk. ESP membantu memberi anda tenaga segera walaupun anda tak lalu nak makan. Di samping itu, ESP juga sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel, membekalkan asid amino dan membantu pertumbuhan plasenta.



Anda mesti nak berikan yang terbaik untuk bayi yang di dalam kandungan anda sebab bayi itulah pengikat hubungan kasih di antara anda dan suami. Jadi, inilah masanya anda bermula dengan memberikan supplemen yang terbaik dan selamat semulajadi demi perkembangan yang optimum untuk anak anda.

Jika anda nak order Set Ibu Hamil sekarang pun boleh. Klik je kat butang order kat bawah ni ya. Saya akan memberi konsultasi untuk anda. Akhir kata selamat berShaklee dan moga kehamilan anda berjalan dengan lancar dan dipermudahakan Allah S.W.T semuanya. Amiin.








Salam Hormat


Azura Zainalabidin

 SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

 Shaklee ID : 1091952

 FB PAGE 

 Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment