Tips Berpantang Selepas Bersalin Untuk Ibu-ibu Masa Kini

Proses melahirkan anak adalah satu proses yang memenatkan serta memerlukan tenaga yang bukan sedikit. Namun, rasa sakit sejurus selepas bersalin seakan-akan hilang setelah ibu-ibu berpeluang menatap dan membelai anak masing-masing.




Biasanya, selepas bersalin, tak kirala anda bersalin secara normal ataupun melalui pembedahan, ibu akan berpantang selama 44 hari. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kaum ibu kembali cergas dan pulih sepenuhnya selepas melalui proses bersalin. 

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Bagi memastikan kaum ibu benar-benar sembuh, mereka hendaklah mengambil berat penjagaan kesihatan diri dan anak yang baru dilahirkan serta mendapatkan rehat yang secukupnya dan mengamalkan pemakanan yang penuh dengan khasiat dan nutrisi.

Selepas bersalin, para ibu hendaklah menyusukan bayi mereka untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga enam bulan pertama ataupun sehingga anak berusia 2 tahun.






Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Untuk ibu:


  1. Kaedah perancang keluarga semulajadi.
  2. Mengaktifkan vasopressin, sejenis hormon yang membantu rahim kembali kepada keadaan normal.
  3. Melindungi dari risiko barah payudara dan ovari.
  4. Mengeratkan hubungan ibu dan anak.
  5. Membakar 250 kalori sehari! (tak perlu nak diet secara ekstrem ok)
  6. Membantu ibu mendapatkan kembali bentuk badan yang asal.


Untuk bayi:


  1. Susu ibu terutamanya kolostrum mengandungi antibodi untuk melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
  2. Mengandungi semua zat makanan yang diperlukan untuk pembesaran tubuh badan dan perkembangan otak bayi.
  3. Senang dicerna oleh perut bayi.
  4. Mudah didapati dan berada pada suhu yang sesuai untuk diberi pada bayi.
  5. Menjalinkan hubungan kasih sayang antara ibu dan bayi. (Inila yang dikatakan special bonding antara ibu & anak. BUKAN teknik rebonding ya…)



Cadangan Makanan Yang Perlu Diambil Selepas Bersalin

Ibu hendaklah meneruskan pengmbilan makanan yang sihat dan berkhasiat seperti yang diamalkan semasa hamil. Ini adalah penting supaya anda mendapat nutrisi yang lengkap dan seterusnya dapat menghasilkan susu yang banyak dan penuh khasiat untuk bayi anda. Pilihlah makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan seperti yang terdapat di dalam Piramid Makanan Malaysia.

Contoh diet yang seimbang.

Pelbagai jenis bijirin seperti beras, gandum, jagung, barli terutamanya bijirin penuh.

Pelbagai jenis mi dan pasta juga boleh diambil.

Sumber protein haiwan seperti daging dan ikan dan/atau sumber protein tumbuhan seperti kacang dal dan kacang soya.

Susu dan produk tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt dan keju.

Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar, sama ada dimakan mentah atau dimasak.


Elakkan daripada memakan/minum

1. Makanan yang tajam atau masam seperti buah nanas atau epal hijau yang masam.

2. Makanan /sayuran yang sejuk seperti sayur rebung, pucuk paku serta buah nangka.

3. Minuman berkarbonat atau minuman berais atau beralkohol (bagi non-muslim).

Penjagaan Luka

1. Memandangkan saya berpengalaman melahirkan anak secara caesarean, jadi saya nak kongsi la pengalaman saya menjaga luka pembedahan.

2. Pastikan selepas mandi luka pembedahan dilap ( secara lembut) dengan kering.

3. Sentiasa peka dengan keadaan di tempat pembedahan. Pastikan tiada jahitan yang terbuka.

4. Untuk luka dalaman pula, saya mengamalkan pati ikan haruan dan memakan ikan haruan. Masa tu, tak kenal lagi dengan supplemen Shaklee terutamanya Zinc Complex yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka.

5. Jaga pemakanan dengan mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan luka pembedahan menjadi gatal. Contoh makanan yang saya elakkan adalah telur. Walaubagaimana pun, sesetengah orang tiada masalah untuk memakan telur.


Makanan Yang Boleh Diambil Semasa Berpantang dan Khasiatnya

Ikan tenggiri – Membantu membina saraf bayi.

Daging/ayam, sayur midin – Sumber zat besi penting sebagai komponen sel darah merah.

Buah Betik – Mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi.

Buah Oren – Mengandungi vitamin C yang banyak.

Sayur bayam/brokoli, karot – Tinggi kandungan vitamin A.

Air suam secukupnya – Sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi.


Pengambilan vitamin tambahan seperti kalsium (atau boleh juga gantikan dengan susu), multivitamin dan vitamin C sangat digalakkan untuk diambil selepas bersalin secara pembedahan caesarean bagi mempercepatkan penyembuhan.

Bagaimana Supplemen Shaklee Boleh Membantu Semasa Berpantang?

Memandangkan anda dijaga oleh ahli keluarga sepanjang tempoh berpantang, terdapat beberapa perkara atau makanan yang dilarang untuk anda makan walaupun anda kadang-kadang tidak bersetuju. Akibatnya, anda mungkin tidak mendapat zat makanan yang mencukupi.

Namun, usah risau sebab, supplemen Shaklee khas untuk ibu berpantang mampu membekalkan nutrisi kepada anda dan memberi anda tenaga. Jadi, saya akan kongsikan apakah antara supplemen khas untuk ibu berpantang ni ya..

1. Vitalea

Membekalkan 30 nutrisi harian lengkap.  

Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan.

Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan.

Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan.

Sangat bagus untuk anda yang mengalami anemia. (apatah lagi lepas bersalin kita kehilangan darah yang banyak)

2. B- Complex

Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan.

Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.


3. Vita C

Menolong mengurangkan simptom alahan.

Memperbaiki symptom perdarahan dngan menyingkatkan waktu pemulihan terhadap penyakit.

Meningkatkan system imun.

Anti Oksidan semulajadi.

Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah


4. Zinc Complex

Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas           pembedahan.

Mengurangkan keguguran rambut.

Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat.

Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ.


5. Ostematrix

Mempunyai khasiat yang merupakan kompenan utama dalam susu ibu selain air dan protein.

Membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti.

Mampu melegakan otot dan saraf ibu dan mengelakkan dari tekanan. 

Mengelakkan dari gigi rosak dan sakit tulang belakang


6. ESP

Mempunyai protein yang diperlukan untuk menghasilakan hormon dalam badan.

Protein adalah komponen utama susu ibu selepas air.  

Kekurangan protein terutama semasa berpantang akan menyebabkan ibu berpantang sering menghadapi masalah kurang susu.

ESP juga membantu penyembuhan luka secara menyeluruh.

Susu ibu menjadi lebih pekat dan bayi anda cepat kenyang.






Keistimewaan Set Berpantang Shaklee

Boleh terus digunakan sejurus selepas bersalin.

Ibu yang mempunyai anak yang jaundis terus boleh mengambil set ini kerana dapat membantu membanyakkan susu ibu jika dibandingkan menggunakan jamu. Penggunaan jamu adalah dilarang jika bayi menghidap jaundis.

Memberikan tenaga dan melindungi tahap imun ibu terhadap jangkitan penyakit.

Mudah dan senang digunakan serta sudah tentulah HALAL.


Jika anda masih tercari-cari set bersalin untuk digunakan semasa berpantang, marilah alami sendiri kehebatan supplemen Shaklee ni. Tak perlu risau sebab bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tidak akan mendatangkan mudarat kepada anda dan bayi. InshaAllah bekalan susu anda untuk anak tersayang tidak akan putus selagi anda berusaha untuk mencari kaedah yang betul dan mempraktikkannya.

Sebagai hadiah untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi tak lama lagi, jom layan video kat bawah ni sekejap. Moga dapat manfaat 

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.






Yang tengah berfikir tu, jom order sebelum tarikh bersalin anda semakin menghampiri, eloklah bersedia lebih awal. Boleh tekan butang kat bawah untuk order ok..Okla, sehingga kita berjumpa di lain entri saya. Wassalam






Salam Hormat
                                                                                                


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. memang lain kesannya bila makan vitamin shaklee ni waktu pantang..kadang bleh lupa diri dalam pantang hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan..kata tengah berpantang, tapi tak macam orang berpantang pulak :)

      Delete