Cerita Tentang Saya Dan Shaklee


Assalamualaikum..Hari ni nak kongsi dengan anda semua mengenai kisah 
saya dan Shaklee. Saya percaya semua pengguna Shaklee tak kira la ahli 
Shaklee ataupun tidak, pastinya mempunyai kisah mereka tersendiri. Walaupun saya dah pernah cerita kat SINI kisah bagaimana saya melibatkan diri dengan Shaklee, namun tak salah jika saya cerita dengan lebih terperinci 
lagi kan?

Kira-kira lebih setahun yang lepas semasa saya mencari produk sebagai 
persediaan untuk berpantang selepas bersalin, maka terjumpalah dengan 
satu blog yang menceritakan bahawa beliau menggunakan produk Shaklee 
selepas bersalin. Oleh kerana teruja dengan cerita pemilik blog tersebut, 
maka saya pun teringin la juga nak kasi cuba produk Shaklee untuk 
berpantang ni. Dipendekkan cerita, setelah membeli Set Berpantang 
Shaklee untuk kegunaan sebulan, maka bermulalah episod saya sebagai 
pengguna Shaklee.

Sepanjang tempoh sebulan menggunakan produk Shaklee ni, ada juga la 
beberapa kali saya terskip mengambil supplemen tersebut. Namun apa yangdapat saya perhatikan, dengan ESP memang air susu agak meriah 
sampaikan baby Husna kadang-kadang terpaksa surrender.Hehe..Namun, 
disebabkan merasakan bahawa badan sudah begitu sihat selepas sebulan 
bersalin, saya tidaklah pula terfikir nak repeat order. Yang masih berbaki 
sedikit ialah ESP.

Benarlah kata orang, setelah kita benar-benar yakin dengan sesuatu produk tu, barulah datangnya perasaan sayang dengan produk tersebut. Inilah 
yang terjadi kepada saya! Perasaan yakin saya terhadap keberkesanan 
produk Shaklee ni timbul setelah sakit gastrik yang saya alami, dengan 
izinNYA dapat diatasi dengan mengamalkan ESP. ESP lagi...Maka tak 
hairanlah ESP adalah produk yang palingggg saya sayangi dalam banyak-banyak produk Shaklee. Bukanlah maksudnya produk Shaklee yang lain tu tak berkesan ya... Kerana ESP la yang telah membuka pintu hati saya untuk mencuba produk Shaklee yang lain dan merasa sendiri keberkesanannya.




Jadi, anda semua dah tau serba sedikit macam mana detik permulaan saya kenal Shaklee. Sekarang saya nak cerita pula macam mana saya terlibat 
dengan bisnes Shaklee. Sebenarnya, semasa saya menjadi ahli Shaklee iaitupada 21 Disember 2013, saya tak terfikir pun hendak serius berniaga. Niat 
nak berniaga produk Shaklee ni datang setelah saya menjadi pengguna 
tegar produk Shaklee dan kerana keinginan saya berkongsi pengalaman 
aya sebagai pengguna Shaklee kepada orang ramai. Siapa tahu jika ada 
yang juga mengalami gastrik seperti saya dan masih tercari-cari cara 
alternatif untuk mengatasi masalah gastrik tersebut.

Berada dalam group Shaklee saya sekarang ini adalah merupakan anugerah terindah bagi saya. Dengan ‘Mak Shaklee’  iaitu Puan Salmiah Binti Othman yang mudah diajak berbincang ditambah pula dengan ‘Neni Shaklee’ iaitu 
Puan Adilah Manaf Celikvitamin dan suami yang tidak lokek mencurahkan 
ilmu berkaitan perniagaan Shaklee, teknik berblogging dan sangat banyak 
ilmu yang bermanfaat yang saya dapat di dalam group besar Shaklee kami. Ditambah pula dengan rakan-rakan pengedar Shaklee dalam group kami 
yang sangat memberikan sokongan di antara satu sama lain. Sungguh, saya berasa sangat-sangat beruntung dapat bersama di dalam group kami ni.




Sampai sekarang, saya masih berasa seolah-olah bermimpi kerana sebelum menjalankan bisnes Shaklee ni, saya sangat gemar mambaca blog serta 
dalam diam pernah menyimpan hasrat untuk memiliki blog sendiri. Namun, untuk memiliki blog sendiri adalah sesuatu yang mustahil bagi saya pada 
masa itu. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar ‘Mak & Neni Shaklee’ saya, makadapatlah juga saya memiliki blog sendiri. 

Jika anda rasa berminat nak join group kami yang happening ni, boleh je 
contact saya @ Pn. Salmiah Othman @ Pn. Adilah Manaf Celikvitamin. InshaAllah kami akan guide anda. Ataupun, anda nak tau bagaimana cara nak jadi ahli Shaklee dan faedah menjadi ahli Shaklee? Boleh baca entri saya DI 
SINI dan DI SINI. Oklah, sehingga kita bertemu lagi di lain entri. Kalau 
anda juga ada cerita tentang anda dan Shaklee, boleh tinggalkan link anda 
di komen supaya kita dapat bertukar-tukar cerita.



Salam Hormat




Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com



Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. seronok baca pengalaman sis dengan Shaklee , good luck sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ayah Najmi & semoga Tuan juga sukses selalu :)

      Delete