Fungsi dan Kepentingan Menjaga Kesihatan Tulang

Assalamualaikum semua pembaca & salam sejahtera. Hari ni, tajuk entri saya ada sedikit kesinambungan dengan entri khas untuk wanita tempoh hari iaitu Osteoporosis. Hari ni saya nak cerita tentang fungsi tulang dan kepentingan menjaga kesihatan tulang. Mungkin kita tidak sedar bahawa betapa memiliki tulang yang sihat dan kuat sangat berperanan besar dalam kesihatan kita secara keseluruhan.

Setelah kita mencapai umur 30 tahun, kita akan mula kehilangan jisim tulang. Bila dah kehilangan jisim tulang, macam mana kita nak beri ‘makan’ kepada tulang kita? Caranya ialah dengan mengamalkan makanan yang kaya kalsium serta mengambil diet yang seimbang.

Beza tulang sihat dan tulang yang rapuh.
Gambar:hmetro

Kepentingan Menjaga Kesihatan Tulang.

Apabila kita mengabaikan penjagaan iaitu dengan tidak membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tulang, kesan yang mungkin akan berlaku ialah:-

a.Tulang menjadi rapuh (osteoporosis).

b.Memberi kesan kepada 
i. Sistem imun
ii. Sistem saraf.
iii. Metabolisme tenaga.
iv. Sensitiviti insulin.
v. Pengurusan berat badan.

c. Pengerasan arteri (aterosklerosis).

d. Meningkatkan serangan jantung dan strok.

Fungsi Tulang.

Peranan utama atau asas tulang ialah untuk:-

a. Menyediakan sokongan struktur otot.
b. Memberi perlindungan untuk organ dalaman.
c. Memberi bentuk dan merupakan penyokong kepada badan.
d. Sebagai takungan untuk mineral penting seperti kalsium, fosforus dan magnesium.
e. Sum-sum tulang menghasilkan sel-sel darah dan limfosit ( sejens sel darah putih).

Fungsi yang baru ditemui mendapati bahawa tulang mempunyai kaitan dengan sensitiviti insulin dan pengurusan berat badan. Apakah kaitannya? Sejenis sel yang terkandung di dalam tulang iaitu osteoblas menghasilkan protein seperti hormon yang dikenali osteocalcin.

Osteocalcin merangsang rembesan insulin daripada pankreas sekaligus meningkatkan peranan sensitiviti insulin dalam tisu seluruh badan. Osteocalcin juga berfungsi mengurangkan pemendapan tisu lemak dan ini membantu dalam pengurusan berat badan.

Makanan Untuk Tulang.

Kita mengetahui bahawa kalsium adalah makanan bagi tulang sebagaimana otak memerlukan DHA. Sebab itulah kita sangat perlu mengambil kalsium setiap hari. Tambahan pula, kita juga kehilangan kalsium setiap hari melalui proses semulajadi badan seperti berpeluh, rambut yang gugur, serta melalui pembentukan gigi (bagi kanak-kanak).

Oleh sebab itulah maka kita perlu mengambil kalsium dengan mencukupi dan yang mudah diserap. Banyak makanan yang boleh membekalkan kalsium contohnya produk tenusu seperti yogurt, keju dan susu, sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli kailan, kekacang, ikan seperti sardin dan salmon selain buah oren dan badam. Namun, TIDAK SEMUA makanan tersebut mengandungi sumber kalsium dalam bentuk yang boleh diserap.



Bagaimana Ostematrix Shaklee boleh membantu.

Seperti yang diterangkan di entri DI SINI, saya ada menceritakan tentang Ostematrix Shaklee. Paling bagus tentang Ostematrix ni ialah di dalamnya juga terkandung mineral lain yang sangat-sangat membantu penyerapan yang lebih kalsium yang kita lebih. Jadi, anda dah tak perlu risau kerana di dalam Ostematrix dah ada magnesium (bantu penyerapan kalsium), fosforus, zinc, kuprum, manganes dan boron. 



Nah, apa lagi yang anda mahukan? Semuanya dah lengkap di dalam supplemen Ostematrix Shaklee ni. Tinggal untuk anda beli dan amalkan je lagi Ostematrix ni. Inilah pelaburan yang paling berbaloi demi kesihatan tulang anda. Opss..bukan untuk anda je, malah seisi keluarga anda. Yang masih ada ibu bapa kat kampung tu, boleh la hadiahkan Ostematrix ni buat mereka? Kesian kat mereka yang asyik mengadu sakit pinggang kat sana tu. Okla, InsyaaAllah jika masih diberi kesihatan yang baik next entri nak cerita tentang Set Sendi Shaklee pulak.










Salam Hormat 

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call | Whatsapp: 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment