Kenali Gejala Anemia Dikalangan Ibu Hamil


Assalamualaikum..Bertemu kembali :) Kali ni tema lain pula. Tentang masalah anemia di kalangan ibu hamil pula. Masalah anemia berlaku apabila sesorang itu mengalami kekurangan sel darah merah di dalam badan kerana tidak mendapat zat besi yang mencukupi.

Jika sebelum hamil jumlah zat besi yang diperlukan adalah sebanyak 15mg, semasa hamil pula, jumlah ini meningkat sekali ganda menjadi 30mg zat besi. Zat besi yang mencukupi perlu bagi ibu hamil dan bayi di dalam kandungannya untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi.

Punca Anemia 
  • Pemakanan yang tidak mencukupi zat besi.
  • Kurang penyerapan zat besi oleh badan.
  • Kehamilan kembar.
  • Kekurangan darah akibat haid yang banyak sebelum hamil dan bekalan zat besi dalam badan memang sedia kurang.
  • Mengidap thalassaemia


Tanda Mengalami Anemia.
  • Simptom yang mungkin dialami ibu hamil ialah seperti:-
  • Tubuh sering berasa lemah.
  • Emosi sering terganggu.
  • Tidak sihat.
  • Keletihan.
  • Sesak nafas.
  • Pening kepala.
  • Jantung berdebar.
  • Wajah kelihatan pucat.


Cara Mengatasi Anemia.

1.  Amalkan pemakanan yang kaya sumber zat besi seperti sayuran hijau, bijirin kaya zat besi, daging, kekacang, kentang dan banyak lagi.



2.  Ambil makanan kaya vitamin C bersama-sama makanan sumber zat besi. Ini adalah kerana vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih optimum. 

3.  Elakkan mengambil teh atau kopi sewaktu makan kerana minuman tersebut menyebabkan badan susah untuk menyerap zat besi daripada makanan yang dimakan.

4.   Jika doktor mempreskripsi pil zat besi, pastikan anda mengambilnya. Namun, terdapat sebilangan ibu hamil yang mengalami masalah sembelit atau cirit birit semasa memakan pil zat besi tersebut. 

Selain daripada cara yang disebutkan di atas, mengamalkan supplemen zat besi Shaklee iaitu Vita-Lea juga boleh mengatasi masalah anemia

Dengan kandungan asid folik di dalam Vita-Lea, ia membantu kesihatan fetus, kesihatan sel darah merah dan mencegah anemia.

Zat besi di dalam Vita-Lea pula membantu membentuk hemoglobin, mengelakkan keletihan dan juga untuk mencegah anemia.



Bagi yang pernah mengambil Vita-Lea mesti dah tau keberkesanannya dalam mencegah anemia. Vita-Lea ni adalah tablet multivitamin yang paling pantas terlarut di dalam air. Jadi yang masih berkira nak ambil Vita-Lea, tak perlu risau ya..  

Kalau nak tahu mengenai Set Hamil Shaklee, boleh KLIK SINI







Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment