Ketahui Gejala Osteoporosis

Entri hari ini khas untuk kaum wanita. Kaum lelaki jangan boikot tak mau baca pula ya..Hehe.. Takde masalah nak baca untuk menambah pengetahuan dan boleh juga kongsikan pembacaan anda dengan ahli keluarga anda. Ada tak di kalangan pembaca kat sini yang selalu sakit pinggang? Kalau dah menghidap sakit pinggang ni, memang akan membataskan aktiviti seharian kita kaum wanita ni. Biasanya, kalau bercakap tentang gejala sakit pinggang ni, ianya boleh dikaitkan dengan gejala osteoporosis.




Apakah Osteoporosis?

Osteoporosis ialah satu keadaan yang berlaku apabila tulang hilang kepadatannya. Akibatnya, tulang menjadi rapuh serta mudah patah. 

Salah satu punca mengapa wanita cenderung untuk menghidap osteoporosis ialah ianya disebabkan oleh paras hormon estrogen yang semakin berkurangan menjelang menopaus.



Apakah Gejala Yang Meningkatkan Risiko Menghidap Osteoporosis?

1. Kurang/jarang bersenam.
2. Mengamalkan diet rendah kalsium.
3. Mempunyai sejarah keluarga menghidapi osteoporosis.
4. Merokok.
5. Mempunyai masalah untuk menyerap nutrien.
6. Kurang vitamin D di dalam badan.
7. Paras hormon estrogen yang rendah akibat menopaus.

Seseorang itu tidak didiagnos menghidap osteoporosis sehinggalah tulang menjadi rapuh dan patah. Ini adalah kerana osteoporosis berlaku secara ‘senyap’.

Justeru, sementara kita masih bertenaga ni, ayuh kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti pemakanan yang seimbang dan bersenam. Ini adalah kerana senaman sangat mempengaruhi kesihatan tulang kita.

Langkah Pencegahan :-

Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan untuk mencegah osteoporosis.  Antaranya ialah :-

a.Mengamalkan pemakanan yang kaya sumber kalsium iaitu sebanyak 1000mg setiap hari.

b.Jangan merokok. Atau bagi yang merokok tu, hentikanlah tabiat anda.(Ini untuk kebaikkan anda sendiri).

c.Bagi non-Muslim, kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

Kaedah Rawatan.

Menurut http://www.myhealth.gov.my/, antara rawatan untuk osteoporosis ialah:-

a.Terapi gantian hormon.
b.Rawatan testosteron untuk lelaki.
c.Bisfosfonat ubatan bukan hormon.
d. Kalsitonin hormon
e. Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.
f. Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. 

** Untuk maklumat lanjut mengenai rawatan tersebut, anda bolehla pergi ke web yang saya sebutkan. Saya nak sentuh mengenai kalsium dan vitamin D tambahan.

Bagaimana nak dapatkan kalsium dan vitamin D tambahan?

Bagi anda yang tak lalu nak minum susu setiap hari, anda boleh mengamalkan supplemen Shaklee iaitu Ostematrix yang kaya dengan sumber kalsium. Yang bagusnya, Ostematrix ni, di dalamnya juga mengandungi vitamin D. Fungsi vitamin D di dalam Ostematrix ni ialah untuk membantu penyerapan kalsium. Jadi, InshaAllah bila anda mengambil Ostematrix ni, tak timbul masalah kalsium tak boleh nak diserap kerana dah siap ada vitamin D didalamnya.  

Antara kandungan lain yang terdapat di dalam Ostematrix ialah magnesium, fosforus, zinc, kuprum, manganese dan boron.



Tahu tak, 1 tablet Ostematrix ni menyamai dengan segelas susu tinggi kalsium dan juga umpama anda memakan 80 biji badam. 



Jika anda nak dapatkan supplemen Ostematrix jom dapatkan sekarang. Tak rugi beringat dari sekarang kerana berapalah harga sebotol Ostematrix jika dibandingkan dengan kesakitan yang terpaksa dialami. Boleh klik butang order di bawah ni jika nak dapatkan Ostematrix.  





Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment