Shaklee Effect


Assalamualaikum semua.. Berapa hari kita tak bersua kat sini, apa khabar anda semua? Diharap sihat semua hendaknya. Hari ni tak cerita tentang supplemen Shaklee, tapi nak cerita tentang Shaklee Effect. Mesti ada yang tertanya-tanya apa ke bendanya Shaklee Effect ni? Shaklee Effect ni ialah lebih kurang macam kesan Shaklee terhadap saya. 

Nak tau apa Shaklee Effect terhadap saya? Jom baca kisah ni. Tapi sebelum tu nak beri peringatan sikit kat anda semua, Shaklee Effect saya ni TIDAK mungkin akan berlaku tanpa keizinanNYA jua...

1. Memperbaiki Kesihatan Saya dan Keluarga.

Bagi yang pernah membaca kisah pengalaman saya dengan ESP mesti tahu bagaimana saya dapat menjalani ibadah puasa tanpa diserang gastrik dengan mengamalkan ESP kan.. Alhamdulillah kali ni dah masuk tahun ke-2 saya berpeluang menjalani ibadah puasa seperti orang lain.

Maklum je la kan, kaum wanita ada ‘cuti’ di bulan puasa. Kalau ditambah lagi dengan hari tak berpuasa akibat serangan gastrik agak-agaknya berapa hari je yang tinggal untuk berpuasa? Tapi, itu bukanlah alasan untuk tidak menunaikan ibadah puasa. Sebab itulah saya sangat-sangat bersyukur sebab masalah gastrik di bulan puasa dan hari-hari biasa tinggal kenangan sekarang ni.. 

Bukan tu je.. sebelum ni selang 2 bulan saya akan berjumpa dengan doktor akibat demam, selsema dan batuk. Disebabkan kekerapan ke klinik (selang 2 bulan),  doktor yang merawat memberitahu saya bahawa berkemungkinan di antara punca saya kerap demam ialah kerana kekurangan vitamin C di dalam badan. Kenapa vitamin C? Sebabnya ialah vitamin C terkenal baik untuk imun badan..

Sejak hari itulah saya mula mengamalkan Vita C Shaklee. Dan... itulah merupakan kali terakhir saya berjumpa dengan doktor kerana masalah demam.. Bukanlah maksud saya dengan memakan supplemen Shaklee seseorang tu tidak akan didatangi penyakit...Maksud saya ialah, sejauh mana kita berusaha menjaga nikmat kesihatan yang dikurniakan kepada kita. Biasanya, kita akan sedar betapa berharganya nikmat kesihatan setelah jatuh sakit. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati penyakit?

Alhamdulillah, kesihatan anak-anak juga sedikit sebanyak turut bertambah baik. Jika sebelum ni mereka turut terkena ‘tempias’ jika berada di kalangan ahli keluarga yang demam/selsema, sekarang ianya tidak lagi. Jika terkena demam/selsema sekalipun, ia tidak berlanjutan begitu lama seperti sebelum ni.

2. Persepsi terhadap MLM berubah.

Sebelum kenal Shaklee, saya memang begitu takut dengan perkataan MLM ni. Bila dengar je orang sebut perkataan MLM, mulalah saya mencongak-congak idea nak ‘melepaskan diri’ dari terjebak. Hehehe... 

Namun, bagaimana Shaklee telah mengubah persepsi saya terhadap MLM? Begitu mudah sekali kerana sebab utamanya ialah kerana saya mula jatuh hati dengan produknya. Yang paling best ialah modal nak jadi ahli yang begitu rendah. Tak payah nak buat pinjaman bank pun. Bayar yuran keahlian sebanyak RM85, dapat kemudahan menjadi ahli, tak payah memperbaharui keahlian tiap tahun dan dapat BONUS pulak tu. Macam mana nak dapat bonus dan jadi ahli Shaklee boleh rujuk DI SINI dan DI SINI.

3. Pelanggan berpuas hati, malah ada yang tolong promote Shaklee kat kawan-kawan mereka.

Tiadalah yang lebih menggembirakan hati saya bila pelanggan turut gembira dengan perubahan mereka setelah mengamalkan supplemen Shaklee. Malah, paling tak disangka-sangka bila ada yang secara sukarela turut menceritakan pengalaman mereka dan sekaligus mencadangkan produk ni kat kawan-kawan mereka.

Inilah yang menaikkan semangat saya untuk terus share tentang kebaikan Shaklee kepada lebih ramai orang kat luar sana. Benarlah kata pepatah, jika kita sebar kebaikan, maka yang akan datang kat kita pun yang baik-baik belaka. Inshaa Allah jika masih diberi kesempatan saya akan terus berkongsi kebaikan Shaklee supaya lebih ramai orang kat luar sana turut sama-sama merasai manfaatnya.


4. Sokongan upline dan geng-geng group.

Apa yang membuat saya seronok ialah apabila berada di dalam kumpulan yang saling menyokong antara satu sama lain. Ditambah pula dengan upline-upline yang tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Walaupun kami menjual produk yang sama, namun itu tidak menghalang kami untuk saling bantu-membantu diantara satu sama lain. Bukankah setiap dari kita ni memang sudah ada bahagian rezeki masing-masing? Jadi tak timbul soal nak bersaing antara satu sama lain di dalam ‘keluarga besar Shaklee’ kami. 

Rasanya dah cukup panjang celoteh saya kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Apakah Shaklee Effect anda? Boleh kongsikan dengan saya jika anda tak keberatan. Sehingga bertemu lagi....


Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com 

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. Bestnya. Sy pun banyak dapat manfaat dan kebaikan dari supplemen shaklee.

    ReplyDelete
  2. Haah... sangat- sangat bersyukur dipertemukan jalan penyelesaian masalah kesihatan selama ni. Terima kasih juga kpd sifu Fahmy Shuhaimi & Celikvitamin atas tunjuk ajar.

    ReplyDelete