Status HALAL Shaklee

Assalamualaikum..Kembali bersiaran dengan entri terbaru dari saya. Pernah tak anda semua tertanya-tanya mengenai status Halal produk Shaklee? Bukan je anda, sebelum saya menggunakan produk ni, saya pun membuat sikit kajian mengenai status HALAL Shaklee.

Jadi, hari ni saya nak cerita mengenai status HALAL produk Shaklee khas untuk yang masih kabur mengenai isu ni. Perkataan HALAL berasal dari kalimah Arab, bermaksud yang  dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Sebagai Muslim, kita memang dituntut untuk memakan makanan yang HALAL. Bukan setakat itu saja, malah kita juga sangat-sangat dituntut mencari sumber rezeki yang halal dalam kehidupan seharian dan dalam semua aspek kehidupan seperti dalam bab muamalat, akhlak dan akidah.   

Produk-produk Shaklee disahkan HALAL oleh Islamic Services of America (ISA). Jika anda semua lihat di dalam laman web JAKIM terdapat banyakkk lagi badan Islam dari luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Bukan Islamic Services of America (ISA) je ya.. Jadi, setiap negara.. masing-masing ada badan yang mengesahkan HALAL bagi negara masing-masing. Sebab itu la, bila kita belek sesetengah makanan (import), dengan tujuan nak cari logo HALAL JAKIM tapi tak jumpa..Memang takde logo HALAL JAKIM kat sana, melainkan logo dari badan HALAL negara itu sendiri. Jadi, tugas kita sebagai pengguna ialah untuk mengetahui badan HALAL di luar negara untuk mengelakkan sebarang keraguan.

Nak tau senarai badan-badan HALAL luar negara yang diiktiraf JAKIM Malaysia? Jom tengok kat SINI.

Nak tepek jugak la logo HALAL Islamic Services of America (ISA).


Kat bawah ni pulak sijil HALAL Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) dan mendapatkan pengiktirafan oleh JAKIM.


Alang-alang dah cerita tentang isu HALAL ni, tak lengkap pula rasanya kalau tak disertakan sekali logo HALAL JAKIM. Perhati betul-betul ya logo HALAL ni.



ü  bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
ü  perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
ü  diikuti tulisan rumi “HALAL”;
ü  bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا  dalam perkataan Arab;
ü  dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.



Harapnya selepas ni takde lagi yang tertanya-tanya mana peginya logo HALAL JAKIM kat produk Shaklee ye..

Jika anda ada sebarang kemusykilan bolehla tanya saya. InsyaAllah saya akan cuba jawab soalan anda tu J



Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment