Tanda-tanda Krisis Pemulihan Atau Healing Crisis Yang Anda Patut Tahu


Assalamualaikum.. Alhamdulillah hujan rahmat sedang melanda Bumi Kenyalang ketika ini. Jika sebelum ni cuaca agak panas, sejak kebelakangan ni merasa juga suasana sejuk lagi mendamaikan dek kerana hujan. Di petang yang dingin ni, nak cerita tentang krisis pemulihan ataupun healing process.

Saat terjadinya krisis pemulihan mesti ada yang terfikir mengapa terjadi begini?

Apakah yang anda tahu mengenai krisis pemulihan? Mengapakah ia berlaku? Jom saya kupas satu persatu persoalan tersebut.

Biasanya, setiap pelanggan yang membeli produk Shaklee dengan Azura Zainal E-Shop (saya la tu…), akan diterangkan mengenai krisis pemulihan ni. Ini adalah kerana saya tak nak mereka beranggapan bahawa produk Shaklee menyebabkan mereka menjadi lebih sakit jika mereka mengalami krisis pemulihan semasa mengambil supplemen Shaklee.

Jika anda nak tahu,  krisis pemulihan ialah satu proses tindakbalas penyesuaian tubuh badan apabila kita mula mengambil supplemen. Simptom-simptom krisis pemulihan ni kelihatan seperti penyakit, tetapi hakikatnya ia bukanlah begitu.

Mengapakah Krisis Pemulihan @ Healing Proses terjadi? 

Krisis pemulihan akan terjadi akibat daripada tindak balas tubuh kita terhadap supplemen yang diambil. Apabila tubuh kita yang pada kebiasaannya selalu kekurangan khasiat akibat tabiat pemakanan, secara tiba-tiba pula, dibekalkan dengan makanan berkhasiat (supplemen) maka, terjadilah tindak balas tersebut.

Apakah simptom-simptom krisis pemulihan?

Simptom-simptom atau gelaja yang timbul akibat krisis pemulihan adalah seperti:-

  • Pening
  • Kelesuan,
  • Sakit kepala,
  • Demam selsema,
  • Kencing yang keruh,
  • Cirit-birit,
  • Kahak berlebihan,
  • Muntah-muntah dan lain-lain.
Namun, simptom ini adalah berbeza di antara setiap individu.

Berapa lama Krisis Pemulihan berlaku?

Biasanya ia terjadi untuk beberapa hari. Namun, tubuh individu yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Ini adalah disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Perumpamaan mudah ialah apabila kita nak menyental kekotoran yang sangat lama dibiarkan. Sudah tentulah proses untuk menyental akan mengambil lebih masa jika dibandingkan kita menyental kekotoran yang biasa. 

Diantara contoh toksin yang mungkim terdapat di dalam badan kita ialah sisa-sisa makanan berkimia, lemak, diet tak seimbang, antibiotik, ubat-ubatan, atau stress.



Setelah supplemen yang diambil bertindakbalas dengan melakukan proses detoksifikasi (buang toksin) simptom ‘penyakit’ yang  dialami akan berlalu diantara 1 minggu hingga 2 minggu. Pada masa ini, anda akan dapat merasakan perubahan pada tubuh badan anda.

Sepanjang tempoh krisis pemulihan berlaku, anda disarankan untuk meminum air bersih yang mencukupi (3L), rehat secukupnya dan makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Nasihat saya kepada yang baru mengamalkan supplemen Shaklee, jika mengalami simptom seperti yang disebutkan selepas memakan supplemen ialah silalah jangan berhenti makan supplemen ok..Diharap anda bersabar dan banyakkan berdoa agar semuanya dipermudahkan. Untuk konsultasi selanjutnya, boleh hubungi saya. 



Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

 SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

 Shaklee ID : 1091952
 Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment