Tangani Masalah Sembelit Anak Anda


Assalamualaikum & selamat pagi semua. Dah sarapan sebelum pergi bertugas? Ada tak dikalangan ibu bapa kat luar sana yang sedang risau sebab anak mengalami sembelit? Kesian kan..Asal nak membuang je, mesti mereka mengadu najis tak boleh nak keluar walaupun dah berusaha meneran. Jom ketahui lebih lanjut punca sembelit dan cara mengatasinya.

Sembelit berlaku apabila najis bayi atau kanak-kanak menjadi keras atau mereka jarang membuang najis. Setelah melalui proses membuang najis yang menyakitkan, terdapat kanak-kanak yang menahan diri dari membuang air besar. Ini akan semakin memburukkan keadaan sembelit yang mereka alami.



Punca Yang Menyebabkan Sembelit.

  • Usus besar kurang aktif. Faktor semulajadi ini dialami oleh sesetengah kanak-kanak.
  • Diet harian yang kurang serat dan kurang air.
  • Perbuatan menahan najis daripada keluar akibat fobia dengan kesakitan sebelum ini hingga memburukkan keadaan sembelit.
  • Kesan akibat ubat-ubatan yang diambil.


Simptom Sembelit.
  1. Sakit di bahagian perut atau abdomen.
  2. Semasa membuang najis, berkemungkinan dubur bayi/kanak-kanak mengalami luka.
  3. Mengelak untuk makan. Terdapat kejadian di mana kanak-kanak mengelak untuk makan. Setelah diperiksa, didapati di dalam perut mereka dipenuhi najis yang tidak dikeluarkan malah mereka sering mengadu sakit perut.


Rawatan Yang Perlu Diambil

Membiarkan sahaja masalah sembelit akan menyebabkan kesan buruk terhadap bayi dan kanak-kanak. Sampai ke satu tahap, kanak-kanak mungkin mengalami enkoparesis iaitu keadaan di mana najis dalam bentuk tompokan cair keluar tanpa disedari.

Antara langkah yang boleh diambil ialah:-

1.  Memberikan bayi dan kanak-kanak makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Juga, pastikan mereka meminum air yang mencukupi.

2.  Potty training. Ya, latih anak anda untuk pergi ke tandas pada masa yang ditetapkan. Biasanya selepas bersarapan, makan tengahari atau makan malam latihan ni boleh dilakukan. Ini adalah untuk membiasakan mereka untuk ke tandas tanpa perlu menahan keperluan untuk membuang.

3.  Menggunakan ubat-ubatan/pelembut najis. Penggunaan ubat-ubatan/pelembut najis hendaklah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Meal Shakes Shaklee merupakan satu hidangan lengkap yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit. Salah satu manfaat Meal Shakes Shaklee ni ialah untuk detoksifikasi. Dengan bahan yang kaya dengan serat larut, ianya membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus. Nah, tak perlu nak bagi anak anda ubat-ubatan untuk sembelit ni. Saya pasti ada diantara ibu bapa yang ragu-ragu nak beri anak kecil mereka ubatan terlalu awal.

Manfaat lain Meal Shakes Shaklee:-

1.  Membekalkan nutrisi yang lengkap (kalau yang ada anda memilih nak makan pun bagus bagi Meal Shake ni).

2.  Membantu proses tumbesaran.

3.  Merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan penyakit.(demam/selsema).

4.  Boleh dijadikan sarapan pagi yang penuh khasiat 

5.  Membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.


Jika anda nak dapatkan Meal Shakes langkahnya seperti biasa ya, klik je butang order kat bawah ni. Okla, lepas ni InsyaAllah banyak lagi artikel menanti anda. Teruskan membaca dan terima kasih kerana sudi membaca :))




Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment