4 Tahap Plasenta Previa Semasa Hamil


Assalamualaikum...

Apa khabar ibu-ibu hamil semua? Mesti tengah berdebar menghitung detik bahagia ketibaan zuriat yang dinantin-nantikan kelahirannya. Hari ni saya nak cerita tentang pengalaman saya mengandung anak kedua. Mesti ada ibu-ibu yang hairan mengapa tak cerita pengalaman pertama terlebih dahulu.. Bukannya apa, pengalaman mengandung anak kedua agak “istimewa’ kerana berkaitan dengan perkongsian saya kali ni. Untuk pengetahuan, semasa hamil kali kedua, saya mengalami ‘low lying placenta’ atau untuk lebih mudah difahami placenta previa.

Sebelum bercerita lanjut, elok kiranya kita mengetahui lebih terperinci mengenai placenta previa ni. Apakah placenta previa? Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim.  

Sumber: babycenter.com

Terdapat 4 jenis keadaan plasenta previa. Jom kita ketahui jenis-jenisnya.

Jenis 1 : Low lying - Plasenta terletak rendah di bawah rahim. Walaubagaimanapun, bayi masih boleh dilahirkan secara normal (tanpa pembedahan).

Jenis 2 : Marginal - Plasenta tidak menutupi jalan laluan keluar bayi. Bayi masih boleh dilahirkan secara normal.

Jenis 3 : Partial - Bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean kerana pada tahap ini, plasenta menutup sebahagian pembukaan serviks.

Jenis 4 : Complete - Pembukaan serviks ditutup sepenuhnya plasenta, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan.


 4 Tahap Plasenta previa 

Jika anda masih diawal kehamilan, iaitu hamil lebih kurang 5 bulan (20 minggu), anda tidak perlu risau jika imbasan menunjukkan plasenta berdekatan dengan serviks. Ini adalah kerana, terdapat keadaan di mana plasenta akan berubah kedudukannya menjelang trimester ketiga kehamilan.

Namun, dalam kes saya, plasenta tak naik-naik ke atas. Setiap kali imbasan dilakukan, keadaan masih tak berubah sehinggalah sampai ke minggu yang ke 36 iaitu semasa pemeriksaan rutin, doktor telah menyarankan saya untuk pergi ke hospital. 

Keluar je dari klinik terus ajak suami pegi makan sebab naluri menyatakan bahawa macam nak kena bedah hari tu juga. Sebelum apa-apa baik gi makan dulu :))

Sampai je kat hospital, doktor kat sana terus buat pemeriksaan CTG dan sekali lagi mereka membuat pemeriksaan plasenta. Akhirnya setelah pergerakan bayi didapati agak lemah, maka doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan pada petang itu juga iaitu pada 24 Mac 2010.

Ok, berbalik kepada entri tadi, sekarang saya nak bagitahu SIAPAKAH wanita yang berisiko mengalami plasenta previa.

  • Pernah bersalin melalui pembedahan pada kehamilan sebelumnya. (macam saya). 
  • Mengandung kali kedua atau yang seterusnya (lebih berisiko berbanding yang hamil kali pertama).
  • Mempunyai sejarah kehamilan dengan plasenta previa pada kehamilan sebelumnya.
  • Merokok.


Penjagaan Kehamilan Dengan Plasenta Previa.

Mengikut pengalaman saya, doktor berpesan supaya tidak mengangkat barang berat atau melakukan sebarang aktiviti lasak. Alhamdulillah, saya tidak mengalami perdarahan sepanjang kehamilan itu seperti orang lain yang mengalami plasenta previa.

Namun, saya kerap berasa sakit seolah-olah mengalami senggugut ringan. Apa yang saya lakukan jika keadaan ini berlaku ialah duduk berehat dan mengurangkan pergerakan.

Terdapat juga keadaan di mana wanita hamil dengan plasenta previa ni terpaksa berehat di hospital sehingga waktu kelahiran tiba.

Dari segi pemakanan pula, amalkan pemakanan yang bernutrisi dan kaya zat besi (iron) untuk mengelakkan daripada anemia. Contoh makanan yang kaya dengan zat besi ialah daging merah serta sayur-sayuran hijau. Paling best ialah sayur midin yang banyak kat Sarawak ni. Memang kaya dengan iron. Selain itu, pengambilan supplemen zat besi juga seboleh-bolehnya diambil setiap hari mengikut saranan doktor. Sangat penting menitikberatkan pemakanan yang kaya zat besi kerana ibu yang melahirkan bayi secara pembedahan biasanya kehilangan darah lebih banyak daripada yang bersalin secara normal.


Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, kerana daripada 6 pain darah yang disediakan pihak hospital untuk saya, satu pun saya tak gunakan. Sekurang-kurangnya, darah tersebut boleh digunakan orang yang lebih memerlukan.

Di dalam dewan pembedahan, dengan keadaan gementar, takut.. semua perasaan bercampur aduk, saya semakin tidak keruan apabila sebelum memulakan pembedahan doktor berkata bahawa rahim saya mungkin akan dibuang. Ya Allah, saya hanya mampu mengangguk kepala sambil berdoa supaya perkara ini tidak berlaku.

Sepanjang pembedahan saya tak putus-putus berdoa kepada Allah SWT minta supaya saya dan bayi selamat dan semuanya dipermudahkan. Tepat 2.43 petang, Alhamdulillah keluarlah bayi perempuan yang comel seberat 2.5kg. Menitis air mata kegembiraan setelah bayi dibawa kepada saya untuk dicium walau cuma sebentar.

Sekali lagi saya bersyukur kepada ALLAH SWT yang MAHA PEMURAH LAGI MELIMPAH-LIMPAH rahmatNYA bila jururawat yang mengiringi pembedahan mengatakan bahawa rahim masih elok dan tak perlu dibuang. Sungguh, tidak terhitung kurniaan ALLAH SWT kepada saya. 

Pesan saya kat ibu-ibu yang ada masalah plasenta previa ni, berdoalah sebanyak-banyak yang mampu kepada ALLAH SWT dan jangan buruk sangka terhadap ALLAH SWT. Doktor mungkin boleh berkata kemungkinan yang akan berlaku, TAPI semua itu HANYA AKAN TERJADI DENGAN IZINNYA. 

Akhir kata, sebelum mengundur diri, saya berdoa supaya urusan kelahiran anda dipermudahkan. Jika anda perlukan teman untuk berbicara boleh hubungi saya ok.. Tapi, ingin saya tegaskan kat sini, tujuan bercerita pengalaman ini bukanlah untuk menakut-nakutkan atau mendiagnos anda. Perkongsian ini hanyalah untuk menceritakan pengalaman saya. InshaAllah, jika ada kelapangan saya akan bercerita pengalaman melahirkan anak yang pertama dengan kejutan yang tidak terjangka sewaktu nak melahirkan.  Kalau anda nak dapatkan supplemen untuk ibu hamil Shaklee boleh dapatkan dengan saya juga..Terima kasih kerana membaca. :) 


KLIK SINI UNTUK SET HAMIL:



KLIK SINI UNTUK SET BERSALIN






 Salam Hormat 

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call | Whatsapp: 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. Salam..saya pn alami plasenta previa..skg dlm wad sbb bleeding..doc pn suggest tngu smpi 36mngu utk cser..nth knp perasaan sgt takut saya lalui..memikirkan selepas cser kemungkinan kndungn akn dtg pn akn alami plasenta previa jugak..kesukaran hamil lg..mcm2 sy bc..tramat risau dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. InshaAllah segalanya akan dipermudahkan puan. Banyakkan berehat ya puan, jika boleh jangan mengangkat barang-barang yang berat, elakkan terlalu aktif. Mengikut pengalaman saya, semasa mengandung kali ketiga, Alhamdulillah tiada masalah plasenta previa. Jangan risau ya puan, jika puan tidak keberatan boleh menghubungi saya di emel juaazura81@gmail.com @ sms/whatsapp saya di 016-800 4628 supaya kita boleh bereriga lebih lanjut

    ReplyDelete