Bagaimana Bayi Songsang Dilahirkan


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Sihat? Tengah buat apa tu? Seperti yang dijanjikan kat SINI, saya nak kongsi pengalaman melahirkan anak pertama pula. Kali ni semestinya situasinya berbeza kerana jika untuk anak kedua, memang awal-awal saya dah tahu bahawa saya mengalami plasenta previa. Kali ni, bayi saya adalah songsang dan saya hanya mengetahui hal ini di saat-saat nak melahirkan. Sebelum saya bercerita lanjut mengenai bayi songsang, jom kita lihat bagaimana kedudukan bayi kat dalam perut ibunya.







Bagaimana kedudukan bayi dikatakan songsang? Keadaan ini berlaku apabila kepala bayi berada di bahagian atas dan punggungnya berada di bahagian bawah abdomen ibu (pelvis ibu).




Jika tadi kita dah lihat kedudukan bayi di dalam perut, sekarang kita ketahui pula jenis-jenis kedudukan songsang.


Terdapat 3 jenis songsang (breech) mengikut keadaan kaki bayi.

1. Complete or Full Breech

-  kedua-dua kaki berlipat di sendi lutut dan bila diperiksa dari bawah, kedua-dua pergelangan kaki dan punggung dapat dirasai.

2. Frank Breech

-  kedua-dua kaki lurus dengan pergelangan kaki berada di sebelah kepala bayi. Bila diperiksa, doktor dapat merasakan punggung bayi. Jenis ini paling ramai iaitu sebanyak 70%. Bayi dapat dilahirkan secara normal.

3. Footling or Incomplete Breech

- satu kaki berlipat di sendi lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus kebawah. Jika bayi didapati berada pada kedudukan ini, biasanya pembedahan caesarean dicadangkan kerana kuatir tali pusat akan turun kebawah bersama air ketuban. Ini dipanggil ‘cord prolapse” dan risiko kekurangan oksigen pada otak bayi amat tinggi.




Jika kandungan anda masih diperingkat awal, iaitu belum menjangkau 38 minggu, anda tak perlu risau jika doktor mendiagnos bayi anda songsang. Ini adalah kerana, biasanya keadaan breech atau songsang di awal kehamilan adalah perkara biasa. Bayi anda akan berpusing kedudukan pada posisi normal bila tiba waktunya.


Antara kemungkinan yang menyebabkan bayi songsang.

  • Bayi Pra-matang ( masih di awal tempoh kehamilan di mana kedudukan bayi akan berubah ).
  • Kehamilan sebelum ini juga adalah songsang/breech .
  • Kecacatan seperti fibroid dan ‘septum’/dinding pada rahim yang menghalang bayi untuk “berpusing” 
  • Kepala bayi tidak boleh engaged akibat plasenta praevia yang menutupi pintu rahim.
  • Kecacatan pada bayi.
  • Kehamilan kembar.

Bagaimana cara bayi songsang dilahirkan?

Seperti yang saya ceritakan di awal-awal tadi, semasa nak melahirkan bayi barulah saya diberitahu bayi saya dalam keadaan songsang. Sepanjang kehamilan hinggalah ke minggu terakhir kehamilan, saya dimaklumlah bahawa kepala bayi adalah engaged.

Memang terkejut apabila saya dimaklumkan oleh doktor bahawa bayi songsang (mind set dah bayangkan nak bersalin secara normal). Apa yang doktor cuba buat ialah mereka cuba memusingkan kedudukan bayi saya melalui kaedah ECV. Sebelum ECV dilakukan, doktor dah pesan awal-awal, jika prosedur tak berjaya, maka saya akan melahirkan bayi melalui pembedahan.

Setelah prosedur yang dilakukan tak berjaya, (kepala bayi tak bergerak ke bawah), saya pun keluar dari bilik pemeriksaan untuk memaklumkan kepada suami dan mak yang setia menunggu perkembangan saya. Mak boleh marahkan saya pula kerana mengingatkan saya bergurau semasa memberitahu bahawa kena menjalani pembedahan. Naluri keibuan menyebabkan mak risaukan keadaan saya pada masa tu. Mungkin mak sedikit risau sebab kedua-dua kakak saya telah melahirkan anak mereka secara normal. 




Proses ECV

Sekarang saya nak cerita tentang proses ECV pulak.. External Cephalic Version atau ECV ialah proses yang dilakukan doktor terlatih yang bertujuan mengatur posisi bayi daripada kedudukan songsang kepada kedudukan normal iaitu kepala di bawah.

Selain doktor terlatih, semasa proses ini dilakukan, pengawasan melalui CTG, ultrasound dan persediaan dewan bedah juga diperlukan. Ini adalah sebagai persiapan jika bayi mengalami komplikasi, maka kelahiran secara pembedahan adalah diperlukan.  

Sebelum proses ECV dilakukan, doktor telah memberi suntikan kepada saya yang difahamkan bertujuan untuk ‘merehatkan’ otot rahim sebelum proses ECV dijalankan.


Terdapat beberapa keadaan dimana ECV tidak dapat dilakukan. Keadaan tersebut ialah:-

  • Kes-kes kehamilan yang memang memerlukan kelahiran secara caesarean
  • Perdarahan antepartum
  • Bayi yang pembesaran yang terbantut/IUGR
  • Air ketuban kurang.
  • Isoimmunasasi Resus
  • Pre-eklampsia
  • Pernah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini .

Jika anda sedang hamil dan bayi didapati songsang, anda tak perlu risau kerana jika proses ECV berjaya, maka peluang untuk melahirkan bayi secara normal adalah tidak mustahil asalkan tiada komplikasi lain.

Bagi yang terpaksa melalui pembedahan macam saya, anda juga dinasihatkan tak perlu risau. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar. Tahu-tahu je nanti bayi anda dah pun dikeluarkan macam saya hari tu. 

Selamat menimang cahaya mata saya ucapkan kepada anda. Jika anda juga mempunyai pengalaman kehamilan atau semasa bersalin yang nak dikongsikan, bolehla tinggalkan komen ya. Sehingga berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi singgah kat sini :)

Sebelum mengundur diri, apa kata kalau anda lihat video seorang ibu yang telah menggunakan supplemen Shaklee semasa berpantang selepas bersalin.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.



Sumber:Baby Center



Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call | Whatsapp: 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment