Doa

Doa Amalan Semasa Mengandung


Assalamualaikum...

Ada tak dikalangan ibu-ibu hamil yang sedang tercari-cari doa atau surah amalan semasa mengandung? Jom, saya kongsikan sedikit doa atau pun surah-surah yang sangat bagus diamalkan semasa mengandung. Saya percaya mesti ramai ibu-ibu kat luar sana yang dah tahu atau pernah mengamalkan doa/surah yang akan saya kongsikan ni.



  • Surah Yaasin
  • Surah Maryam
  • Surah Luqman
  • Surah Yusuf
  • Sayyidul Istighfar
  • Doa Mohon Keselamatan Bayi Di Dalam Kandungan
  • Ayat-ayat Al-Quran.
  • Al-Mathurat.


Surah-surah dan doa-doa ni saya dapati dari buku Di Kamar Suami Isteri keluaran Darul Nu’man. Best tau, kalau anda berpeluang baca buku ni. Banyak manfaat dan perkongsian menarik di dalamnya. Saya pun dapat buku ni sempena hadiah perkahwinan. Tapi sayang dah misplaced semasa berpindah rumah dulu. 

Nak tahu Doa Mohon Keselamatan Bayi Di Dalam Kandungan? Jom amalkan.. Bagus tau sebab semasa mengandungkan ketiga-tiga anak saya, doa ni memang favorite saya. Tiap kali lepas masuk Maghrib saya akan baca doa ni. (mengikut saranan buku Di Kamar Suami Isteri). Hasilnya, Alhamdulillah ketiga-tiga anak saya memang agak lancar pertuturan mereka. Alhamdulillah.. Semuanya dengan izinNYA. Kita ni memang sentiasa digalakkan supaya berdoa. Bukankah sebaik-baik penyembuh ialah ALLAH S.W.T...








Terjemahan : “Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta.


InshaAllah, dengan mengamalkan doa ni secara konsisten, hati anda akan tenang sokmo.. Macam mana saya tahu?? Sebabnya, seperti yang saya katakan tadi, saya telah mengamalkan doa ni :) Doa ni la yang sering saya baca lebih-lebih lagi semasa mengandung kali kedua.

Belum baca pengalaman saya mengandung anak ke-2? Meh KLIK SINI

Diharap perkongsian kali ni membawa manfaat untuk kita semua. Saya doakan anda dan bayi sihat sejahtera selalu. Ibu-ibu yang ada pengalaman atau doa-doa lain, jom kongsikan kat sini. Boleh tinggalkan doa/pengalaman anda di ruangan komen. InshaAllah ada kelapangan saya lawat blog anda pula ya...



Salam Hormat

  

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call | Whatsapp: 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. Bismillah,

    Alhamdulillah...tq Azura atas doa ini.
    Sungguh dalam maknanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Farah..Zura sendiri mengamalkan doa ni semasa mengandung ketiga-tiga anak Zura dulu. Farah dah save doa ni?hehe

      Delete