Kenali Jenis Dan Simptom Tiroid

Assalamualaikum...

Pernahkan anda mendengar penyakit tiroid? Bagaimanakah ia berlaku? Hari ni saya akan menjelaskan mengenai penyakit tiroid kepada anda. Seperti mana yang kita ketahui, kelenjar tiroid terbahagi kepada dua, sama seperti kita melihat rama-rama. Kelenjar ni (tiroid) mengeluarkan dua (2) hormon iaitu hormon tiroksin (T4) dan hormon triiodotiroksin (T3) yang berfungsi untuk mengawal pengeluaran tenaga (metabolisme) kita. 


Gambar: www.myhealth.gov.my 


Kelenjar pituitari pada otak melakukan kawalan kelenjar tiroid melalui hormon perangsang tiroid. Melalui pemeriksaan dan simptom yang ditunjukkan, penyakit tiroid boleh dikenalpasti.

Jenis penyakit tiroid.

Terdapat 2 jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme

Hipertiroidisme 

Berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon yang tinggi atau berlebihan disebabkan ianya terlalu aktif serta menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Faktor penyebab.

  • Kehamilan
  • Penyakit hati kronik
  • Kegagalan pituitari yang menjejaskan mekanisme maklumbalas negatif untuk mengawal rembesan hormon tiroid
  • Penyakit autoimun seperti ‘Grave’s Disease’ yang merupakan punca kepada meningkatnya aktiviti kelenjar.


Simptom Hipertiroidisme 
  • Susut berat badan, 
  • kerap buang air besar, 
  • Kerap berpeluh, 
  • Perasaan berdebar-debar, 
  • Menggeletar, 
  • Penglihatan terjejas dan 
  • Selera makan meningkat.


Hipotiroidisme

Berlaku apabila paras hormon tiroid adalah terlalu rendah disebabkan kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum hingga menyebabkan hormon yang dikeluarkan adalah berkurangan.

Selain itu, ubatan yang diambil bagi merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit ini.

Faktor penyebab.

  1. Pembinasaan dan pengecutan kelenjar.
  2. Penindasan pembentukan hormon oleh bahan kimia dan bahan semulajadi.
  3. Kekurangan iodin dalam diet.
  4. Kekurangan enzim yang terlibat dalam pembentukan hormon.
  5. Penyakit autoimun seperti ‘Hashimoto’s Thyroiditis’ yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.


Simptom Hipotiroidisme

  • Bengkak di kaki, 
  • Gangguan ingatan, 
  • Kuat tidur, 
  • Badan kerap terasa sejuk dan 
  • Boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat.



Selain simptom yang disebut di atas, diantara tanda-tanda lain seseorang itu mengalami hipotiroidisme atau hipertiroidisme ialah:-

  • Cepat letih dan penat
  • Mudah mengantuk
  • Insomnia (kesukaran untuk tidur)
  • Perubahan berat badan yang ketara sama ada menurun atau meningkat.
  • Mengalami sembelit atau kerap buang air besar.
  • Menorrhagia
  • Bengkak dibahagian leher
  • Lemah otot dan sendi hingga menjejaskan keupayaan untuk bergerak.
  • Kemurungan.
  • Hilang selera makan.
  • Perubahan kulit iaitu menjadi kasar dan kering.


Kaedah Rawatan.

Bagi pengidap hipertiroidisme dan hipotiroidisme, rawatan yang perlu diambil adalah seperti memberikan ubat untuk mengurangkan debaran jantung. Selain itu, rawatan alternatif adalah dengan menggunakan iodin beradioaktif ataupun melalui pembedahan. Pesakit juga mungkin terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup bergantung kepada paras hormon tiroid.

Bagaimana Supplemen Shaklee Boleh Membantu.

Untuk hipertiroidisme;

B. Complex - Memperbaiki kelenjar tiroid.
Vita C - Penting di dalam keadaan tertekan/stress.
Vita-E - Sebagai antioksida.
Omega Guard - Untuk fungsi kelenjar yang betul, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Lecithin - Membantu pencernaan lemak.


Untuk hipotiroidisme;

B. Complex - Memperbaiki masalah keletihan dan kelesuan.
Vita C - Untuk fungsi imun badan.
Ostematrix - Mengurangkan simptom PMS, mengurangkan gejala sakit otot.
Omega Guard - Untuk fungsi kelenjar yang betul, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
GLA Complex - Menstabilkan hormon.

Apa pun gejala tiroid yang anda alami, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan atau mendiagnos penyakit anda. Jika anda perlukan konsultasi saya mengenai supplemen untuk tiroid, jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya ya. Kalau nak dapatkan supplemen untuk tiroid, silalah klik butang order kat bawah :)





Supplemen untuk Hipertiroidisme;



Supplemen untuk Hipotiroidisme;












Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment