Penjagaan Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Assalamualaikum...salam sejahtera


Hari ni nak cerita tentang penjagaan selepas bersalin secara pembedahan atau caesarean. Mesti ada ibu-ibu yang baru bersalin yang nak tahu mengenai penjagaan luka pembedahan selepas pembedahan ni. Sebelum tu tahniah di atas kelahiran bayi anda. Walaupun teruja dengan kelahiran bayi, namun penjagaan kesihatan anda juga tidak seharusnya diabaikan. Pembedahan caesarean ni adalah pembedahan major jadi, pastikan anda menjaga kesihatan anda sebaiknya.



Penjagaan luka pembedahan di hospital.

Semenjak di hospital lagi, secara tak sedar, kita dah disuruh menjaga luka pembedahan. Perasan tak jika nurse atau doktor asyik suruh kita bangun dari pembaringan? Mak aii..dahla nak bergerak sikit pun sakit...boleh pula diaorang nak suruh bangun dan bergerak pula..Huhuhu...Inilah skrip saya semasa kali pertama bersalin secara pembedahan dahulu. 

Kali pertama nak bangun dari pembaringan saya hampir-hampir pitam. Fobia juga rasa nak bangun selepas tu. Tapi, demi nak discharge awal dari hospital, digagahkan juga diri ni untuk bangun. Mengapa kita digalakkan supaya bangun atau bergerak? Ini adalah kerana, bergerak sangat baik untuk peredaran darah dan pemulihan umum. Percayalah, selepas percubaan kali pertama untuk bergerak berjaya, kali kedua dan seterusnya nak bergerak menjadi semakin mudah.

Yang paling penting, bila anda dah mula bergerak, bolehla tiub yang dimasukkan ke pundi kencing kita sebelum pembedahan dikeluarkan. Alhamdulillah...lega :)) Tak tahu lah kalau ada ibu yang lebih selesa kencing menggunakan tiub tu. Saya pula, lebih suka tiub itu dikeluarkan secepat mungkin. Ikut keselesaan masing-masing ya..

Sewaktu di hospital juga, doktor menyarankan saya supaya memakai compression socks. Menurut doktor tersebut, tujuan memakai compression socks adalah supaya melancarkan peredaran darah di bahagian kaki dan untuk mengelakkan blood clot (darah membeku di satu-satu tempat). Compression socks ni boleh dibeli di farmasi tapi pastikan sebelum nak beli tu, sukat dulu ukur lilit kaki supaya tak tersalah pilih saiz.

Bahagian yang paling mencabar pada saya ialah ketika plaster kat tempat pembedahan ditanggalkan oleh doktor. Fuh... Tanpa sedar mengalir air mata menahan kesakitan sewaktu doktor menarik plaster tersebut. Kesian juga saya kat doktor kerana tak pasal-pasal tangannya telah dipicit oleh saya dengan begitu kuat sekali..

Setelah plaster ditanggalkan, anda disarankan supaya memerhatikan sebarang lelehan, tanda-tanda seperti jahitan kelihatan terbuka atau perdarahan. Jika terdapat sebarang tanda-tanda seperti yang dinyatakan, sila maklumkan kepada jururawat atau doktor. 

Penjagaan luka pembedahan di rumah.

Pastikan anda mengelap kawasan parut pembedahan untuk memastikan kawasan tersebut sentiasa kering setiap kali selepas mandi. Jangan menggosok dengan terlalu kuat.

Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Pastikan getah seluar dalam tidak berada di kawasan parut.

Dari segi pemakanan pula, saya dulu mengamalkan ikan haruan. Selepas makan ikan tersebut, bahagian dalaman perut terasa seolah-olah sedikit sakit, mungkin akibat daripada tindakbalas ikan tersebut. Bagi yang tak lalu nak makan ikan haruan, Zinc Complex adalah cara alternatif yang paling senang dan cepat. Namun, pesakit SLE tidak digalakkan mengambil Zinc Complex ni kerana di dalamnya terdapat kandungan Alfalfa ( Medicago Sativa).

Selain ikan haruan, pati ikan haruan pun saya amalkan semasa berpantang. Pemakanan berkhasiat iaitu sayur-sayuran seperti bayam, sayur sawi, ayam, daging dan buah-buahan juga dimasukkan dalam menu pemakanan harian semasa berpantang. Makanan yang kaya serat sangat penting untuk mengelakkan sembelit. Alhamdulillah, saya tak mengalami sembelit sepanjang tempoh berpantang. 

Air suam/susu/milo/horlicks juga diambil secukupnya. Biasanya ibu yang breastfeeding ni cepat haus. Untuk mengelakkan daripada dehidrasi, saya biasanya akan minum setiap kali selesai menyusukan bayi. Kiranya air dalam badan yang dikeluarkan (melalui penyusuan) digantikan semula dengan meminum air.

Untuk mempercepatkan penyembuhan, saya juga mengambil supplemen tambahan seperti B. Complex, Vita-C, ESP. Walaupun anak pertama dan kedua tak kenal lagi dengan supplemen Shaklee, saya bersyukur kerana bertemu Shaklee walaupun agak terlambat :)) 

Memang berbeza pengalaman setelah mengambil supplemen Shaklee semasa berpantang kali ketiga. Masa tu, Husna agak kurang meragam berbanding dengan abang dan kakaknya. Mungkin disebabkan lebih kenyang akibat penangan ESP. 

Memang best la ambil set berpantang Shaklee sebab paling utama ialah ianya boleh terus digunakan selepas bersalin tak kira bersalin secara normal atau melalui pembedahan. Kalau anak ada jaundis pun masih boleh digunakan.



Tips untuk anda :-

Jika anda nak menyusukan bayi, ketawa,bersin/batuk - pastikan ada bantal untuk untuk menyokong kawasan pembedahan.

Memang agak sakit jika anda tak dapat nak kawal bersin atau batuk. Kalau ketawa tu agak-agak dapat ditahan janganlah ketawa dengan kuat ya..

Semoga artikel ni dapat membantu sedikit sebanyak proses berpantang anda. Mohon maaf di atas kekurangan. InshaAllah bertemu lagi di lain entri. Bagi yang belum dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh klik di bawah untuk meneruskan pembelian. Jika ada sebarang pertanyaan bolehla sms/whatsapp saya di 016-800 4628.

Untuk mengetahui kesan Set Pantang Shaklee ke atas pengguna, jom kita lihat video seorang ibu muda yang mengamalkan Set Pantang Shaklee.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.











Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment