Punca Asma Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum...

Macam mana dengan hari anda? Anak-anak sihat? Kat Kuching ni cuaca tak menentu sikit, sekejap hujan, sekejap berjerebu, sekejap pula panas. Biasanya kanak-kanak mudah terjejas kesihatan mereka akibat cuaca tak menentu macam ni. Ada yang mudah je nak demam, batuk, selsema atau diserang asma. Memandangkan golongan kanak-kanak adalah penghidap dominan asma, jadi, hari ni kita bincang tentang asma pula ya.. Rasanya, belum ada lagi entri tentang asma saya kongsikan. 



Bagaimanakah asma berlaku.

Asma berlaku akibat kekejangan atau radang terjadi di saluran pernafasan (bronkus). Ketika serangan asma berlaku, bronkiol di dalam paru-paru menyempit akibat keradangan yang berlaku pada selaput dinding laluan udara. Ketika ini, pernafasan pesakit menjadi sesak, dada merasa ketat dan mengeluarkan bunyi berdesit (kedengaran seperti bunyi wisel).



Faktor yang menyebabkan seseorang diserang asma.

Apabila terdedah kepada:

  • Asap rokok atau asap dari kenderaan,
  • Faktor cuaca seperti jerebu, cuaca yang terlalu panas atau sejuk,
  • Tekanan perasaan
  • Melakukan aktiviti yang berat
  • Persekitaran yang kurang sihat seperti terdapat bahan kimia.
  • Debu.

Penting bagi setiap pesakit asma untuk mengetahui faktor apakah yang menyebabkan mereka diserang asma. Ini adalah supaya mereka dapat menjauhkan diri dari faktor pencetus asma tersebut.



Antara Gejala Asma

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Dada terasa ketat/sempit.
  • Batuk,
  • Sesak nafas


Kesan asma terhadap kehidupan.

Tidak dapat tidak, sedikit sebanyak kehidupan seharian penghidap asma akan terjejas akibat asma. Ada yang tidak dapat melakukan aktivi sukan atau beriadah. Malah, ada pula yang terbatas aktiviti fizikal mereka dan ada pula yang gagal hadir ke sekolah. Keterbatasan di dalam segala hal boleh menyebabkan emosi kanak-kanak menjadi terganggu serta sedikit sebanyak menjejaskan produktiviti mereka.

Ibu bapa mana yang sanggup melihat keriangan anak-anak mereka terganggu atau terjejas, ya tak? Paling menyedihkan dan membuatkan hati risau ialah apabila serangan datang dan melihat wajah zuriat yang menanggung kesakitan.


Cara Rawatan

Dengan menggunakan ubat sedutan ( inhaler). Ubat sebegini didapati lebih berkesan disebabkan ianya akan terus memasuki kawasan yang dikehendaki iaitu saluran udara dalam paru-paru. 

Tips untuk para ibu bapa: Pastikan anak anda tahu cara yang betul menggunakan inhaler untuk mengelakkan fungsi paru-paru menjadi semakin teruk. 

2 jenis ubat sedutan ialah ubat pencegahan anti-keradangan seperti glukokortikosteroid) dan ubat pelega ( bronkodilator)

Ubat pencegahan anti-keradangan seperti glukokortikosteroid : Perlu diambil setiap hari untuk jangka masa yang lama bagi mengelak serangan asma.

Ubat pelega ( Bronkodilator) : Perlu dibawa bersama penghidap setiap masa. Ia dapat melegakan pesakit dan menghilangkan gejala asma.


Langkah Pencegahan

Elakkan diri daripada berada dekat dengan tempat atau haiwan yang boleh mencetuskan serangan asma. Contohnya dengan mengelakkan diri berada berdekatan dengan asap rokok, haiwan berbulu, bau-bauan dan persekitaran yang tak sihat.

Semakin menginjak naik usia anak-anak anda, mereka bolehlah diajar mengenai   rutin terapi kawalan asma. Melalui rutin terapi kawalan asma ini, pesakit diajar teknik mengawal serangan asma sekaligus membantu mereka menghalang serangan asma yang serius dan mengatasi serangan yang datang. Selain itu, langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil juga didedahkan.        

Apabila mereka berjaya mengawal serangan asma, secara tak langsung mereka berupaya meneruskan aktiviti seharian tanpa halangan.


Bagaimana Supplemen Shaklee Membantu Atasi Asma.

Kadangkala, sebelum diserang asma, kanak-kanak mula demam terlebih dahulu dan kemudiannya diiringi selsema dan batuk. Apabila keadaan ini berlanjutan, maka lama-kelamaan asma pun turut menyerang.

Terdapat juga kanak-kanak yang antibodinya begitu lemah. Asal saja terdedah dengan persekitaran yang tak sihat contohnya terdapat ahli keluarga yang demam, mereka pun turut sama dijangkiti demam. Kadang-kadang demam tu berulang lagi untuk jangka masa singkat.

Disini la Meal Shakes berperanan membantu untuk membekal nutrisi kepada sel tubuh yang lemah tadi. Ianya kaya dengan pelbagai jenis nutrisi serta menyediakan hidangan lengkap 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

Ianya juga kaya protein yang berperanan dalam membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut organ, darah serta fungsi imun.

Omega Guard pula berperanan dalam membantu menyihatkan paru-paru. Memang sesuai sangatla untuk pengidap asma ni. Bonus yang anda dapat ialah Omega Guard juga dapat membantu mengawal asma dan membantu dalam perkembangan memori anak-anak anda.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan Meal Shakes dan Omega Guard ni. Memandangkan saya dah bercerita panjang, jika diizinkanNYA saya akan sambung cerita mengenai kedua-duanya di lain entri.

Oh ya, untuk makluman, dengan setiap pembelian Buy 3 Free 1 Meal Shakes, 10% akan disumbangkan ke 2000 rumah kanak-kanak yang kurang berkemampuan. Sambil anda memberikan yang terbaik untuk anak anda, anda juga dapat pahala bersedekah. 



Ada tak yang nak tau cara dapatkan free membership Shaklee? Jomla hubungi saya, saya bagitau anda caranya.









Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor


Azura Zainalabidin


♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952











Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment