Sunnah Nabi S.A.W Sebelum dan Ketika Tidur

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu semua... Perkongsian hari ni ialah sunnah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W untuk kita semua amalkan termasuklah saya. 

1.  Sebelum tidur bacalah doa tidur. Selepas bangun pula, bacalah doa ketika bangun dari tidur.

2. Jangan sesekali menghadap kaki ke arah kiblat semasa tidur kerana ia adalah kedudukan orang yang kembali ke rahmatullah.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah sebelum tidur, jika mati pada malam itu, ia akan dikira sebagai mati syahid. Tasbih Fatimah ialah membaca SUBHANALLAH 33X, ALHAMDULILLAH 33X, ALLAHU AKBAR 33X.

4.  Baca 4 QUL kemudian di tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindari dari sihir dan kejahatan manusia.

5.  Niat untuk bangun menunaikan solat tahajud. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah kita bertahajud sepanjang malam.

6.  Sebelum tidur, ambillah wuduk dan dirikanlah solat sunat taubat sekurang-kurangnya dua rakaat.

7.  Maafkanlah semua kesalahan orang terhadap kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

8.  Tidur dengan mengiringkan badan ke kanan dan tapak tangan diletakkan di bawah pipi. Inilah sebaik-baiknya posisi tidur.

9.   Tidak disarankan tidur meniarap dan dalam keadaan berbogel.

10.  Jika memakai kain pelikat semasa tidur, ikatlah hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Banyak lagi sebenarnya sunnah Rasulullah S.A.W yang boleh diamalkan. Anda nak tambah maklumat, boleh tinggalkan di ruangan komen ok.. Mohon maaf andai ada kesilapan.


Sumber: Majalah Iman




Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment