Cara Mengatasi Masalah Anemia Semasa Hamil Untuk Mengelak Risiko Kepada Bayi


Assalamualaikum...Bersua kembali kita dengan cerita tentang kehamilan :) Apa khabar anda dan bayi hari ni? Diharap anda sihat selalu ya.. Hari ni saya nak cerita tentang masalah anemia semasa hamil. Pernah tak ibu hamil mengalami masalah low Hb atau anemia semasa hamil? Asal pergi pemeriksaan kesihatan, mesti nurse tulis kat buku pink guna pen dakwat merah menandakan bahawa bacaan Hb adalah rendah. Saya adalah salah seorang yang mengalami masalah anemia semasa hamil ketiga-tiga anak saya dahulu.



Apakah masalah anemia semasa hamil?

Masalah anemia semasa hamil berlaku akibat kekurangan zat besi di dalam badan wanita hamil. Komponen utama dalam sel darah merah iaitu zat besi, berperanan untuk menghantar/mengangkut oksigen ke seluruh badan. Apabila ibu hamil kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang diperlukan, maka anda akan mengalami masalah anemia.


Mengapa masalah ini berlaku?

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan ibu hamil mengalami masalah anemia semasa hamil. Diantaranya ialah :-

Mengalami anemia sebelum hamil.
Mengamalkan diet yang kurang zat besi (vegetarian)
Loya dan muntah yang teruk.
Hamil bayi kembar.
Jarak antara kehamilan yang rapat
Mengalami darah haid yang banyak (sebelum hamil).

Wanita hamil memerlukan lebih kurang 30 mg keperluan harian zat besi iaitu peningkatan sekali ganda berbanding wanita yang tidak hamil.

Jenis-jenis anemia semasa kehamilan adalah seperti:-

Anemia kerana kekurangan zat besi.
Anemia kerana kekurangan folat (folic acid).
Kekurangan Vitamin B12.




Gejala anemia semasa hamil boleh dikenalpasti seperti;

Cepat letih atau mudah berasa lemah tak bermaya
Pitam
Degupan jantung yang cepat
Wajah dan tapak tangan kelihatan pucat
Pernafasan tercungap-cungap.  
Tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas (hilang fokus).
Ujian darah menunjukkan bacaan hemoglobin yang rendah.

Tips Mengatasi Anemia Semasa Hamil.

1. Amalkan pemakanan yang kaya zat besi, folik asid, Vitamin B12, Vitamin C.

2. Mengamalkan supplemen iron (zat besi), folic asid, Vitamin B12 dan Vitamin C.


Makanan yang kaya sumber zat besi ialah:- daging, ikan, sayuran hijau seperti brokoli, kekacang, telur, bijirin yang kaya zat besi.




Makanan yang tinggi kandungan folik asid ialah:- sayuran berdaun hijau, buah-buahan, roti dan bijirin.

3. Selain itu, pastikan juga anda mengambil makanan yang membekalkan vitamin C semasa mengambil makanan yang mengandungi zat besi. Ini adalah kerana vitamin C membantu penyerapan yang lebih baik zat besi yang diambil.

Makanan yang kaya Vitamin C ialah:- Buah-buahan dan jus buah, strawberi, kiwi, tomato.

4. Selain daripada makanan yang disebut di atas, elakkan mengambil makanan bersumberkan zat besi bersama-sama dengan minuman kopi atau teh kerana ia boleh mengurangkan penyerapan zat tersebut.

5. Disamping itu, sudah semestinya anda semua tidak mahu membiarkan sahaja masalah anemia membelenggu anda sepanjang kehamilan. Sudah tentulah pengambilan supplemen tidak diabaikan. Dengan Vita-Lea, B. Complex Shaklee dan Vita C InshaAllah dapat membantu ‘menaikkan semula’ bacaan Hb yang rendah dan masalah kekurangan folat.


Antara risiko anemia semasa hamil ialah:

Anemia kerana kekurangan zat besi -

Bayi kurang berat badan semasa lahir.
Bayi pramatang (lahir tak cukup bulan)
Pemindahan darah terpaksa dilakukan jika ibu hamil mengalami kehilangan darah yang banyak semasa bersalin.

Anemia kerana kekurangan folat (folic acid).

Bayi kurang berat badan semasa lahir.
Bayi pramatang (lahir tak cukup bulan)
Bayi mengalami kacacatan neural tube atau spina bifida. 


Kekurangan Vitamin B12.

Bayi juga berisiko mengalami kecacatan nueral tube.


Diharap perkongsian kali ni dapat mendatangkan manfaat. Sehingga bertemu di lain entri, semestinya tentang dunia ibu-ibu hamil. Jaga diri dan bayi anda sebaik-baiknya. Salam sayang dari saya :))



Sumber:baby center

Nak tahu cerita seorang ibu mengenai masalah anemia beliau? Jom tonton..Sekejap je..
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.




 Untuk mendapatkan Vita Lea, B. Complex, Vita C dan Set Hamil, Klik butang order









Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

3 comments:

  1. Hb low saat mengandung sangat berbahaya. Ada baiknya ibu mengkonsumsi vitamin shaklee yang cukup nutrisi nya untuk ibu mengandung. Memang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis...paling dibimbangi risiko terhadap ibu dan bayi. Adik ipar saya sendiri mengamalkan set hamil Shaklee untuk mengatasi masalah low hB beliau dan Alhamdulillah bacaan hB dah naik sekarang ni

      Delete