Awasi Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) Semasa Hamil


Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah merupakan salah satu masalah kesihatan yang biasa berlaku pada wanita hamil. Sesetengah wanita hamil mengalami tekanan darah tinggi mungkin disebabkan oleh faktor genetik ataupun ada yang mengatakan bahawa berlaku masalah semasa bahagian uri berkembang. Semasa membawa Husna ke klinik ibu dan anak Isnin lepas, jururawat ada memberitahu bahawa faktor persekitaran dan gaya hidup juga boleh mempengaruhi perkembangan kesihatan ibu hamil.



Terdapat beberapa jenis tekanan darah tinggi yang dialami wanita hamil. Diantaranya ialah;

Tekanan darah tinggi dialami sebelum hamil.

Tekanan darah tinggi akibat hamil.

Pra-eklampsia.



Paling dikhuatiri kesan daripada tekanan darah tinggi terhadap ibu hamil ialah gejala Pra-eklampsia atau Eklampsia (Sawan). Ini adalah kerana gejala tersebut boleh menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang serta mendatangkan merbahaya terhadap janin.

Pra-eklampsia adalah satu keadaan apabila berlakunya tekanan darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing (protinuria). 


Antara tanda-tanda pra-eklampsia ialah:-

  • Bengkak (odema di bahagian kaki)
  • Sakit kepala,
  • Penglihatan terjejas,
  • Mengalami kesakitaan di perut, 
  • Loya dan muntah


Kesan-kesan lain Pra-eklampsia;

- Mengurangkan aliran darah ke plasenta,

- Perkembangan tumbesaran bayi tersekat disebabkan oksigen dan nutrien yang diterima bayi tidak mencukupi.



Di antara wanita hamil yang berisiko mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil ialah;

  • Berumur 40 tahun ke atas.
  • Obesiti
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil.
  • Pernah mengalami pra-eklampsia pada kandungan yang terdahulu.



Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil mempunyai risiko untuk mengalami pra-eklampsia, perkembangan bayi yang kecil berbanding usia atau uri terpisah dari rahim (placenta abruption).


Purata tekanan darah yang normal ialah di antara 110/70 atau 120/80. Jika bacaan tekanan darah menjangkau 140/90 doktor akan mengambil bacaan sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Anda tidak perlu risau kerana doktor akan membuat pemeriksaan rapi dan janganlah membandingkan bacaan anda dengan ibu hamil yang lain kerana bacaan normal bagi anda mungkin berbeza bagi ibu hamil yang lain.

Rawatan

Ibu hamil yang pernah mengidap tekanan darah tinggi semasa kehamilan yang terdahulu  disarankan mengambil aspirin 75mg setiap hari (sekali) bermula dari kehamilan di minggu ke 12 sehingga sampai waktu untuk bersalin.

Biasanya, doktor akan memberi ubatan seperti Methyldopa dan Labetolol. Ubatan seperti Angiotensin Receptor Blocker (ARB) dan Angiotension Converting Enzyme Inhibitor (ACE-I) tidak boleh digunakan semasa mengandung. 


Supplemen Shaklee Untuk Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

1. Omega Guard

- DHA dan EPA membantu melancarkan saluran darah, merendahkan kolesterol serta mengelakkan dari darah di dalam badan daripada membeku.

- Membantu mencegah penyakit berkaitan saluran dan strok.

- Membantu melegakan ketegangan di leher dan sakit kepala.

2. Vita-C

- Vita-C adalah antioksida yang membantu menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

- Membantu merendahkan kolesterol dan tekanan darah serta mengekalkan kapilari darah yang sihat.


Untuk maklumat lanjut mengenai Set Kehamilan, boleh KLIK DI SINI

Hingga berjumpa lagi di lain entri.







Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment