Gejala Loya Dan Muntah Semasa Hamil


Assalamualaikum....

Apa khabar mami gojes yang sedang mengandung? Sihat hari ni? Ada yang dah tak bermaya?  Apa taknya kalau sedari tadi lagi tak lalu nak makan...muntah memanjang je kerja nya. Memang la tak larat dibuatnya. Jadi hari ni saya nak cerita tentang masalah loya dan muntah semasa hamil. Kalau diberi pilihan, semua ibu hamil mesti tak nak rasa loya, mual-mual atau mabuk kehamilan. Tapi, demi nak dapatkan zuriat, semua wanita harungi juga ‘fasa sukar’ ni.





Kalau saya dulu, asal bangun pagi semasa nak gosok gigi itulah keinginan nak muntah membuak-buak. Lebih-lebih lagi kalau ubat gigi yang digunakan mempunyai aroma mint atau yang ‘berangin’ memang tak dapat tak mesti muntah air dibuatnya. Penyelesaiannya ialah, bertukarlah kepada ubat gigi tiada aroma. Pendekatan ini sedikit membantu bagi saya :) 

Punca loya dan muntah semasa hamil.

Diantara sebab yang dikatakan sebagai punca ibu hamil sering mengalami loya dan muntah semasa hamil ialah:-

Peningkatan hormon estrogen dan Human chorionic gonadotropin (hCG). Kedua-dua hormon ni meningkat secara mendadak di awal kehamilan. Wanita yang hamil bayi kembar mengandungi lebih banyak hormon tersebut yang menjadikan loya dan muntah mereka menjadi semakin teruk.

Tekanan, rasa lapar atau keletihan juga adalah faktor penyumbang kepada loya yang teruk. Jika anda mengalami muntah yang teruk sehingga tak mampu untuk makan atau minum kerana ianya (makanan/minuman) akan dikeluarkan semula melalui muntah, berjumpalah segera kepada doktor. 

Muntah dan loya yang teruk atau dikenali sebagai hiperemesis gravidarum boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi jika dibiarkan tanpa rawatan. Anda mungkin akan dipreskripsi ubat untuk mengawal loya dan muntah berlebihan serta akan diberi drip yang membekalkan cecair dan nutrien di dalam tubuh anda. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada mengalami dehidrasi akibat kekurangan air atau kekurangan nutrien penting. 


Bagaimana mengatasi loya dan muntah yang dialami

Untuk menghentikan serta merta rasa loya dan kekerapan muntah adalah muntah adalah mustahil, lebih-lebih lagi jika anda di trimester pertama kehamilan. Namun, usah risau ya mami gojes sekalian, kerana mabuk kehamilan ni boleh berkurangan menjelang bulan ke 4 anda hamil. Terdapat juga yang mengalaminya sepanjang kehamilan.

Cara yang boleh diguna pakai untuk mengatasi/mengurangkan mabuk hamil ni ialah:-

1. Jauhkan diri dari perkara/benda/makanan yang boleh merangsang rasa loya. Sebagai contoh, ada yang tak boleh nak cium bau wangian, bau masakan dan lain-lain. 

2. Makan dalam jumlah yang sedikit namun pastikan anda kerap mengambil makanan. Penambah tenaga segera jika tak mampu nak makan nasi ialah buah kurma yang sangat-sangat kaya dengan khasiatnya.

3. Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan perut meragam sekaligus menyebabkan anda termuntah. Makanan berlemak, pedas, bergoreng atau berempah seboleh-bolehnya dielakkan pengambilannya.

4. Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat serta kaya nutrisi. Dikatakan bahawa ibu hamil yang kekurangan vitamin B6 cenderung untuk mengalami mabuk hamil atau loya yang teruk. Justeru itu, pengambilan vitamin B6 boleh membantu mengurangkan loya.

Selain itu, makanan yang kaya asid folik sangat penting semasa kehamilan bahkan sebelum merancang untuk hamil pun asid folik ni perlu diambil untuk membantu mencegah risiko bayi dari mengalami kecacatan tiub neural seperti spina bifida.

Zat besi atau biasa kita panggil iron pula penting dalam membantu anda menghasilkan sel-sel darah merah bayi dalam kandungan.

Diantara supplemen Shaklee yang kaya dengan asid folik ialah B-Complex manakala Vita-Lea adalah mutivitamin dengan sumber zat besi.

Bagi yang mabuk hamil yang teruk sehingga tak mampu nak makan, anda bolehla mengamalkan ESP, Meal Shakes dan Performance Drink sebagai pembekal tenaga segera. Bukan itu saja, Performance Drink boleh membantu anda mengembalikan bendalir yang hilang dalam badan akibat kekerapan muntah dan kekurangan air untuk mencegah anda daripada dehidrasi.

Ibu hamil yang loya dan muntah teruk disarankan mengambil berat keadaan kesihatan anda dan janin di dalam kandungan. Ini adalah kerana di fasa trimester 1 sebegini, anda dan bayi berada dalam keadaan ‘fragile’. Tapi, usah bimbang kerana anda akan dapat melepasi tempoh ni. 

Anda yang ingin mendapatkan supplemen Shaklee seperti yang saya sebutkan tadi bolehlah order melalui sistem online kami dengan menekan butang order kat bawah ni ya. Ataupun jika nak dapatkan produk pada harga ahli (lebih jimat), boleh terus daftar keahlian. 


Klik sini untuk ESP, Meal Shakes dan Performance Drink



Klik sini untuk set ibu hamil











Salam Hormat

 
Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment