Kepentingan Asid Folik (B-Complex) Untuk Ibu Hamil


Jika dalam entri yang lepas saya dah sentuh tentang kepentingan kalsium dan zat besi semasa hamil, kali ni saya nak kongsikan tentang kepentingan asid folik (folat) terhadap ibu hamil. Sebagaimana yang telah saya kongsikan DI SINI, asid folik membantu untuk mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida pada bayi . Selain itu, ia juga sangat penting untuk perkembangan fizikal saraf bayi dan sel-sel yang lain. 

Menurut babycenter.com, spina bifida ialah satu keadaan yang berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul hingga mengakibatkan saraf tunjang bayi tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak di antara vertebrata. Untuk lebih mudah difahami, spina bifida bererti ‘sumbing tulang belakang’.

Menurut laman web tersebut juga, asid folik adalah merupakan salah satu vitamin dalam kumpulan B. Sumber makanan yang kaya dengan folat adalah seperti sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam, kekacang, ikan salmon, buah betik, oren serta bijirin sarapan.
Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.



Jumlah asid folik yang diperlukan

Untuk ibu hamil, seelok-eloknya mengambil sejumlah 400 mcg (mikrogram) asid folik setiap hari. Bilakah ianya diperlukan? Ianya perlu diambil sebaik sahaja anda merancang untuk hamil malah, pengantin baru sangat-sangat digalakkan mengambil asid folik. Manala tahu jika dimurahkan rezeki untuk hamil..


Fungsi setiap vitamin dalam kumpulan Vitamin B.

B1 - Thiamin = Untuk perkembangan otak bayi dan membantu otot, tulang dan jantung bayi berfungsi secara normal.



B2 - Riboflavin = Penting untuk kulit yang sihat, perkembangan tumbesaran dan penglihatan yang baik.




B3 - Niacin = Membantu menghasilkan hormon berkaitan jantina dan peredaran darah. Juga membantu dalam fungsi sistem saraf.

B5 - Pathothenic Acid = Merupakan nutrien yang diperlukan dalam pembentukan hormon dan kolesterol. Juga diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.

B6 - Pyridoxine Hydrocloride = Membantu badan menghasilkan beberapa neurotransmitter dan diperlukan untuk perkembangan dan fungsi otak. Juga membantu ketika ibu hamil mengalami gejala loya (morning sickness).



B7 - Biotin = Digunakan untuk mengatasi gejala rambut gugur dan ruam pada bayi.

B9 - Folic Acid = untuk membantu mencegah kecacatan tiub neural.



B12 - Cyanocobalamin = Diperlukan untuk sintesis DNA dan pembentukan sel darah merah yang sempurna.



Vitamin B adalah merupakan vitamin larut-air yang bermaksud vitamin ini mesti diambil setiap hari disebabkan badan kita tidak boleh menyimpannya. Jadi untuk mendapatkan kesemua vitamin B tersebut, selain daripada makanan yang telah saya sebut, anda juga boleh mengambil B- Complex Shaklee. Sebabnya ialah, B.Complex Shaklee lengkap dengan kesemua kumpulan Vitamin B yang saya sebutkan diatas. Yang paling penting ialah, sudah tentulah ianya selamat dan semulajadi.

Baiklah, jika anda nak dapatkan B. Complex anda hari ni, klik butang order kat bawah ni. 





Rujuk Disclaimer

Klik  sini untuk order Set Hamil Shaklee











Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment