Kesalahan Semasa Diet


Assalamualaikum.. Salam hujung minggu..

Dah baca entri tentang Mengapa Percubaan Untuk Kurus Tidak Berjaya? Hari ni tajuk saya ada sedikit kesinambungan daripada entri tersebut. Nak cerita tentang kesalahan semasa berdiet. Tanpa sedar, mungkin ada di antara anda yang sedang berusaha untuk berdiet melakukan kesalahan semasa berdiet. Nak tahu apakah kesalahan yang boleh merosakkan rancangan diet anda, jom teruskan membaca.





Kesalahan Semasa Berdiet

1. Kesilapan Mengira Kalori

Menurut pembacaan saya daripada laman Women24, kesilapan mengira jumlah kalori makanan yang diambil adalah kesalahan yang paling sering dilakukan mereka yang berdiet. Kesilapan yang dilakukan ialah kerana HANYA  mengira kandungan kalori yang diambil bagi MAKANAN UTAMA sahaja. Kalori pada snek yang diambil di antara sela waktu makan pula tidak dikira sedangkan jumlahnya kadangkala lebih banyak daripada makanan utama yang diambil.


2. Mengelak Waktu Makan

-  Anda selalu mengelak daripada makan pada waktunya? Nampaknya selepas ni, anda harus mengubah tabiat itu. Kajian mendapati bahawa orang yang sering mengelak mengambil sarapan, berat badannya adalah lebih berbanding mereka yang mengamalkan pengambilan sarapan.

Ramai orang yang berdiet beranggapan bahawa dengan mengelak waktu makan, mereka telah berjaya mengurangkan kalori yang diambil. Hakikatnya, mereka yang biasa mengelak untuk makan akhirnya akan mengambil makanan yang lebih banyak/banyak kalori apabila mereka makan.

Ada yang memujuk diri dengan berkata ‘tak pe la makan lebih sikit malam ni. Tadi siang aku tak makan pun’...

Bila dah rasa terpujuk, mula la bertambah nasi sepinggan menjadi dua pinggan. Bila nasi pinggan kedua habis, pujuk lagi diri.. ‘Eh nak tambah sikit je lagi, sedap pula makanan malam ni. Esok-esok aku diet lagi’... Sudahnya diet entah kemana, kalori yang diambil pula bertambah-tambah.




3. Fokus Jangka Pendek.

Apakah tujuan utama anda untuk berdiet? Ada yang berdiet kerana lagi 3 bulan nak bertunang. Ada pula berdiet kerana hujung tahun ada dinner, takut dress yang dibeli tak muat.

Biasanya, bila fokus untuk diet adalah untuk jangka yang pendek, bila impian tersebut dah tercapai, (nak bertunang/nak pergi dinner) anda akan mula ‘membalas dendam’ dengan menikmati makanan yang anda dah lupakan semasa berdiet atas alasan dah tak perlu untuk berdiet. 


4. Mengambil Saiz Hidangan Yang Banyak.

Ada yang membiasakan diri mengambil saiz hidangan makanan yang banyak. Tips untuk mengurangkan saiz hidangan ialah:-

  • Gunakan pinggan atau mangkuk yang kecil.
  • Sukat hidangan yang diambil dengan cawan penyukat. (kena disiplin yang tinggi ni).


5. Kurang Tidur

Jika anda sering tidak mendapat tidur yang mencukupi, tubuh kita akan menghasilkan hormon ghrelin yang merangsang nafsu makan. Hormon ni menjadikan kita sentiasa/cepat lapar dan menyebabkan kita sering berasa nak makan. Seboleh mungkin usahakan untuk mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam atau pun anda harus melawan nafsu makan anda.




Sehingga berjumpa lagi. Selamat beristirehat di hujung minggu :)


Sumber: laman FITNESS.COM









Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment