Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Hamil

Hari kita bercerita tentang pemakanan berkhasiat untuk ibu-ibu hamil. Semalam dah cerita tentang loya. Jadi, biasanya bila fasa loya dan muntah berakhir, ibu-ibu akan mula merasakan selera makan mula bertambah-tambah. Elokla tu kerana sebelum ni tak lalu nak makan kan.. Tapi, yang penting aspek kesihatan diri dan bayi, kebersihan dan khasiat makanan yang diambil hendaklah dititikberatkan. 




Mengapakah makanan berkhasiat dan bernutrisi tinggi diperlukan semasa hamil?

Ye la kan.. Ibu kan makan untuk dua orang (diri sendiri dan bayi) ..Jadi haruslah memakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi supaya khasiat tersebut dapat kat bayi juga.

Selain itu, makanan berkhasiat dan tinggi zat juga membantu supaya ibu hamil lebih sihat, bertenaga dan ceria. Kalau ibu kurang zat, kesihatan boleh terjejas sekaligus menjejaskan emosi, prestasi kerja pun menurun. Belum lagi dengan tugasan kat rumah dengan melayan kerenah anak-anak, suami.. Kalau ibu tak sihat, aura ‘sakit’ tu pun boleh terkena pada keluarga kat rumah tu..

Makanan berkhasiat juga diperlukan bagi menampung permintaan dari bayi dan keperluan ibu hamil sendiri. Bayangkan, dengan kandungan yang makin membesar hari demi hari, maka permintaan terhadap makanan berkhasiat pun mestilah turut meningkat. Mesti ibu-ibu tak nak perkembangan bayi mereka terjejas kan?  


Apakah makanan berkhasiat yang ibu hamil perlukan?

Sayuran hijau seperti sayur bayam, brokoli, kekacang - sumber asid folik (folat)

Ubi bit, sayur midin, beras perang, bijirin, telur  - sumber zat besi

Buah-buahan seperti oren, anggur, limau, betik, jambu - sumber vitamin C

Susu, dadih, sayur-sayuran, kacang soya, ikan bilis - sumber kalsium 

Ikan, telur, ayam, daging - sumber protein (sebaik-baiknya pilihla Non GMO soy protein iaitu ESP)

Buah-buahan, sayuran, bijirin penuh - sumber serat untuk mengelakkan sembelit.

Susu, telur - sumber vitamin A.

Ikan bilis, ikan salmon, ikan tenggiri, tuna - sumber DHA untuk perkembangan otak. Susu ibu dikatakan mengandungi jumlah DHA empat kali lebih tinggi daripada jumlah EPA (asid eicosapentaenoic)


Sewaktu pemeriksaan kesihatan bulanan di klinik, biasanya doktor akan mempreskrepsi beberapa vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil. Ibu hamil disarankan mengambil vitamin-vitamin seperti asid folik, zat besi, kalsium, vitamin C

Pengambilan vitamin tersebut dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan, membantu ibu hamil mendapatkan kesihatan yang optimum, mengurangkan risiko kelahiran pramatang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir akibat kekurangan nutrisi. 


Sekarang kita lihat pula kepentingan setiap vitamin kepada ibu hamil.


Zat besi (iron) membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Asid folik membantu untuk mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida bayi . Selain itu, ia juga sangat penting untuk perkembangan fizikal saraf bayi dan sel-sel yang lain.

Kalsium penting untuk pembentukan gigi dan tulang. Ibu hamil sangat memerlukan kalsium untuk menampung berat bayi secara fizikal.  Kalsium yang diperlukan ibu hamil adalah sebanyak 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari.

Kekurangan pengambilan kalsium boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran ketika melahirkan anak.

Vitamin A adalah penting untuk perkembangan organ-organ bayi dan sistem-sistem peredaran darah, pernafasan dan saraf. Ia juga membantu ibu hamil melawan jangkitan penyakit.

Vitamin C penting untuk membantu membina keimunan terhadap penyakit. Selain itu, ia juga penting untuk membantu penyerapan zat besi yang lebih baik.

Omega-3 merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ia sangat penting bagi membantu perkembangan otak janin, membentuk sistem saraf dan penglihatan (retina).

Kesemua supplemen/vitamin tersebut boleh didapati di dalam Set Ibu Hamil Shaklee. Ibu hamil tak perlu risau mengamalkannya kerana supplemen Shaklee adalah semulajadi dan selamat untuk diambil. Supplemen tersebut ialah

Vita-lea Iron Formula (Multivitamin)
B. Complex ( Asid Folik)
Vita - C
Omega Guard ( Omega-3/DHA)
Ostematrix (Kalsium)
ESP ( Protein )




Jika anda adalah ibu hamil yang mementingkan kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan, jagalah pemakanan seharain yang diambil dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat dan supplemen tambahan yang disyorkan doktor janganla culas untuk diambil. Jika berminat nak dapatkan Set Ibu Hamil Shaklee, boleh klik butang order kat bawah ni..







Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment