Masalah Sakit Gigi Semasa Hamil

Assalamualaikum...

Mummy gojes apa khabar hari ni? Hari ni nak kongsi pengalaman saya sakit gigi semasa hamil. Huhu...Masa tu tak kenal Ostematrix dan segalanya tentang Shaklee. Anda yang sempat merasa supplemen Shaklee semasa hamil sekarang ni memang beruntung .. Kalau anda nak tahu pengalaman saya sakit gigi semasa hamil, teruskan pembacaan ya..




Walaupun semasa hamil saya memang mengamalkan meminum susu. Supplemen yang diberikan semasa rawatan rutin pemeriksaan kandungan pun tak pernah missed saya ambil. Namun, cukup ke tak jumlah nutrien yang diambil semasa kehamilan memang saya tak tahu. 

Sehinggalah selepas bersalin, dan mula serius dengan Shaklee ni barulah saya tahu punca masalah sakit gigi yang dialami semasa mengandung ialah disebabkan kekurangan kalsium. Bayangkan, di usia kandungan 6 bulan dah mula sakit gigi. Tapi, masa tu tak berani lagi nak ke klinik sebab terbaca kat forum ibu hamil kesan buruk mencabut gigi semasa hamil. 

Lagipun masa tu, kandungan masih di trimester ke 2. Macam-macam cara tradisional la yang saya cuba sepanjang tempoh menahan sakit gigi tu. Antaranya ialah meletakkan cengkih pada gigi yang sakit, berkumur dengan air garam dan sebagainya. Yang musykilnya sakit gigi ni ialah, ia akan menyerang semasa nak tidur. Siang elok je tak sakit sikit pun. Bayangkan mak buyung (saya) sakit gigi tak boleh nak tidur. Hehe.. Alahai... Sabar je lah daku...




Hinggalah usia kandungan 7 bulan lebih, barulah saya memberanikan diri berjumpa doktor gigi. Setelah bertanya tentang risiko mencabut gigi bagi wanita hamil macam saya dan mendengar sendiri penerangan dari doktor barulah saya berani mencabut gigi tersebut. Itu pun setelah puas berfikir semasak-masaknya penerangan doktor. Tambahan pula, saya tiada masalah darah tinggi, jadi takda masalah untuk mencabut gigi menurut doktor tersebut. 

Masa tu memang dah tak sanggup nak menahan bisa akibat sakit gigi ditambah pula tak boleh nak tidur dengan aman di malam hari :) Walaubagaimanapun, jika anda sedang hamil dan juga mengalami masalah sakit gigi, berjumpalah dengan doktor terlebih dahulu dan, jangan lupa memberitahu usia kehamilan anda. Doktor tidak akan memaksa anda untuk mencabut gigi jika tiada keperluan yang mendesak.

Alhamdulillah proses mencabut gigi berjalan lancar. Tiada lagi masalah sakit gigi sehinggalah lebih sebulan lepas bersalin, gigi sebelah kiri pula yang sakit. Mak aihh...hebat sungguh penangan kurang kalsium mengandung anak bongsu ni.. Tengah-tengah menyusukan Husna di malam hari, masa tu jugala melayan sakit gigi. Hasilnya, gigi yang ni (kiri) pun dicabut juga. Sebagai ‘ganti’ kehilangan gigi saya yang dua batang tu, gigi Husna mula tumbuh seawal usia 6 bulan! Boleh dibayangkan betapa banyak kalsium saya telah diserap Husna..Hehe.. 

Inilah buah hati bongsu saya Husna :)
Walaupun kehilangan 2 batang gigi geraham semasa kehamilan kali ni, namun saya bersyukur kerana tiada perkara yang buruk yang terjadi terhadap saya dan bayi. Saya difahamkan bahawa kalsium yang kurang di kalangan ibu hamil boleh juga menyebabkan risiko praeklampsia atau masalah tekanan darah tinggi yang boleh membahayakan nyawa ibu dan anak.

Atas kesedaran itulah saya berkongsi pengalaman ini supaya ibu-ibu hamil kat luar sana tidak mengabaikan pengambilan kalsium semasa mengandung. Sebab utama kalsium yang mencukupi sangat penting ialah kalsium ibu hamil diserap oleh bayi untuk proses pembentukan tulang atau gigi mereka.

Sekarang ni, Ostematrix menjadi ‘sahabat baik’ saya demi menjaga kesihatan tulang dan gigi. Pesanan saya kepada anda semua samada yang sedang merancang untuk hamil, sedang hamil ataupun yang sudah melahirkan anak supaya sentiasa mengamalkan pengambilan kalsium dalam diet harian anda.

Jika anda ingin mendapatkan Ostematrix, boleh klik kat butang order kat bawah ni. Yang bagusnya mengenai Ostematrix ni ialah, di dalamnya juga mengandungi magnesium yang membantu penyerapan yang lebih kalsium yang diambil.




Untuk mendapatkan Ostematrix dan Set  Hamil Shaklee boleh teruskan pembelian di sini







Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment