Atasi Masalah Dengkur Agar Isteri Semakin Sayang

Tidur malam anda sering terganggu akibat dengkuran pasangan anda? Sebaliknya, pasangan anda begitu lena tidurnya. Kita yang dah terjaga dek dengkuran pasangan, bukan main payah nak melelapkan mata semula. Terpaksala kita memujuk mata yang dah merajuk tak dapat nak tidur tu. Masalah berdengkur semasa tidur memang tidak asing bagi kita, tetapi apabila dibiarkan begitu saja, bukan saja boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga, malah juga turut menjejaskan kesihatan!






Biasanya, berdengkur berlaku apabila kita terlalu letih pada waktu siang. Bunyi dengkuran dihasilkan oleh saluran pernafasan atas yang bergetar. Jika dengkuran adalah ringan, sederhana atau jarang, tiada apa yang perlu kita risaukan. Walaubagaimanapun, dengkuran yang kuat, tersekat-sekat ataupun terasa seperti tercekik semasa tidur, boleh jadi adalah tanda kepada masalah apnea tidur (pernafasan terhenti seketika semasa tidur) ataupun obstructive sleep apnea / sekatan apnea tidur (OSA).


SEKATAN APNEA TIDUR (OSA).

Sekatan apnea tidur (OSA) dirujuk sebagai saluran pernafasan bahagian atas yang tersumbat. Ia berlaku apabila semasa tidur, nafas terhenti beberapa kali walaupun pengidap cuba untuk bernafas.

Akibat nafas yang terhenti beberapa kali, maka jumlah oksigen yang sampai ke dalam darah menjadi kurang. Oleh itu, jantung terpaksa bekerja keras dengan mengepam darah lebih kuat bagi memastikan bekalan oksigen sampai ke seluruh tubuh. Biasanya tempoh kejadian nafas terhenti berlaku di antara 20 hingga 40 saat.

Apabila nafas kerap terhenti, tekanan darah menjadi lebih tinggi dan boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung ataupun strok.




Kesan buruk OSA.

  • Kerap pening kepala pada waktu siang akibat tidak cukup oksigen.
  • Daya ingatan terganggu.
  • Mood terganggu.
  • Mengalami kemurungan.
  • Kerap membuang air kecil pada waktu malam (nokturia).
  • Keinginan seks menurun.
  • Rasa amat mengantuk pada waktu siang.
  • Rasa amat letih.





Golongan berisiko menghidap OSA.

  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obes. 
  • Kebanyakan yang berdengkur ialah kaum lelaki iaitu sebanyak 57%.
  • Bahagian dalam atau tengah hidung didapati bengkok ataupun tulang patah.
  • Lidah yang besar, leher pendek dan besar serta berlemak.
  • Perokok.
  • Mengambil minuman beralkohol.
  • Tidak bersenam.
  • Amalan pemakanan yang kurang sihat.

Cara Mengatasi Masalah Berdengkur

1. Tidur pada posisi mengiring.

- Posisi terlentang menyebabkan lidah kita tertarik ke belakang dan ianya menyempitkan aliran udara. Aliran udara yang sempit menyebabkan saluran pernafasan terhalang dan menyebabkan dengkuran berlaku. 

2. Menurunkan berat badan.

- Berat badan berlebihan menyebabkan terdapat banyak tisu lemak pada saluran pernafasan yang menyebabkan berdengkur.

3. Elakkan minuman keras.

- Meminum minuman keras 4-5 jam sebelum tidur akan memburukkan lagi masalah dengkur. 


Kaedah rawatan OSA.

Rawatan terpenting bagi penghidap OSA ialah mengawal berat badan. Penghidap OSA yang obes disarankan menurunkan berat badan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti berhenti merokok dan mengambil alkohol serta bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Menggunakan mesin Nasal Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) di mana mesin ini membantu meningkatkan tekanan udara dalam tekak agar saluran udara tidak berhenti terbuka apabila pesakit menarik nafas. Dengan itu, pesakit dapat bernafas dengan lebih mudah.

Melalui pembedahan jika OSA adalah berpunca daripada masalah saluran pernafasan yang dapat diatasi dengan prosedur pembedahan. Contoh pembedahan adalah seperti membetulkan tulang hidung.

Bagaimana jika OSA dibiarkan tanpa rawatan?

Mari kita lihat pandangan Dr Asha, seorang Pakar Otolaringologi mengenai perkara tersebut.

“ Peluang mendapat komplikasi jantung amat tinggi jika OSA dibiarkan tanpa rawatan. Jika OSA menjadi amat teruk dan individu menghidapnya tidak mendapat rawatan walaupun mengalami sekatan nafas untuk tempoh panjang, tidak mustahil individu terbabit tidak terjaga langsung daripada tidur dan mati dengan tiba-tiba.”

Jadi, tidak ada sebab untuk kita membiarkan sahaja masalah OSA berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. Inilah masanya untuk melakukan perubahan dari segi diet dan gaya hidup kurang sihat yang diamalkan selama ini.

Masalahnya, tidak ramai yang memilih untuk menurunkan berat badan dengan kaedah yang selamat. Ada yang mengambil jalan pintas dengan mengambil pil kurus yang akhirnya menimbulkan kemudaratan ke atas kesihatan masing-masing.

Bagaimana Supplemen Membantu Atasi Masalah Dengkur

Persoalannya, adakah terdapat cara yang selamat untuk menurunkan berat badan? YA.. Semua ini tidak mustahil dengan supplemen semulajadi Shaklee. Bagaimana ia bertindak? Anda bolehla membaca mengenai SET KURUS SHAKLEE DI SINI untuk mendapat penerangan yang lebih terperinci.

Selain itu, vitamin yang sangat penting untuk kesihatan jantung ialah Vita E Complex
Apakah kaitan di antara berdengkur dengan kesihatan jantung? Memandangkan jantung bekerja keras untuk mengepam darah ke seluruh badan akibat OSA, maka seharusnyalah kita mengambil 800IU vitamin E setiap hari kerana ia membekalkan oksigen yang lebih untuk jantung yang sihat.

Jika selama ini anda dan pasangan tidak tidur sebilik disebabkan masalah dengkuran, anda BOLEH mengubah situasi ini. Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa bukan masalah berdengkur saja yang selesai, hubungan intim anda dan pasangan yang hambar selama ini juga boleh bersemarak semula! Kerana fungsinya yang sebeginilah maka Vita E Complex juga digelar vitamin cinta. Formulanya, sangat mudah iaitu dengan  mengamalkan Vita E Complex secara konsisten. 

Jadi, bersediakah anda mengembalikan kehangatan rumahtangga anda sebagaimana di awal perkahwinan dan mengekalkan keharmonian rumahtangga anda?

Tunggu apa lagi?? Bertindaklah sekarang. Hanya tinggal satu klik sahaja lagi. 



KLIK SINI UNTUK PANDUAN MEMBELI SUPPLEMEN SHAKLEE MELALUI ESELL



Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment