Bagaimana Menangani Masalah Sakit Sendi Di Usia Emas

Pernahkah ibu bapa anda mengadu tentang kesakitan pada bahagian lutut dimana kesakitan yang dirasakan adalah seolah-olah lutut mereka bergesel apabila hendak bergerak? Ataupun, anda sendiri pernah mendengar bunyi yang datangnya dari lutut mereka apabila hendak mengerakkannya?

Jika jawapan pada kedua-dua soalan di atas adalah YA, kemungkinan besar ibu bapa anda mengalami penyakit osteoarthritis. Penyakit osteoarthritis tidak hanya menyerang di bahagian lutut, malah ia juga boleh menyerang bahagian sendi seperti tangan, punggung dan urat.

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali dengan lebih lanjut apakah penyakit osteoarthritis. Perkataan osteo membawa maksud tulang manakala arthritis bermaksud radang sendi. Osteoarthritis berlaku apabila lapisan rawan pada permukaan tulang sendi menjadi haus dan menipis. Apabila perkara ini berlaku, lama-kelamaan berlaku geseran pada permukaan tulang dan mengakibatkan otot serta ligamen di sekeliling kawasan yang terlibat akan menjadi lemah.




Apakah tanda atau gejala Penyakit Osteoarthritis

Tanda-tanda yang biasa dialami pesakit ialah kesakitan pada bahagian sendi yang tidak tertahan, sendi membengkak dan kekejangan sendi. Pesakit akan merasa sakit setiap kali hendak melakukan sebarang pergerakan seperti bangun dari kerusi dan aktiviti lain. 





Golongan Berisiko Menghidap Osteoarthritis

Obesiti
Golongan berumur.
Sejarah keluarga yang pernah mengidap osteoarthritis.
Aktiviti atau sukan yang berisiko menyebabkan kecederaan ligamen.


Langkah Mencegah Osteoarthritis 

1. Kawal berat badan.

- Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, golongan obesiti adalah mereka yang berisiko menghidap osteoarthritis. Justeru, bagi mereka yang memiliki berat badan yang berlebihan atau obes, kunci utama untuk memiliki lutut yang sihat ialah dengan mengawal berat badan.

Ini adalah kerana kita tidak mahu terlalu membebankan otot-otot lutut dengan menampung berat badan kita yang berlebihan.

2. Senaman

- Melakukan senaman ringan seperti berjalan di taman atau berenang adalah antara langkah yang boleh dilakukan untuk menguatkan otot-otot sendi.

3. Hadkan pergerakan.

- Aktiviti seperti menaiki atau menuruni tangga, mencangkung atau melutut yang boleh membebankan sendi lutut hendaklah dikurangkan. Sekiranya kesakitan dirasai semasa melakukan aktiviti tersebut, anda hendaklah berhenti dan tidak memaksa diri untuk melakukan sebarang kerja. Memaksa diri melakukan aktiviti tersebut walaupun dalam keadaan sakit akan memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan rawan anda menjadi semakin menipis.


Kaedah rawatan

Terdapat beberapa kaedah rawatan untuk melegakan penyakit osteoarthritis. Tujuan rawatan adalah untuk memperbaiki fungsi sendi serta mengurangkan kesakitan. Ini sekaligus membolehkan pesakit menjalani aktiviti harian secara normal tanpa sebarang kekangan.

Antara kaedah rawatan yang boleh dilakukan ialah:-

Menggunakan pek ais jika diserang sakit sendi secara tiba-tiba. Selain itu, senaman yang bertujuan menguatkan otot sendi paha juga boleh dilakukan untuk mendapatkan sendi lutut yang stabil. Penggunaan tongkat juga disarankan bagi membantu supaya beban ke atas sendi lutut. Namun, pesakit tidak digalakkan menggunakannya untuk waktu yang lama bagi mengelakkan kebergantungan sepenuhnya terhadap alat tersebut.

1. Ubat Penahan Sakit.

- Ubat tahan sakit yang biasa digunakan ialah paracetamol dan tramadol bagi pesakit osteoarthritis yang mengidap gastrik atau ulser perut.

2. Ubat Anti Inflamasi Bukan Steroids (NSAIDs).

- Ubat jenis ini digunakan bertujuan untuk mengurangkan radang/inflamasi akibat sendi yang bengkak. Namun begitu, ubat jenis ini tidak digalakkan untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang kerana ia boleh menyebabkan gastrik dan menjejaskan fungsi ginjal/buah pinggang di kalangan warga tua.

3. Suntikan Sendi dengan Steroids.

- Ubat corticosteroids digunakan bagi kaedah suntikan bagi mengurangkan radang osteoarthritis. Walaubagaimanapun pelbagai kesan sampingan mungkin timbul jika digunakan secara berlebihan iaitu melebihi tiga kali suntikan dalam setahun.

Bagaimana Supplemen Membantu Menyokong Kesihatan Sendi

1.  Advanced Joint Health Shaklee boleh membantu menyokong kesihatan sendi dalam 3 cara iaitu:-

a. Meningkatkan keselesaan sendi dengan ekstrak Boswellia yang merupakan agen anti –radang semulajadi. Ia berperanan menghalang bahan kimia daripada menyerap tulang rawan yang menyebabkan keselesaan sendi.

b. Meningkatkan kesan kusyen antara sendi-sendi dengan ekstrak jagung (glucosamine). Glucosamine adalah komponen penting dalam pembinaan blok utama tulang rawan dan bendalir synovial. Beberapa penyelidikan perubatan mendapati bahawa glucosamine dapat membantu mengurangkan kesakitan dan membantu meningkatkan pergerakan sendi. Kerosakan pada struktur rawan sendi dapat dielakkan dengan menggunakan glucosamine pada jangka masa yang panjang.

c. Memelihara kesihatan tisu penyambung melalui komponen nutrien yang penting dalam kesihatan sendi iaitu vitamin C, zink, tembaga dan mangan. 

2. Ostematrix 
Memperbaiki simptom kejang, kebas, sakit sendi dan arthritis yang sering dialami.

3. Omega Guard
Paras asid lemak omega-3 larut di dalam tisu rawan membantu mencegah enzim yang membentuk tisu rawan daripada musnah.

 
4. VIVIX.
Kajian menunjukkan resveratrol di dalam Vivix berkesan mengatasi masalah keradangan, antioksidan, membaiki DNA dan menghalang sel dari bermutasi. Ia bukan saja sangat bagus untuk masalah sendi, malah masalah-masalah kesihatan lain juga.

5. Shaklee Collagen Powder.
Kolagen diperlukan untuk membaiki dan menguatkan tisu-tisu lembut di sekitar sendi. Jika tisu-tisu ini mengalami masalah, anda biasanya boleh mendengar bunyi krupp krappp (rangup) pada bahagian sendi yang sakit.


6. SR Vita C
Vitamin C sangat penting untuk menghasilkan kolagen. Kita terdedah kepada kekurangan vitamin C di dalam badan kita kerana ia sangat mudah keluar dari tubuh kita.

Baca juga KENALI ARTHRITIS DAN CEGAH DENGAN SET SENDI SHAKLEE.

Anda mempunyai banyak pilihan supplemen untuk mengatasi masalah kesihatan sendi memandangkan AJHT pun tiada di pasaran buat masa sekarang, 



Jadi, tiada sebab untuk kita pening dalam membuat pilihan.




Kita boleh memilih pelbagai kaedah rawatan seperti yang di atas. Namun, suka untuk saya nyatakan bahawa, menurut The Arthritis Foundation Malaysia (AFM), walaupun penggunaan ubat tahan sakit dan NSAIDs boleh melegakan kesakitan sendi tanpa kesan sampingan yang serius, penggunaan ubat-ubat tersebut ( ubat tahan sakit dan NSAIDs) untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan masalah buah pinggang dan jantung.

Justeru, adalah dinasihatkan pengambilan ubat hanyalah jika keadaan benar-banar memerlukan dan bukannya bergantung sepenuhnya terhadap ubat.

InshaAllah kita akan bertemu di lain entri. Terima kasih kerana membaca sampai habis. Semoga mendapat manfaat dan dapat membantu anda membuat pilihan bijak. Jika anda rasa anda ingin merasai sendiri keberkesanan supplemen Shaklee, usah ragu-ragu, yakinlah keputusan yang telah diambil. Semakin lama anda mengambil masa untuk berfikir, ingatlah betapa sakitnya ibu bapa anda yang sedang menanggung masalah sakit sendi lutut yang mereka alami. 

Hanya tinggal satu langkah saja untuk anda bertindak. Atau, anda bolehla menghubungi saya. 












Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. Terima kasih atas sharing yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...& terima kasih kerana singgah di sini :-)

      Delete