Tingkatkan Kesuburan Lelaki Melalui Pemakanan Tanpa Bantuan Ubat Kuat

Seperti wanita, kaum lelaki juga tidak terlepas daripada memerlukan makanan berzat untuk meningkatkan kesuburan mereka. Kesuburan lelaki juga menyumbang kepada kejayaan pasangan berkahwin untuk mendapatkan zuriat. Kalau sebelum ini kaum lelaki biasanya ambil mudah tentang apa yang mereka makan, diharap selepas membaca artikel ini, anda mengubah tabiat pemakanan demi kebaikan anda dan pasangan. Bukanlah sesuatu yang mustahil, pemakanan berkhasiat yang diambil dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Malah, tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa jika anda mengamalkan pemakanan yang betul, disamping penggunaan supplemen dan bersenam, anda mampu meningkatkan kesuburan anda tanpa menggunakan ubat kuat.



Jenis-jenis makanan yang akan saya kongsikan adalah sesuai untuk ; 

Pasangan pengantin baru yang ingin segera dapat anak.

Pasangan suami isteri yang dah lama menanti zuriat sendiri.

Pasangan suami isteri yang teruja nak menambah bilangan anak.

Pasangan yang akan melangkah ke alam perkahwinan sebagai persediaan awal.

Kaum lelaki yang menitikberatkan kesihatan & kemantapan fungsi kelakian mereka.


Makanan Untuk Kesuburan Lelaki

Sudahkah anda bersedia untuk mengetahui apakah kumpulan makanan yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan lelaki? Mari kita lihat apakah makanan tersebut.



1. Zink 

Makanan yang kaya sumber zink ialah tiram yang dipercayai sebagai ‘makanan anak jantan’, ayam, daging lembu atau kambing, lobak serta labu dan biji kuaci.

Zink adalah mineral penting yang diperlukan untuk aktiviti metabolisme badan, membantu kesihatan sistem imun, membina protein serta pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

Kekurangan zink yang serius di dalam badan boleh menyebabkan organ seks lambat matang, masalah impoten, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra matang dan masalah keguguran rambut.


2. Vitamin E

Asparagus adalah makanan yang kaya vitamin E yang berperanan membantu merangsang penghasilan hormon seks, meningkatkan keinginan seks dan menambah tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. Di samping itu, anda juga boleh mencuba bayam, badam atau kekacang untuk melihat bagaimana kesan makanan tersebut terhadap keinginan anda terhadap pasangan!


3. Vitamin C

Brokoli, labu atau buah-buahan seperti oren sangat kaya dengan vitamin C yang tinggi antioksida. Kandungan sulphoraphane di dalam brokoli dikatakan boleh membantu mencegah masalah prostat dan kolon di kalangan lelaki. 


4. Kumpulan vitamin B (B3 dan B6)

Vitamin B3 sangat penting untuk peredaran darah yang lancar ke seluruh tubuh kita. Peredaran darah yang terganggu menjejaskan lelaki/suami untuk berereksi. Bila kemampuan berereksi terganggu, maka ianya juga akan menurunkan keghairahan anda dan pasangan. Makanan yang kaya vitamin B3 ialah ayam, cendawan atau tuna.

Vitamin B6 pula boleh didapati daripada pisang, telur atau avokado. Ianya membantu meningkatkan hormon lelaki yang penting untuk merangsangkan keinginan seks. Enzim bromelain pada buah pisang pula dikatakan dapat menaikkan nafsu lelaki.


Bagaimana Pengambilan Supplemen Membantu Meningkatkan Kesuburan Lelaki

1. Zink Complex.

- Untuk mendapatkan sperma yang berkualiti. 

- Membantu dari segi meningkatkan bilangan sperma, melancarkan pergerakan sperma ke ovum dan dari segi bentuk.

- Membantu mengurangkan pembengkakan prostat dan 

- Membantu mengelak dari masalah mati pucuk.


2. Vitamin E dan Selenium 

- Membantu memperbaiki kualiti sperma 

- Membantu meningkatkan kesuburan khususnya dalam pergerakan sperma. 

- Selenium juga berfungsi melindungi pembengkakan kanser 

- Membantu mengekalkan kesihatan salur darah di dalam tubuh kita.


3. Sustained Released Vitamin C

- Sebagai anti-oksida yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh.

- Membantu membuang bahan kimia merbahaya dari tubuh kita.

- Menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel kita.


4. B. Complex

- Membantu kita melawan tekanan - faktor yang boleh menjejaskan kesuburan.

- Menggalakkan tumbesaran bayi & kanak-kanak yang sihat.

- Membantu dalam pembinaan DNA dan sel-sel baru.

- Membantu peredaran darah yang lancar.


Berapa Lama Masa Yang Diperlukan?

Inilah soalan yang sering saya terima. Untuk menjawab soalan ini, saya kongsikan apa kata Dr Hamid Arshat mengenai hal ini.

Nasihat untuk mereka yang berusaha untuk dapat zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk buang cyst/fibroid atau lain-lain, tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari, makan supplemen2 multivitamin, Vit E, C, folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk melihat keberkesanan.” 



Mudah je kan nak meningkatkan kesuburan lelaki? Jadi tiada sebab untuk anda mengabaikan penjagaan kesuburan anda. Semuanya adalah demi kebaikan anda dan pasangan. Saya pasti anda dah tak sabar nak melihat wajah anak hasil perkongsian hidup anda bersama pasangan tercinta kan? Jadi tunggu apa lagi.. Bertindaklah sekarang kerana fast action, fast result! Saya bersedia menanti anda untuk memberikan konsultasi yang terbaik. InshaAllah.


Satu klik saja lagi untuk anda meningkatkan kesuburan anda!






Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment