Apa Yang Menarik Tentang Kelas Kembara ASB 2015

Assalamualaikum..

Baru-baru ni, iaitu pada 28/3/2015 hari Sabtu, telah diadakan kelas anjuran kembara ASB untuk pengedar Shaklee Sarawak, Kota Bahru & KL. Ada yang bertanya, ASB tu kumpulan amanah saham ke? Ok, sebenarnya, ASB ni adalah kumpulan Aku Sayang Bini. Ditubuhkan oleh para suami yang begitu komited dan menyokong sepenuhnya penglibatan isteri mereka di dalam Shaklee. 

Memandangkan ini adalah kali pertama kelas sebegini diadakan di Kuching, saya memang tak nak melepaskan peluang untuk turut serta. Bukan pengedar Shaklee dari Kuching je yang hadir pada hari tu, malah ada peserta yang sanggup memandu selama 7 jam dari Kanowit ke Kuching semata-mata nak dapatkan ilmu.








Dari kanan ; Pn Salmiah, Pn. Adilah Manaf, saya dan Cik Maszuriana



Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur kerana dapat hadir di majlis ilmu ni. Yang paling seronok selain dapat ilmu baru, mestilah dapat berjumpa dengan mentor saya iaitu Adilah Manaf Celikvitamin!

Bukan sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang 4 jam kelas berlangsung. Antara perkara asas yang dipelajari adalah cara memasarkan produk melalui kaedah menjual tanpa menjual.. Eh...bagaimana tu? Ha..di dalam kelas ni, kami diajar tentang teknik tersebut :)

Selain itu, kami juga diajar cara nak melayan/berkomunikasi dengan pelanggan, cara pemasaran melalui medium online seperti Facebook dan blog juga diberi tunjuk ajar. Walaupun tajuk-tajuk yang diajar kelihatannya macam sangat mudah, namun impaknya sangat besar terutamanya bagi newbies (macam saya) yang tiada asas untuk memulakan perniagaan. Takkan nak terus bermula dengan sesuatu yang advance tanpa asas yang kuat terlebih dahulu kan?

Disaat saya sedang menaip entri ni, kumpulan ASB masih lagi sedang giat menjalankan kelas kembara ilmu nun di Semenanjung sana.. Jika anda berminat untuk sertai kami, apa yang perlu anda lakukan ialah bertindaklah sekarang dengan KLIK DI SINI untuk langkah seterusnya. Ingat!! Fast action fast result..


Anda Mungkin Juga Berminat Untuk Membaca:-



Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Terima kasih atas sharing ni.

    Semoga majlis ilmu ni dapat memberikan manfaat kpd semua.

    Lepas ni azura pulak boleh buat kelas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Tuan Fahmy..kena menuntut lebih ilmu dari sifu nampaknya nanti :)

      Delete