Kesan GST Kepada Pengguna Dan Bagaimana Cara Mengukuhkan Kewangan


Semenjak GST dilaksanakan pada 1 April yang lalu, saban hari ada sahaja berita yang kita dengar mengenai harga yang perlu dibayar pengguna semasa membeli barangan atau perkhidmatan yang digunakan. Rata-rata pengguna menyatakan mereka terkesan dengan GST dan ini termasuklah saya sendiri. Saya pasti, kita sebagai pengguna semakin terasa bahang GST hari demi hari.

Namun, sampai bilakah kita harus menanggung kesan akibat GST? Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh dan bersikap tunggu dan lihat? Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengukuhkan lagi kewangan atau belanjawan di dalam keluarga kita?


Bagaimana Cara Mengukuhkan Kewangan



Cara Nak Jadi Orang Yg BERBAKAT from iReach HD on Vimeo.


Sudahkah anda melihat video tadi? Jika YA, anda pasti sedang memikirkan apakah bakat yang anda miliki.

Bagaimana bakat mempunyai kaitan dengan cara mengukuhkan kewangan? Saya akan kupas sebentar lagi. Sambil-sambil tu, kawan-kawan boleh sediakan pen dan kertas untuk mencatat apakah bakat yang kawan-kawan miliki.


1. Mulakan Perniagaan Sendiri / Cari Pendapatan Sampingan.

- Ya, dengan bakat memasak, melukis, membuat kraftangan atau hasil pertukangan, menjahit dan bermacam-macam bakat lagi yang kawan-kawan miliki, percayalah anda boleh memulakan bisnes sendiri sebagai pendapatan sampingan. 

Masih tak tahu apakah bakat yang anda miliki? Anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk menyertai kami. Tiada kemahiran? Itu semua bukanlah masalah kerana saya sendiri bermula dari kosong. Kami akan membantu anda dengan coaching berterusan di dalam group tertutup kami.

Alhamdulillah, jika dahulu bergantung sepenuhnya dengan duit gaji, kini saya juga mempunyai pendapatan sampingan :)




2. Bayar Diri Sendiri Dahulu.

- Hasil pendapatan yang anda perolehi, anda haruslah memperuntukkan sejumlah wang untuk dijadikan simpanan. Perkara ini memerlukan disiplin yang tinggi kerana biasanya kita cenderung untuk membelanjakan duit yang diperolehi terlebih dahulu hingga akhirnya tiada baki wang untuk disimpan.

Nota : Pastikan gaji bersih telah ditolak dahulu dengan zakat.





3. Rancang Perbelanjaan.

- Tabiat tidak mencatat senarai barang yang perlu dibeli menyebabkan kita cenderung membeli sesuatu yang tidak dirancang. Secara tak langsung, kita berbelanja lebih dari keperluan dan kadangkala barang yang dibeli tersebut langsung tidak digunakan. Bukankah kita telah membazir?


4. Melabur Wang Ke Dalam Saham Amanah

-  Antara skim pelaburan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB),  Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) atau Saham Amanah @ Unit Trust.


Mengapa Kita Perlu Menambah Pendapatan?

Saya pasti kawan-kawan semua mempunyai jawapan tersendiri untuk soalan tersebut. Mari kita bayangkan, jika perbelanjaan kita melebihi kemampuan, apakah yang akan terjadi?

Jika kita tidak menambah sumber pendapatan, mahu atau tidak, kita haruslah:-

1.Memotong perbelanjaan bulanan ( agak sukar dengan kenaikan kos hidup pada masa kini).


2.Jangan membuat hutang baru.


Masih ragu-ragu untuk membuat keputusan? Saya tinggalkan anda dengan kata-kata Rich Dad seperti di dalam buku Robert T. Kiyosaki

“Mengatakan ‘Saya tidak mahu....’adalah penghalang kejayaan kita.”


Sehingga bertemu di lain entri, mohon maaf atas kekurangan dan saya menunggu anda menghubungi saya bagi yang benar-benar berminat untuk menyertai kami :)




Your Shaklee Independent Distributor


Azura Zainalabidin


♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE


♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment