Tips Kurus Selepas Bersalin Supaya Kelihatan Seperti Dara Sunti

Kurus selepas bersalin adalah impian tiap wanita. Ini adalah biasa bagi ibu-ibu yang ingin tampil cantik dan menarik di mata suami walaupun dah beranak pinak. Namun, tidak semua wanita yang telah bersalin berjaya mendapatkan semula bentuk badan yang diidam-idamkan. Ada ibu yang tertekan kerana berat badan semakin menaik bagaikan dipam-pam. Jadi, buat ibu-ibu yang sedang stress tu, silakan membaca perkongsian saya kali ni kerana saya akan memberi tips kurus selepas bersalin khas untuk anda.


Sebelum saya kongsikan tips bagaimana nak kurus selepas bersalin, apa kata kita lihat dulu video daripada Puan Salwa.



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.


Saya pasti ibu-ibu mesti teruja setelah melihat perkongsian Puan Salwa tadi kan? Sebelum pergi lebih lanjut, kita ketahui apakah punca yang menyebabkan berat badan naik selepas bersalin.


Faktor menyebabkan berat badan naik setelah bersalin :-

1. Pengambilan kalori yang berlebihan daripada jumlah yang sepatutnya diambil.

2. Pemakanan yang tidak seimbang. Misalnya kerap mengambil makanan yang berminyak, bergoreng, bersantan, makanan segera atau makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula.

3. Mengabaikan sarapan.


Mengetahui punca sesuatu perkara sangat penting kerana dari situlah ibu-ibu dapat mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil.


 Tips Untuk Kurus Selepas Bersalin.

1. Menjaga Pemakanan.

- Ibu-ibu disarankan mengamalkan makanan yang tinggi serat seperti bijirin penuh (oatmeal), roti gandum penuh serta kekacang. Serat sangat penting untuk proses menurunkan berat badan. Ini adalah kerana ia menyebabkan proses pergerakan makanan dalam sistem pencernaan menjadi lambat, sekaligus membuatkan kita rasa kenyang.

- Elakkan makanan yang pedas, menggunakan santan yang banyak, berlemak serta makanan yang manis.


2. Menyusukan Bayi Secara Konsisten.

- Dengan menyusukan bayi anda secara eksklusif, tahukah ibu-ibu sekalian bahawa anda telah membakar kalori sebanyak 500 - 600 kalori setiap hari? Bukan itu saja, kalori yang dibakar adalah menyamai seolah-olah ibu-ibu sedang melakukan senaman aerobik selama 2 jam setiap hari!

Menurut kajian pada Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika, penyusuan susu ibu mampu membakar lemak di sekitar punggung dan pinggul dengan berkesan.

Jika anda memang menyusukan bayi secara eksklusif namun berat badan masih tidak berkurangan, jangan risau kerana ini adalah berkemungkinan disebabkan kadar metabolosme yang rendah. Jadi, bagaimana nak meningkatkan metabolisme? Teruskan pembacaan anda kerana poin seterusnya boleh membantu anda.


3. Jangan Abai Sarapan.

- Perkara yang sering kita terlepas pandang adalah dengan sering mengabaikan pengambilan sarapan. Pengambilan sarapan sangat penting terutamanya bagi ibu yang mengadu metabolisme mereka rendah. Dengan bersarapan setiap hari, ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan kita.

Pembakaran tenaga berlaku lebih cepat dan lebih banyak kalori yang akan dibakar apabila metabolisme ibu-ibu adalah tinggi.

4. Mengamalkan Set Berpantang Premium Shaklee.

- Mengapa set berpantang premium Shaklee? Apakah kelebihannya?

Haa..kalau anda nak tahu, di dalam set berpantang premium ni, terdapat supplemen yang berfungsi untuk menurunkan berat badan. Di samping itu, anda tak perlu risau menggunakannya kerana ianya sangat breasfeeding friendly. Maksudnya, ianya tidak menjejaskan pengeluaran susu ibu, asalkan, ibu-ibu mengamalkan konsep demand & supply semasa menyusukan bayi anda.

Kalau anda nak berkenalan set berpantang Shaklee, bolehla RUJUK DI SINI.


5. Ambil Air Suam Yang Mencukupi.

- Berapakah jumlah air suam yang mencukupi? Setiap 25kg berat badan, kita memerlukan 1 liter air. Maka, jika berat anda 50 kg, jumlah air yang diperlukan ialah 50kg. Kekurangan air bagi ibu yang menyusukan bayi boleh menjejaskan penghasilan susu ibu dan juga boleh menyebabkan ibu mengalami dehidrasi.


Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini. Jika anda ingin mendapatkan set berpantang premium Shaklee, jangan tunggu lama-lama. Sebelum lelemak bermaharajalela pada tubuh anda, lebih baik anda bertindak sekarang.


Hanya satu langkah lagi untuk anda mendapatkan kembali tubuh badan seperti anak dara!













Salam Hormat



Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. wow menariknya tips... haa teringin gle nak berat cam anak dara :(

    ReplyDelete