8 Tips Menguruskan Uri/Plasenta Sebagai Panduan Kaum Suami

Assalamualaikum..

Ada tak dikalangan kawan-kawan yang sedang menunggu masa untuk bersalin? Bagi  yang bakal bergelar ibu buat pertama kali, tentunya perasaan teruja semakin memuncak dan persiapan menyambut kelahiran bayi sedang rancak dilakukan. Hari ni, Zura nak kongsikan tips nak menguruskan uri/plasenta supaya suami kawan-kawan tak kalut bila tiba masanya nanti :)

Hukum Menguruskan Uri

Uri atau plasenta merupakan sarung yang menutupi serta melindungi bayi semasa di dalam rahim. Fungsinya ialah membekalkan oksigen serta zat makanan daripada ibu kepada bayi.

Menurut mazhab Syafie, uri adalah sebahagian daripada tubuh manusia dan ianya tidak sama dengan uri haiwan. Oleh itu, menguruskan uri dengan baik adalah SUNAT.  




8 Tips/Panduan Menguruskan Uri

1. Bersihkan uri dari darah.

2. Hilangkan bau serta lendir pada uri dengan menggunakan asam jawa dan garam. Ini bertujuan untuk mengelakkan ia dihidu/dimakan haiwan. Namun, niat hendaklah dijaga supaya kita tidak terjebak dalam kepercayaan khurafat atau syirik.

3. Setelah uri siap dibersihkan dan telah hilang bau/lendir, bungkus uri menggunakan kain bersih. Sebaik-baiknya kain yang digunakan adalah berwarna putih.

4. Tiada bacaan doa tertentu semasa menanamnya, memadai dengan membaca Basmallah serta berselawat sebagai tanda bersyukur.

5. Hendaklah ditanam sekurang-kurangnya sedalam 1-2 kaki untuk mengelakkan daripada diselongkar haiwan.

6. Ditanam di tempat yang selamat daripada haiwan. Tempat menanam tidak semestinya di kawasan perkuburan atau masjid/surau.

7. Seelok-eloknya uri hendaklah diuruskan dalam tempoh 12 jam selepas kelahiran. Elakkan menyimpannya terlalu lama supaya tidak berbau.

8. Jauhi perkara-perkara khurafat atau syirik.


Bagaimana Mengelakkan Daripada Melakukan Perkara Khurafat?

Tips yang ke 8 tu memang sangat-sangat perlu kita ambil perhatian. Apa tidaknya, terdapat pendapat atau amalan tradisi yang tanpa kita sedari menyebabkan kita terjebak dengan khurafat.

Di antaranya, dikatakan jika uri bayi ditanam bersama dengan pensel, bayi tersebut akan menjadi seorang yang bijaksana.

Dengan meletakkan duit syiling atau paku, dipercayai dapat mengelakkan bayi daripada terkena kembung perut atau diganggu makhluk halus.

Moga-moga kita semua dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara tersebut kerana ianya tidak mempunyai asas dalam Islam. InshaAllah kita akan bertemu lagi di lain entri. Semoga kawan-kawan semua mendapat manfaat daripada perkongsian Zura kali ni.



Salam Hormat







Sumber: Berita Harian ruangan AGAMA
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment