Alahan Makanan: Usah Dipandang Remeh Demi Keselamatan Anak Tersayang

Assalamualaikum..

Pernah tak di kalangan ahli keluarga kawan-kawan yang mengalami alahan makanan? Bila bercerita mengenai alahan makanan, Zura teringat peristiwa bila Damia mengalaminya. Bila dikenang-kenang semula, betapa bersyukurnya Zura kerana tiada berlaku kejadian yang tidak diingini. Menurut doktor yang merawat Damia, apabila alahan menyebabkan seseorang mengalami kesukaran bernafas, itu adalah merupakan tanda amaran kerana ianya boleh membawa maut!





Alahan bukan masalah enteng

Perkataan alergi berasal daripada perkataan Greek, allon argon yang bererti tindak balas berlainan. Ia dikatakan alergik atau alahan apabila berlaku terhadap seseorang.

Setelah anak sendiri mengalami alahan serta mendengar sendiri penerangan doktor, terdetik di fikiran saya mengenai betapa bahayanya alahan makanan dan tidak boleh dipandang enteng.

Alahan berlaku akibat tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.

Antara makanan yang boleh menyebabkan alahan

  • Susu lembu,
  • Telur,
  • Kekacang/ kacang soya
  • Ikan
  • Hidupan laut seperti udang, ketam, sotong, kerang, tiram, siput, belangkas.




Damia dahulu terkena alahan setelah memakan telur udang. Sebelum ni memang takde masalah apabila memakan udang. Sekarang ni, Zura dah siap-siap masukkan udang dalam senarai makanan yang anak-anak tak boleh makan seperti yang disarankan doktor supaya merekod makanan yang boleh menyebabkan alahan.

Satu pelajaran yang Zura pelajari setelah mengalami kejadian sebegini ialah untuk sentiasa peka dengan pemakanan anak-anak. 


Simptom alahan makanan.

Kebiasaannya, reaksi/simptom alahan terhadap makanan membabitkan tiga bahagian iaitu sistem pencernaan, kulit dan sistem pernafasan.

1. Sistem pencernaan.

-Simptom yang ditunjukkan adalah seperti perut memulas, loya, muntah-muntah serta mengalami cirit-birit.

2.Kulit.

- Angioedema - Bengkak kelopak mata dan bahagian badan lain.
- Kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan pedih - ( Nota: Damia menunjukkan simptom ini)

3.Sistem pernafasan.

-Lelah atau termengah-mengah diikuti kesukaran bernafas.

-Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah menurun, saluran nafas tersekat malah boleh menyebabkan maut akibat sistem jantung tidak berfungsi.




Bilakah seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?

Biasanya, gejala alahan berlaku dengan pantas iaitu dalam masa beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Terdapat juga kejadian di mana tanda -tanda alahan berlaku setelah beberapa jam makanan dimakan.

Semasa Damia terkena alahan, Zura dapati ianya berlaku dalam masa 2 jam lebih setelah makan tengahari. Pada permulaannya, timbul bintik merah pada mukanya. Tidak lama kemudian, bintik merah itu merebak ke tangan dan badan serta menjadi gatal. Sebelum keadaan berlarutan, Zura & suami tak tunggu lama dan terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana merasakan ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku kepada Damia.

Selepas kes alahan melibatkan Damia, ada juga berlaku alahan terhadap anak sulung Zura (Hakim) di mana simptom yang ditunjukkan ialah bengkak di bibir. Setelah dikenalpasti, makanan yang diambilnya ketika itu ialah kuah kacang. 

Daya Tahan Sensitif

Soalan anak sulung Zura semasa mula-mula terkena alahan ialah mengapa dahulu dia tidak pernah mengalami alahan? Agaknya dia tak puas hati sebab Zura dah tak kasi dia makan kuah kacang hehe.. Sebenarnya, Zura pun terfikir juga soalan yang sama, namun tak terfikir nak bertanya kepada doktor yang merawat Damia dulu.

Setelah lama mencari, akhirnya bertemu juga jawapannya :D.. Menurut Dr Zubaidi Ahmad, Doktor Kanan Kumpulan Penawar Sdn Bhd, deria tahan seseorang yang mengalami alahan adalah sensitif.

Alahan akan berlaku apabila seseorang terdedah kepada penyebab alahan beberapa kali. Jika seseorang itu mempunyai genetik alahan, apabila memakan makanan laut (sebagai contoh) buat pertama kali, dia tidak akan mengalami apa-apa masalah, TETAPI proses pembentukan alahan mula berlaku.

Setelah proses pembentukan alahan telah lengkap, maka, tindak balas alahan akan berlaku pada bila-bila masa.


Langkah pencegahan

* Jika mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah mengalami alahan, sentiasa berhati-hati dengan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Jika boleh, elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan berlakunya alahan berlaku. Kalau dah teringin sangat tu, boleh beri dalam kuantiti yang sedikit. (tapi kena monitor perkembangan selepas makan ye).

* Jika menghantar anak ke rumah pengasuh, kena inform kepada mereka mengenai masalah alahan makanan yang anak kita pernah alami.

* Jika terdapat sebarang gejala/simptom yang timbul disyaki akibat alahan makanan, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Sehingga artikel ini ditulis, Alhamdulillah, Hakim & Damia tiada mengalami alahan makanan lagi. Walaubagaimanapun Zura masih lagi sentiasa berwaspada, bab-bab makanan mereka ni. Pernah la juga try bagi mereka makan kuah kacang & udang..lepas tu cepat-cepat bagi diaorang makan Omega Guard. Alhamdulillah, sekarang ni memang konsisten memberi mereka Omega Guard memandangkan ianya memang baik untuk memperbaiki masalah alahan kulit. Di samping itu, Zura selalu juga sapu badan mereka dengan krim serba guna Herbal Blend. Pantang nampak merah-merah sikit, walaupun akibat gigitan nyamuk, terus je sapu krim tu.

Diharap perkongsian Zura ni dapat memberi manfaat terutamanya kepada ibu bapa kat luar sana yang mempunyai anak yang mengalami masalah alahan makanan. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri ;)



Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call | Whatsapp: 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment