7 Tanda Ibu Hamil Terpaksa Berbuka Puasa Demi Keselamatan Diri Dan Bayi


Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, Zura nak kongsikan kepada ibu-ibu hamil mengenai tanda-tanda yang menunjukkan ibu hamil terpaksa berbuka puasa dengan segera. Dalam Islam, ibu hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu keringanan yang ditawarkan.



1. Pengsan, pening kepala yang serius, keletihan melampau, atau lemah walaupun telah berehat.




2. Mengalami loya atau muntah-muntah.

3. Pantau pergerakan bayi (aktif bergerak/kurang bergerak@menendang) bagi ibu-ibu yang hamil melebihi 20 minggu.

4. Mengalami tanda-tanda dehidrasi seperti sangat haus atau urin berwarna gelap serta berbau kuat.

5. Mengalami kesakitan seolah-olah hendak bersalin.

6. Demam.

7. Mengalami hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang rendah).


Berbuka puasa dengan segera adalah perlu jika ibu hamil mengalami simptom di atas. Ibu-ibu hamil disarankan samada meminum air yang mengandungi garam & gula, ubat dehidrasi ataupun Performance Drink bagi mengatasi masalah dehidrasi.

Terdapat juga ibu hamil yang dilarang berpuasa oleh doktor atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan seperti mengalami:-

1. GDM - kencing manis semasa hamil.

2. Asma kronik.

3. Mengalami tekanan darah tinggi tak terkawal.

4. Hamil bayi kembar.

5. Berisiko melahirkan bayi pramatang.

6. Mengalami komplikasi kehamilan yang serius.

7. Penyakit buah pinggang.


Ibu hamil yang berada dalam kumpulan risiko seperti di atas hendaklah menggantikan puasa yang telah tertinggal. Bagi ibu hamil yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang berpuasa di bulan yang mulia ini.

Tips Untuk Ibu Hamil Yang Berpuasa.

1. Elakkan/jauhi tempat/perkara yang boleh memberi tekanan kepada anda dan sentiasa bertenang.

2. Elakkan melakukan aktiviti yang memerlukan anda mengeluarkan tenaga yang banyak supaya anda tidak mudah letih dan untuk mengelak dehidrasi.

3. Rancang aktiviti yang bakal dilakukan.

4. Elakkan berjalan ke tempat yang jauh serta membawa barang berat.

5. Kurangkan aktiviti lasak dan meletihkan.

6. Dapatkan rehat secukupnya.

7. Minum banyak air (2-3 liter) sepanjang tempoh berbuka puasa hingga waktu sahur supaya badan segar dan bertenaga.




Diharap ibu hamil kat luar sana mendapat panduan daripada perkongsian kali ni. Zura doakan agar ibadah kita semua berjalan lancar nanti dan dipermudahkan. Jika ada di antara ibu hamil yang berhasrat untuk mendapatkan Set Mighty 3 Gems untuk persediaan di bulan Ramadhan, hubungi Zura di talian 016-800 4628.




Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 





sumber: babycenter
              ikim.gov.my

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment