Kesan Kencing Manis Terhadap Ibu Hamil Yang Mesti Diambil Perhatian

Assalamualaikum

Gestational Diabetes adalah diabetis atau kencing manis yang bermula setelah wanita didapati hamil. Kencing manis semasa hamil biasanya berlaku pada pertengahan atau di lewat usia kandungan. Bagi ibu hamil yang mengalami kencing manis semasa hamil, pastinya mereka tertanya-tanya apakah kesan kencing manis terhadap kehamilan mereka. Jadi, dikesempatan ini, Zura akan kongsikan mengenai kesan kencing manis terhadap ibu hamil.




Kesan Kencing Manis Terhadap Ibu Hamil

Tidak dinafikan, terdapat ramai ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil tidak mengalami masalah sepanjang tempoh hamil dan bayi yang dilahirkan juga dalam keadaan sihat. Namun, terdapat sebilangan kes di mana kencing manis mendatangkan masalah serius kepada ibu dan juga bayi.

Di antara kesan kencing manis terhadap ibu hamil ialah:-

1. Bayi membesar secara berlebihan  di dalam rahim akibat respon terhadap paras gula yang tinggi.

2. Ibu disarankan bersalin lebih awal (induction) dari tarikh jangkaan bersalin (due date).

3. Risiko kegagalan proses induction juga mungkin berlaku dan ibu tidak dapat melahirkan bayi secara normal dan terpaksa bersalin secara pembedahan (caesaerean).

4. Terdapat kemungkinan risiko bahu bayi tersangkut semasa bersalin secara normal.

5. Risiko bayi maut di dalam rahim ( in utero death).

6. Bayi mengalami paras gula rendah (hipoglisemia) atau jaundis selepas dilahirkan dan dimasukkan ke wad rawatan rapi untuk pemerhatian pakar paediatrik.

7. Bayi berisiko untuk menghidap kencing manis apabila dewasa kelak.

8. Bayi berisiko mengalami kecacatan saraf (spina bifida).



Bagaimana kencing manis semasa hamil (GDM) berlaku?

Diabetes berlaku apabila badan seseorang tidak dapat menghasilkan insulin yang berfungsi untuk mengawal gula dalam darah yang secukupnya. Semasa proses kehamilan, ibu hamil akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk keperluan bayi di dalam kandungan. 

Ibu hamil akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah apabila badan mereka tidak dapat menyediakan insulin tambahan dan menyebabkan kencing manis.




Wanita yang berisiko tinggi mengalami kencing manis semasa hamil ialah:-

1.Mempunyai indeks jisim badan (BMI) melebihi 30.

2.Pernah melahirkan bayi bersaiz besar iaitu dengan berat badan 4kg atau lebih.

3.Menghidap kencing manis sebelum hamil.

4.Mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis.

5.Berumur lebih daripada 35 tahun.




Kaedah Rawatan Bagi Ibu Hamil Yang Mengalami Kencing Manis.

1. Mengawal pemakanan/diet dengan mengamalkan diet yang seimbang.




2. Melakukan senaman untuk ibu hamil.

3. Mengurangkan kandungan gula dalam darah dengan menghadkan pengambilan makanan atau minuman yang manis.

4. Jika paras gula dalam darah masih tinggi walaupun senaman dan diet telah dilakukan, doktor akan menyarankan suntikan insulin. 


Cara Mengelak GDM Daripada Berlaku;

Daripada faktor risiko yang telah Zura nyatakan di atas, Zura pasti ibu-ibu hamil semua dah dapat agak cara nak cegah GDM daripada berlaku kan? Okay, takpe Zura nyatakan juga apakah cara mencegah GDM ni;

1. Sebolehnya, sebelum hamil, dapatkan berat badan (BMI) yang ideal.

2. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

3. Semasa merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan 5mg setiap hari untuk mencegah bayi dari mendapat spina bifida (tiub saraf tidak tertutup dengan baik).

4. Rajin bersenam :)

Bagaimana supplemen membantu masalah GDM/kencing manis semasa hamil.

Zura sendiri mempunyai pelanggan yang menghadapi masalah kencing manis semasa hamil. Alhamdulillah dengan izinNYA, setelah konsisten mengamalkan supplemen untuk mengawal paras gula beliau, bacaan gula dalam darah beliau kembali stabil. Apakah yang beliau amalkan? Jom Zura bagitau...

1. ESP - sangat diperlukan bagi ibu hamil yang mengalami kencing manis kerana ianya  mengekalkan tahap gula yang sihat (rendah glisemiks indeks). Selain itu, ia menyebabkan rasa kenyang yang lama; secara tak langsung boleh membantu ibu mengawal keinginan untuk sentiasa makan.

2. B.Complex - membantu mengawal paras gula dalam darah. Sangat penting diambil sejurus anda merancang untuk hamil bagi mengelakkan bayi daripada cacat.

3. Ostematrix. - menggalak penghasilan insulin. Selain itu, Ostematrix juga dapat mencegah kekejangan (cramps) yang biasa dialami ibu hamil serta membekalkan kalsium yang mencukupi.

4. Vitalea. - membekalkan nutrisi lengkap kepada ibu hamil. Kandungan kromium yang terdapat dalam vitalea membantu toleransi gula di dalam darah.

5. SR Vita C. - membantu meningkatkan sistem imun serta membantu memperbaiki masalah insomnia (sukar untuk tidur).

6. Omega Guard - DHA merupakan nutrien utama bagi otak, sistem saraf dan retina. Ianya sangat penting untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan.




Nasihat Zura kepada ibu hamil yang mengalami kencing manis, jangan mengambil mudah masalah ini kerana risiko yang dihadapi memberi kesan terhadap ibu sendiri dan bayi di dalam kandungan.

Dengan mengesan awal gejala ini serta mengawal paras gula dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang mungkin berlaku.

Bertindaklah sekarang! Hubungi saya bagi mendapatkan supplemen untuk mengawal paras gula dalam darah anda.










Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment